Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 30 January 2020

Susun & Hias Buku Cara Pro


Selamat Sejahtera Semua...

Rasanya, kita semua yang suka membaca dan ulat buku, pasti mempunyai rak buku sendiri atau nak lagi best, bilik bacaan sendiri. Dan pastinya, anda ada pelbagai cara penyusunan buku-buku peribadi.

Di sini, kami senaraikan beberapa tip cara menyusun & menghias rak buku berdasarkan pendapat profesional & ulat buku dalam & luar negara. Anda boleh gunakan beberapa tips yang diberi. Moga almari buku anda ceria, bersih & kemas. Sedap mata memandang. 

1. Asingkan buku yang berkulit keras (hard cover) dengan yang berkulit nipis (soft cover). Ia akan lebih mudah dicapai dan kelihatan cantik di rak.

Koleksi buku kulit tebal

2. Susun buku mengikut kategori atau penulis. Pasti anda ada penulis feveret seperti JK Rowling, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Debbie Macomber, Pahrol Mohd Juoi, HAMKA atau lain-lain. Susun ikut koleksi penulisan mereka. Senang ketika mencari. Jika anda suka memasak, bertukang, kemas rumah, seni ataupun sastera, boleh kumpulkan koleksi tajuk tertentu dalam satu kumpulan. 


Koleksi masakan pelbagai penulis

3. Bermain dengan cara susunan buku secara horizontal & vertikal. Jika anda dah boring cara menegak, boleh cuba susun cara melintang pula. Ataupun, gabungkan sahaja cara penyusuna kedua-duanya dalam sebaris rak. Ia menarik juga.

Boleh susun dengan pelbagai cara kesukaan. Horizontal ataupun vertikal. Boleh jadikan ia juga sebagai penyedal (bookends) setiap baris.

4. Letakkan pokok bunga atau hiasan kecil mahupun besar sebagai dekorasi di rak buku. Ia akan kelihatan menarik. 

5. Susun buku mengikut warna. Ini adalah satu kelebihan jika buku anda ada banyak warna menarik bahagian sisinya. 

6. Susun buku-buku tebal dan besar di rak bahagian bawah. Oleh kerana ianya berat, maka sangat sesuai disusun di bahagian yang mudah diambil.

7. Susun buku mengikut ketinggian dari yang paling tinggi hingga paling rendah.

8. Susun buku secara turutan huruf ataupun abjad. Jika anda perasan, ia gaya susunan untuk koleksi buku seperti di perpustakaan. Dari 1-9 atau dari A-Z.

9. Gunakan bakul, kotak atau bekas yang cantik untuk letakkan barang kecil sebagai hiasan. Contohnya letak mangkuk besar yang dalamnya mungkin anda boleh isi syiling, duit ataupun kunci. Multipurpose kegunaannya.

10. Letakkan hiasan secara segitiga pandangan arah depan bagi rak buku tiga tingkat. Mungkin anda boleh letak bunga, gambar keluarga, bakul, tabung atau apa sahaja yang sesuai.

Contoh seperti gambar di atas. Letakkan di bahagian sudut dan kelihatan menjadi segitiga.

11. Gunakan penyendal buku (bookends) yang cantik, berat, unik atau klasik. Ada banyak design menarik boleh dibeli di kedai buku, pasaraya, lazada ataupun shopee.

12. Letakkan hiasan kecil di hadapan susunan buku. Kiranya rak buku anda kelihatan menarik dan berhias sedikit.

Comelkan jika letak seperti ini. Anda boleh juga letak gambar keluarga saiz kecil atau kotak tisu atau pewangi bilik.

13. Jika buku anda memang banyak dan tak muat almari rasanya, cara susunan terbaik adalah buatkan dua baris buku dalam satu rak. Pastikan bahagian hadapan hanya separuh tinggi. Kiranya anda masih boleh melihat tajuk buku di bahagian belakang sedikit.

Anda banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menghias almari atau rak buku anda. Bergantung pada kemahiran, kesukaan dan barangan hiasan yang anda mahu gunakan.

Happy reading & decorating.