Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 29 August 2019

Nikah Asal Boleh ~ Aira Eddy

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Demi keadilan seorang bapa pada 3 orang anak lelaki yang berlainan ibu, Tan Sri Armanshah mencipta satu misi pada anak-anaknya.

“Papa dah putuskan, Ceo Shah Holdings akan di warisi kepada mana-mana anak papa yang berjaya memberikan Papa cucu dalam masa setahun ni. Anak siapa yang lahir dulu, so dia yang akan jadi Ceo Shah Holdings tu. Itu keputusan muktamad Papa.” – TAN SRI ARMANSHAH

Berdesing telinga Arrianshah selaku putera sulung dalam keluarga itu bila mendengar syarat dari bapanya. Lamaran tergesa-gesa terus dilakukan oleh Arrian pada pembantu peribadinya demi satu muslihat. Namun dua jam sebelum akad nikah, pernikahannya dibatalkan begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan pada gadis yang bernama Nurul Faqihah Isa.

“Sebab Rian dah jatuh cinta dengan Sharmila Aqira binti Dato Arsyad.” – ARRIANSHAH TAN SRI ARMANSHAH

Nekad ingin menjatuhkan abangnya yang bongkak. Adrianshah Tan Sri Armanshah tampil menjadi hero bagi menggantikan abangnya yang membatalkan pernikahan secara tiba-tiba.

“Pernikahan ni berjalan, Cuma kita tukar pengantin lelaki je” – ADDRIANSHAH TAN SRI ARMANSHAH

Demi membalas hinaan abang sulungnya, Adlishah Tan Sri Armanshah juga tidak melepaskan peluang berlumba dalam misi bapanya. Lamarannya ditolak serta merta hanya kerana dirinya bertitlekan ‘anak luar nikah’. Adlishah pasrah! Ella Eddya muncul saat hati Adlishah resah memikirkan masa depannya. Pertemuannya secara tiba-tiba di Prince Rooftop, memberi sinar baru dalam hatinya.

“Kau anak pungut, aku anak luar nikah. Apa kata kau nikah dengan aku” ADLISHAH TAN SRI ARMANSHAH

Perlumbaan bermula!! Siapakah di antara mereka yang berjaya merebut takhta Shah Holdings dalam masa setahun ini? Semuanya dalam Nikah Asal Boleh!

“Kau dah sedia ke nak buat anak? Aku takut lah.” – ADLISHAH TAN SRI ARMANSHAH

“Tak payah takut. Bila dah jumpa perempuan, kita perlu berani. Secara automatic akan terhasilnya perkara-perkara sedemikian. Dah kau jangan pikir lagi. Tak kan aku nak bagi tutorial pulak dekat kau.” –ADRIANSHAH TAN SRI ARMANSHAH