Demi keadilan seorang bapa pada 3 orang anak lelaki yang berlainan ibu, Tan Sri Armanshah mencipta satu misi pada anak-anaknya.
“Papa dah putuskan, Ceo Shah Holdings akan di warisi kepada mana-mana anak papa yang berjaya memberikan Papa cucu dalam masa setahun ni. Anak siapa yang lahir dulu, so dia yang akan jadi Ceo Shah Holdings tu. Itu keputusan muktamad Papa.” – TAN SRI ARMANSHAH
Berdesing telinga Arrianshah selaku putera sulung dalam keluarga itu bila mendengar syarat dari bapanya. Lamaran tergesa-gesa terus dilakukan oleh Arrian pada pembantu peribadinya demi satu muslihat. Namun dua jam sebelum akad nikah, pernikahannya dibatalkan begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan pada gadis yang bernama Nurul Faqihah Isa.
“Sebab Rian dah jatuh cinta dengan Sharmila Aqira binti Dato Arsyad.” – ARRIANSHAH TAN SRI ARMANSHAH
Nekad ingin menjatuhkan abangnya yang bongkak. Adrianshah Tan Sri Armanshah tampil menjadi hero bagi menggantikan abangnya yang membatalkan pernikahan secara tiba-tiba.