Biarpun sudah banyak putera datang merisik, satu pun dia tidak pernah terima mahupun memandang dengan sebelah mata. Semua yang keluar dari bibir merahnya hanyalah nista belaka. Kerana kehilangan bapa kandungnya, menjadikan Thalia seorang yang sangat misteri. Dendam yang lama terkubur akhirnya kembali bangkit demi menuntut keadilan. Kehadiran Sultan Habil demi menggantikan takhta Sultan Mursyid membuatkan rasa dendam itu menebal. Mungkin tidak lama lagi pewaris Kerajaan Akalil hakal berubah. Semua pentadbiran mula berantakan apabila ramai sudah mula membangkang adat Perpatih. Bahkan Sultan Habil mula bertindak sesuka hati dalam mentadhir Akalil.
Kehadiran Ethan dari masa depan, membuatkan Thalia semakin senang untuk membuka langkah demi merampas kembali Kerajaan daripada Sultan Habil. Berundur diri tak bermakna dia kalah. Ditekadkan dalam hati, Sultan takkan mampu melawannya di khalayak ramai kelak. Dia akan pastikan Kerajaan Akalil akan kekal teguh di bawah pimpinannya suatu hari nanti.