Selepas pemergian kedua orang abang kembarnya, Nur Aina yang lebih dikenali Nunu mula dipersiakan kedua orang tua apabila mereka lebih memilih kerja daripada dirinya sendiri untuk mengubat luka perit kehilangan anak kembar itu. Tertekan dengan perlakuan kedua orang tuanya, Nunu sentiasa membuat masalah di sekolah hanya untuk meraih perhatian dan sedikit masa dari orang tuanya.
“Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.
Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah menarik kedua orang tuanya sekaligus dek kerana skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri.
Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma yakni kedua ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin teruk dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri.
Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.
Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu mengambil jalan pintas untuk bunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri.
“Awak selongkar barang saya?!” – Nunu
“It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas. – Alan
Selepas kejadian itu, Alan banyak membantunya hingga membuatkan hatinya mula terusik. Siap diberi kerja baru!

Tetapi lokasi tempat kerja baru membuatkan Nunu tertanya-tanya. Siapa lelaki yang membantunya ini? Bagaimana dia boleh di tempatkan di syarikat arwah bapanya?
Dan apabila dia tahu pemilik syarikat baru yakni dulu adalah rakan kongsi arwah bapanya, dia jadi benci dan berdendam dengan orang tua itu. Itu tidak cukup apabila Alan pula merupakan anak kepada rakan kongsi itu. Berkecai hatinya hanya Allah yang tahu.

Lantas dia keraskan hati. Kalau harta arwah bapanya tidak mampu dirampas kembali, dia janji akan membuat masalah kepada setiap pelosok syarikat itu hingga dia puas.
Benci-benci nak ke mana, dik?
Benci-benci nak ke mana, dik?
Alan terlalu baik melayannya. Patutkah kerana dendam tiga tahun lalu dia lempiaskan pada Alan sedangkan lelaki itu tiada salah apa pada dirinya? Bila hati keras mula melembut, semuanya jadi cair termasuk dendam.
Nunu belajar memaafi. Tapi kenapa bila dia belajar untuk memaafkan, semuanya tidak berjalan seperti yang dia harapkan? Kenapa semua ini jadi terbalik? Kenapa dendamnya itu perlu kembali? Dalam senyap Auntie Ma datang membuka rahsia. Rahsia apa yang buatkan Nunu lari dari kenduri kahwinnya sendiri?