Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 27 October 2020

lara Cintamu ~ Anis Ashikali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Janji tetap perlu dikotakan. Biarlah orang kata dia gila. Zerlindah Jawhara tak kira. Sebagai pengapit, dihadiri juga majlis perkahwinan bekas kekasihnya , Zafeeq. Untungnya dia, terjumpa pula dengan Shawn Adam. Rupanya sebiji macam Liam Hermsworth.

“You know what? I’ll have to make you mine! You’re not my type, but I just… have to.”- Adam
“Try me!” – Zerlindah

Dalam pada Adam kata Zerlindah bukanlah jenis perempuan yang dia suka, dia juga yang macam orang sasau memujuk rayu Zerlindah.

“I tak nak jawapan tak, sweetheart!” – Adam

Saat sudah sepakat, Zerlindah buat kerja gila sekali lagi. Lagi beberapa minit hendak ke pejabat kadi, dia ada hati nak larikan diri.

“Kalau I terlambat sesaat saja, pasti you dah lari, kan? You memang niat nak malukan muka I, nak hancurkan hidup I, kan?” – Adam

Sejak kejadian itu, Adam rasa dikhianati oleh Zerlindah. Dia melayan Zerlindah dengan dingin. Zerlindah pula tak habis-habis memeningkan kepala Adam dengan keletahnya yang pelbagai setelah mereka diijabkabulkan. Kegilaan Zerlindah buatkan Adam turut miring sama.

Namun, percutian bulan madu di Pakistan telah meninggalkan kenangan manis dan pahit dalam hidup Zerlindah. Di situ dia dimanja oleh Adam, di situ juga dia dibuang sebagai isteri apabila status kelahirannya diragui suami sendiri.
Apabila Adam sedar yang dia sememangnya tidak boleh hidup tanpa Zerlindah, rahsia cinta Adam terbongkar semuanya. Hati Zerlindah hancur lumat. Bersama anak yang dikandung, dia lari jauh daripada Adam, tapi dia mengalami masalah cervical incompetence yang memaksa dia kembali ke sisi Adam semula.
Apakah rahsia cinta Adam? Dan berjayakah Adam menakluki semula sekeping hati yang telah berulang kali dia hancurkan?