(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80
Untuk mendapat apa yang kita suka, pertama kita mesti sabar dengan apa yang kita benci. Itulah yang terjadi pada Tengku Adli. Hati sudah berdetak laju saat terpandangkan raut wajah itu. Si gadis tidaklah secantik mana. Namun aura si gadis buat dia serba tidak kena. Peluang muncul didepan mata, kata cinta dilafaz untuk si gadis. Tetapi cinta hanya seketika, Tengku Adli menghilangkan diri. Si gadis? Dibiarkan mereput tergantung sepi.
Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Bekerja di bawah syarikat yang sama. Bagi Tasha, antara dia dan Tengku Adli sudah berbeza. Dia kini bergelar tunangan kepada Anuar, adik kepada Tengku Adli. Di saat dia menunggu diiktiraf sebagai isteri muncul teman baiknya menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan encik tunang. Perkahwinan dengan Anuar diteruskan namun hanya untuk satu malam sahaja.
Mendengar khabar si gadis memilih adik sendiri sebagai bakal suami, Tengku Adli kecewa. Dia lantas menghilangkan diri ke luar negara. Namun, bila dia mengetahui Tasha bukan lagi milik sesiapa. Peluang seakan terbuka luas untuk menawan semula hati Tasha.
Kita bukan hanya berbeza tapi sangat berbeza. Kalau kata beza macam langit dan bumi rasanya antara dia dengan Tengku Adli lebih lagi - TASHA
Bagi Tasha, Tengku Adli sudah mati di hatinya. Tidak bagi Tengku Adli, tiada istilah putus asa dalam mengejar cinta Tasha. Selagi Tasha belum dimiliki, selagi itu dia bukan kekasih terlarang untuk terus mencuit hati gadis yang selama ini dia impikan menjadi isteri.
Siapa pun awak saya tak kisah. Yang saya tahu, hati saya ni hanya mahu awak. Dah tak nak yang lain dah – TENGKU ADLI
Permulaan perkahwinan semuanya indah. Namun satu per satu dugaan mula mengugat kehormonian rumah tangga yang masih hijau. Bagaimana bila kepercayaan yang ditanam dengan cinta tiba-tiba menghilang? Inilah kisah cinta Tengku Adli dan Tasha. Kadang seperti hujan yang meninggalkan rasa, namun kadang jua seperti pelangi yang menambahkan perisa. Mampukah mereka bertahan dan berjuang bersama?