Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 17 January 2020

Anggun ~ Aifa Batrisya

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

Mengenang semula kejadian tadi, Anggun mendengus kasar. Sekali lagi dia menoleh ke sisi sambil memandang tak puas hati pada Akid. Sukalah tu agaknya dia saja yang Husna beria sangat ajak bergambar. Lelaki lain beria merayu. Yang tak dapat peluang terpaksa ambil gambar secara curi-curi dari jauh. 

“Dah macam kuda liar dah bunyinya. Huhhhh sini…huhhh sana. Lahir tahun kuda ye?” soal Akid tiba-tiba. 
“Tak. Tahun Gajah.” balas Anggun spontan. kuda liar dikatanya kita? Tadi kata kita macam Shin Chan. Akid ni kan? Eeeiiiii. 
“Macam pernah dengar waktu belajar Sirah dulu-dulu. Kalau lupa, aku akan nyanyi...Tercipta satu lebaran sejarah...di tanah suci kota mekah...hari yang mulia..penuh syahadah….bermulalah sebuah kisah... lepas tu apa lirik dia ye? Sila sambung...” 
“Hisyhhh…benci! Tak nak sambung” balas Anggun sambil berpeluk tubuh. 

Kita tengah serius ni dia pergi nyanyi pula lagu kumpulan Al-Mizan tu . Akid tertawa kecil. Terhibur pula dia dengan gelagat Anggun waktu itu. Entah apalah yang dia fikirkan sejak tadi agaknya. Macam mengenangkan masalah negara je dari gayanya asyik mendengus sana sini. Macamlah dia tak dengar. 

“ Awak tak rasa ke Husna tadi tu keterlaluan?” Akhirnya terlepas juga rasa hati yang cuba dia tahan dari diluah. Tak. Tak boleh. Kena luah juga. Kalau tidak, mahu malam ni tidak lena tidurnya asyik memikirkan apa sebenarnya perasaan dan pendapat Akid berhubung hal tadi. Suka ke dia? Benci ke? Anggun mahu tahu. 

“ Husna mana ni?” “ Beria dia lentok dekat bahu awak tadi tu kan? Tak kan tak kenal orangnya. Paling tidak nama dia awak mesti tahu..” “ Masa kecik dulu pun, saya bukan tahu nama Ummi tapi saya biar je Ummi peluk saya, cium pipi saya,” balas Akid dengan wajah bersahaja. Anggun genggam penumbuk menahan geram. Akid ni kan! Ada je jawapan dia tau.