Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 16 December 2020

Khilaf Seorang Suami ~ Nia Afeerah

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula perhubungan suami dan isteri. Bahtera perkahwinan yang terbina atas dasar cinta juga tidak terlepas daripada dilanda gelora, ada pasang dan surutnya. Walaupun sudah 5 tahun Hazriq Iskandar mendirikan rumah tangga bersama Aiza Reena, mereka masih belum dikurniakan zuriat. Namun, perkara itu langsung tidak menjejaskan rasa cinta Hazriq kepada Aiza.

Campur tangan Harlina iaitu kakak Hazriq menjadi titik permulaan kepada segala-galanya. Harlina mendesak Hazriq agar berkahwin dengan Syasya; adik angkatnya untuk mendapatkan zuriat. Hazriq tertekan dan tersepit. Aiza memendam rasa.

“Abang… sampainya hati abang buat Aiza macam ni…”~ Aiza

Kemunculan semula Fayzal yang pernah menaruh perasaan kepada Aiza dan kehadiran Dr. Akmal menjadikan suasana semakin tegang. Hazriq cemburu, egonya tercabar.

Meskipun tidak rela, perpisahan terjadi juga. Dipisahkan oleh jarak dan masa, takdir menemukan mereka semula 4 tahun kemudian. Ada perkara yang cuba disorokkan oleh Aiza daripada pengetahuan Hazriq. Lebih parah lagi apabila Hazriq nekad tidak mahu melepaskan Aiza pergi daripada hidupnya lagi. Bagi Hazriq, cukuplah sekali khilaf itu. Dia mahu menebus kembali semua kesalahan yang pernah dilakukan dahulu.

“Abang banyak khilaf. Aiza masih boleh terima seorang suami yang banyak khilaf? Aiza sudi maafkan abang? Ampunkan semua dosa-dosa abang pada Aiza? Sudi mulakan hidup baharu dengan abang dan anak kita? Boleh Aiza terima lagi lelaki yang banyak buat salah ni?” ~ Hazriq
Terlalu banyak salah faham yang membelenggu Aiza dan Hazriq. Mampukah mereka menerima kenyataan setelah segala-galanya terungkai? Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun bukan kesempurnaan yang dicari oleh Aiza. Mulut kata benci, tapi hati masih cinta. Dan Hazriq pula akan terus berusaha menawan semula cinta isterinya yang dan memperbetulkan khilaf yang membawa kepada perpisahan mereka.