Allah SWT menjadikan Adam, sebagai bapa manusia, dengan tangan-Nya yang mulia. Membentuk tubuhnya dan meniupkan roh padanya. Lalu para malaikat sujud (hormat) padanya. Kemudian Allah menciptakan isterinya, iaitu Hawa, sebagai ibu manusia. Kehadiran Hawa yang ditempatkan di syurga, membuat Adam menjadi tenteram kerana telah memiliki isteri sebagai pendamping hidupnya di syurga. Allah melimpahkan nikmat-Nya kepada kedua-dua pasangan suami isteri.
Kemudian Allah menurunkan kedua-dua manusia ini (Adam dan Hawa), ke bumi, sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan yang penuh dengan hikmah. Dari Adam dan Hawa itu, Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Atas kekuasaan Allah yang agung, Dia menjadikan di antara mereka ada yang menjadi raja (penguasa); ada pula yang menjadi rakyat jelata, ada yang fakir dan ada pula yang kaya; ada yang merdeka ada pula yang hamba sahaya. Allah menempatkan mereka di seluruh penjuru bumi. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di atas bumi. Sebahagian mereka menggantikan pada sebahagian yang lain. Begitulah seterusnya hingga datangnya hari perhitungan amal