Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 30 March 2021

400 Adab Komunikasi di Media Sosial ~ Aina Umairah Ansari, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Buku ini menceritakan 400 adab komunikasi media sosial. Pada setiap bab, dihimpunkan 5 perkara yang patut diamalkan dan 5 perkara yang perlu dihindarkan di dalam perkembangan media sosial pada masa kini. Pada setiap bab juga didatangkan dalil yang sahih daripada Al-Quran dan hadith bagi menguatkan lagi adab yang dibawa.

Buku ini boleh menjadi panduan kepada semua orang kerana pada masa kini, kebanyakan orang mempunyai media sosial mereka yang tersendiri. Justeru, penggunaan media sosial juga harus diselarikan dengan adab-adab yang telah digariskan oleh Islam agar penggunaan media sosial tidak menyebabkan gejala negatif berlaku.

Peliharalah Hati


Peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya. Kita belajar sangka baik, belajar sabar, belajar berlemah-lembut, belajar mencintai serta berkasih sayang.

Buat baik & biar Allah yang membalas


Teruskan berbuat baik. Biar Allah membalasnya.

Buku: Ahmad Affzan Abdullah. 2018. Kalau-Lah. Komrad Buku. Selangor.

Wednesday 24 March 2021

Zikir & Doa Muslimah Solehah ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Abu Ayyub El-Faruqi

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Buku Zikir Muslimah Solehah ini sebagai salah satu bentuk ikhtiar bagi memberikan motivasi

kepada Muslimah supaya lebih bersemangat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., sekali gus menguatkan rasa cinta kepada Allah s.w.t. Apabila kita menjaga doa dan zikir, amal soleh yang lain turut terjaga.

Antara doa yang terkandung dalam buku ini, adalah:
Doa Solusi Masalah Hati
Doa Bagi Masalah Kewanitaan
Doa Solusi Masalah Pendidikan
Doa Solusi Masalah Karier dan Perniagaan
Doa Solusi Masalah Kelancaran Rezeki
Doa Solusi Masalah Cinta
Doa Solusi Masalah Keluarga
Doa Solusi Masalah Kesihatan
Doa Solusi Masalah Sihir
Doa dengan Asmaul Husna
Doa dengan Aktiviti 24 Jam

99 Great Ways To be Wonderful Muslimah ~ Muyassaroh

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

Islam sangat mencintai kaum wanita. Wanita digelar sebagai Muslimah dalam Islam. Muslimah dihormati dan dihargai dengan cara yang mulia. Muslimah perlu mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. supaya hidup sentiasa diberkati. Muslimah juga berhak memiliki impian. Bahkan mereka dapat menggapai impian yang dicita-citakan tanpa perlu meninggalkan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.

Muslimah hebat bukan diukur pada tinggi tahap pendidikannya, bukan juga diukur pada gaya pemakaiannya, tetapi cara berfikir yang positif dan istiqamah menulu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Buku 99 Great Ways to be Wonderful Muslimah mempunyai 99 cara dan tip bagi menjadi Muslimah hebat bukan sahaja pada mata manusia, namun yang lebih utama hebat di sisi Allah s.w.t.

Mencintai diri sendiri, sentiasa bermuhasabah, dan memperbetulkan kesilapan diri dapat meningkatkan aura positif untuk diri sendiri dan persekitaran. Muslimah juga perlu sentiasa berprasangka baik dengan Allah s.w.t. dan sesama makkluk yang lain. Buku ini membongkar 99 cara dan tip bagi membantu Muslimah merealisasikan cita-cita menjadi wanita hebat bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.

100 Tip Menjadi Muslimah Bahagia ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Islam mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Islam juga menilai bahagia seorang wanita bergelar Muslimah itu daripada pelbagai aspek dalam kehidupan. Nilai kebahagiaan seorang Muslimah dinilai daripada persepsi dan pandangan sesetengah individu yang berilmu.

Buku ini memfokuskan kepada 7 aspek kebahagiaan utama seorang Muslimah iaitu:
- Keluarga
- Kesihatan
- Kerjaya,
- Komunikasi
- Hiburan,
- Kepimpinan
- Ibadah

Buku ini membicarakan soal kehidupan termasuk hukum-hakam dan garis panduan yang mengikut syariat Islam. Buku ini distrukturkan dalam bentuk tulisan yang mudah serta panduan praktikal yang boleh diaplikasikan oleh semua golongan wanita yang tinggi darjatnya di sisi Sang Pencipta… semestinya buat mereka yang bergelar Muslimah.

Hijrah Muslimah Milenial ~Ririn Rahayu, Nani Latifah

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Hijrah menjadi sebuah trend yang sering dipopularkan dalam kalangan public figure dan ustaz-ustaz muda melalui media sosial mahupun melalui kajian yang dijalankan. Ramai dalam kalangan generasi Z menyambut ikutan ini dengan baik, seperti mula berhijrah penampilan dan ibadah.

Namun, adakah hijrah semata-mata terhad penampilan dan ibadah sahaja? Sedangkan hijrah pada makna sebenarnya cukup besar dalam mencipta perubahan kepada yang lebih baik.

Buku Hijrah Muslimah Milenial mengandungi tujuh perbahasan utama, iaitu bermula dengan cara muslimah menjaga hubungan dengan Rabbnya, tip-tip menggapai prestasi, cara menyantuni perasaan cinta, pengurusan dan aplikasi teknologi, menjaga pergaulan sesama muslimah dan juga muslim, bersahabat dengan orang sekeliling, serta cara dan kaedah muslimah untuk tetap produktif dan berdikari dalam pengurusan kewangan.

Melalui buku ini, kita akan memahami makna hijrah ini tidak semata-mata memperbaiki penampilan dan hubungan dengan Allah s.w.t. sahaja, tetapi juga berusaha menjadi peribadi yang lebih baik untuk orang lain terutama disekelilingnya.

Tetap wujud, bergaul dan celik teknologi, wahai muslimah!
Kerana kita hidup pada zaman ini. Kita Muslimah Milennial.

Tafsir Ayat Ahkam: Berdasarkan Ayat Pilihan Popular ~ Zulkifli Mohd Yusof

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhi setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.

Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.

Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.

Kandungan:
Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 164
Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 183-187 19

Rahsia Pasangan Bahagia Membahagiakan ~ Dr. Rosma Mohd Dom

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Menelusuri skop aplikasi Kuasa Minda kepada aspek kekeluargaan khususnya perhubungan suami isteri. Keharmonian hubungan suami isteri menjadi titik tolak kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. Ayah ibu menjadi role model kepada anak-anak dalam setiap aspek kehidupan termasuk aspek menjalin dan mengendalikan perhubungan sesama manusia.

Kuasa Minda menawarkan beberapa kaedah yang boleh dimanfaatkan bagi membantu kita membina hubungan harmoni bersama pasangan suami ataupun isteri tercinta yang seterusnya menjadi asas kepada kesejahteraan sebuah keluarga idaman.

Jangan Penat Berdoa! ~ Nasrudin Abd. Halim

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Sesungguhnya Doa adalah senjata orang Mukmin. Namun sebagai insan biasa, kadang kala kita alpa dan berasa letih untuk memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Ini kerana, sifat manusia yang berbolak balik hatinya seperti sabda Nabi muhammad SAW:

"Sesungguhnya iman di hati salah seorang daripada kamu semua boleh lusuh, sebagaimana lusuhnya pakaian. Disebabkan itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kamu semua". (HR. At-Tabrani)

Oleh yang demikian, sebagai orang yang beriman mari kita meyakini bahawa doa adalah ibadah yang pasti diberi pahala oleh Allah SWT sama ada cepat atau lambat dimakbulkan.

Melalui buku berjudul Jangan Penat Berdoa karya Nasrudin Abdul Rahim ini, anda pasti tidak dapat menolak hakikat & keperluan doa dalam kehidupan. Hal ini kerana, ianya membincangkan perihal doa secara terperinci, sahih dan mudah difahami oleh peringkat umur pembaca.
 

Ada Masalah? Bersyukurlah! ~ Awang Surya

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.50

Setiap orang pernah mengalami masalah dalam hidupnya. Itu pasti. Tidak ada seorang individu pun yang tidak memiliki masalah sepanjang hayat. Yang miskin ada masalah, yang kaya juga sama. Pemimpin menghadapi masalah, begitu juga pihak bawahan. Pekerja memiliki potensi menghadapi masalah, pemilik syarikat juga tidak akan terhindar daripadanya. Jika tidak hari ini, masalah akan datang esok atau mungkin lusa. Hidup memang perjalanan daripada satu masalah ke masalah yang berikutnya.

Buku ini mengandungi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang beriman ketika masalah datang mendera. Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihuraikan di dalam buku ini adalah sekadar ikhtiar seorang hamba. Tugas kita bersama hanya menyempurnakan ikhtiar, hasil akhir kembali kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
 

Fiqh Islam Mazhab Syafie ~ Syeikh Mustafa

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Imam As-Syafie adalah ulama' terkemuka di seluruh dunia Islam. Beliau merupakan salah seorang imam mazhab yang paling popular dan menjadi mazhab yang paling banyak diikuti oleh umat Islam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam menganalisis, menghurai dan mengistinbat hukum-hakam fiqh melalui nas-nas Al-Quran dan hadis telah diakui oleh ramai ulama-ulama besra termasuklah imam-imam mazhab yang lain.

Buku di tangan anda ini adalah himpunan hukum-hakam yang sangat berkait dengan diri seorang Muslim. Buku yang telah ditahqiq ini merangkumi beberapa bab utama yang sangat penting termasuklah bab taharah, solat, zakat, puasa dan haji. Selain itu, buku ini juga memuatkan hukum-hakam berkaitan warisan, perkahwinan, jual beli, jenayah, hudud, jihad binatang buruan dan sembelihan, perlumbaan dan panahan, sumpah dan nazar, saksi serta hamba sahaya.
 

The Golden Story of Uthman Bin Affan: Tokoh Korporat Islam Yang Dermawan ~ Haji Husseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM36.00

Setelah Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, Saidina Uthman bin Affan telah dipilih menggantikan tugas sebagai Khalifah Islam yang ketiga. Di era kepimpinan Khalifah Uthman r.a., perluasan kekuasaan Islam telah diteruskan dan agama Islam telah tersebar dengan pesatnya ke wilayah-wilayah Eropah Timur, Empayar Parsi, sebahagian daripada wilayah Soviet Rusia dahulunya hingga ke sempadan India.

Selain meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh khalifah sebelumnya, beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Malah beberapa penambahbaikan itu boleh kita lihat dan saksikan sehingga sekarang. Di antaranya adalah pembesaran Masjid Nabawidi Madinah dalam tahun ke-29 hijrah (ada yang mengatakan tahun ke-30) yang boleh kita saksikan sehingga sekarang. Selain itu juga, beliau telah membuka pelabuhan Jeddah pada tahun ke-26 hijrah. Di mana kita dapat melihat kepesatan pelabuhan ini hingga sekarang yang menjadi pelabuhan utama menghubungkan dunia luar dengan Mekah melalui laut.

Selain itu, penambahbaikan yang besar yang telah beliau laksanakan adalah pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Proses pengumpulan al-quran yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu Allah ini bermula dari zaman Khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi. Kemudian diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Dan era Khalifah Uthman, beliau telah menyempurnakannya.

The Golden Story of Umar Al-Khattab: Ulama dan Pemimpin Yang Adil ~ Haji Hussseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM36.00

Tanggal 23 Ogos (633-644 masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 hijrah, Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah kedua Islam. Dalam era pemerintahan beliau, empayar Islam berkembang dengan pesat, menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada empayar Parsi (berjaya menamatkan empayar Parsi) dan juga menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Tentera Islam pada zaman beliau yang berjumlah 40000 orang juga berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120000 orang yang telah mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada zaman pemerintahan beliau juga, telah berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam seperti penyerahan kunci kota Baitul Maqdis.

Saidina Umar Al-Khattab juga banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan baru yang dibuka, melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan dan menyusun dan mengemaskini sistem pentadbiran negara. Semasa pemerintahannya juga, kota Basrah dan Kufah dibangunkan.

Misi Kahwin Paksa ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Safa terima Ilhan sebagai suami, bukan sebab dia cinta tetapi sebab abah yang mahu. Demi sayangnya pada abah, Safa turutkan walau hakikat sebenar, dia memang tak sukakan lelaki itu.

“Saya. Benci. Awak.” – Safa.
“I hate you more.” – Ilhan.

Sejuta kata benci pun, Safa tetap akur untuk menjadi isteri pada Ahmad Ilhan Bin Muhamad Hambali. Tapi, Safa ada misi sendiri.

“Perjanjian apa ni, Safa?” – Ilhan.
“Misi kahwin paksa.” – Safa.
“Kahwin paksa apanya kalau kena tidur sebilik dan sekatil?”- Ilhan.

Ya! Misi kahwin paksa Safa, lain dari yang lain. Dia mahu menukar rasa benci menjadi sayang dan cinta. Sudah bergelar suami isteri, hanya jalan itu yang dia nampak.

“Setiap hujung minggu ialah masa suami isteri dan keluarga, bukannya kerja. Kalau pergi juga kerja, Ahmad Ilhan wajib cium bibir Safa sebanyak 10 kali sebagai upah.” – Safa.

Bukan mudah buat Safa mahu mendapatkan kerjasama dari Ilhan. Si suami sebenarnya bencikan semua

Semanis Warda ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Satu tamparan hebat buat Warda apabila si tunang terpaksa berkahwin dengan Amilin, adik tiri Warda sendiri. Sedih dan kecewa berganda-ganda apabila si ibu tiri pula meminta dia berpindah dari rumah.

Akur dengan si ibu tiri, Warda pindah. Dan tanpa Warda sedar, tangis dan rintihannya setiap malam menjadi perhatian jiran sebelah.

Kebetulan yang manis apabila bertemu, rupanya mereka adalah kenalan lama dan lebih manis lagi bila tahu cef Hamzah itu adalah pemilik restoran kegemaran Warda.

“Adanya saya, Warda takkan menangis lagi.” – Hamzah.

Tak bertangguh, Hamzah nekad mengubah haluan cinta Warda ke arahnya. Memujuk Warda agar tidak terus merintih dengan takdir hidup. Dan Warda pula nekad memutuskan pertunangan dengan Sufyan untuk terima Hamzah.

Tidak habis di situ, perkahwinan yang bahagia antara Warda dan Hamzah menimbulkan cemburu di hati

Dosa Yang Menghinakan Kita


Setiap manusia adalah pendosa. 

Jangan pandang rendah orang lain hanya kerana kita rasa diri lebih baik. Kita tidak tahu pengakhirannya dia menjadi hamba DIA yang dirahmati.

Buku: Bonda Nor. 2017. Be Cool. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Belajar Menabung


Alah bisa tegal biasa.Sedikit sedikit, lama lama jadi bukit.
Belajarlah menabung. Ia salah satu pelajaran yang kita juga dapatinya di dalam Al-Quran.

Buku: Mohammed Farid Sulaiman. 2020. Generasi Jutawan. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Tuesday 16 March 2021

Hutan ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Makhluk apakah yang telah membunuh Pakkuza dengan kejam? Darah dan daging Pakkuza disedutnya hingga kerontang. Perut Pakkuza dirobeknya. Jantung, hati dan limpa Pakkuza direnggutnya. Biji mata Pakkuza dikorek.

Makhluk apakah itu?
Bertualang di hutan.
Makanannya manusia, di setiap bulan mengambang.

Jembalangkah?

Matanya hijau menyala-nyala. Anak matanya berwarna hitam. Tirus membelah mata hijaunya.

Ularkah?

Mampukah Bahadurin menewaskannya? Mampukah Yasen dan Vrkolak melupuskannya dari dunia?

Makhluk apakah itu... yang bertualang dalam HUTAN?
 

Antologi Cerpen Kampung Siluman Dot Com: Seriau ~ Tajul Zulkarnain, Nasa Yusuf, W3, Cik Sri Pagi, Maira Huda, Iza Iman, Naomi Sakura, Jaka Sulung Malawi

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

30 cerpen seram dalam buku ini. Sebahagiannya kisah benar dan sebahagian lagi adalah fiksyen.

1. Naskah Mati
2. Etwas
3. Sekilas
4. Pusaka
5. Selamat Tinggal Maya
6. Cindai Laila
7. Jelmaan
8. Kathrina
9. Amukan Roh
10. Incognito
11. Lapar
12. Lemah Semangat
13.Cinta Hati Abah
14. Housemate
15. Rooftop
16. Van Jenazah
17. Tersilap
18. Diari 1 Malam
19. Diary Seorang Penulis
20. Jangan, Mia!
21. 7 Hari Kembali
22. Rindu
23. Dua Penunggu
24. Menyewa Dengan Jin
25. Spirit Of The Coin 1
26. Spirit Of The Coin 2
27. Dendam
28. Tweet
29. Kisah Seram Abang Runner
30. Seriau

Mental! ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Keceloparan status Facebooknya telah menyebabkan nyawa Wafiy Alias menjadi taruhan bila dia mulai diekori oleh seorang lelaki mental

Cabaran lelaki mental itu disahut. Lokasi pertemuan telah ditetapkan. Hidupkah Wafiy Alias selepas itu?

Kesumat ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Berdosa - bertaubat - perbaiki diri - buat dosa yang lain pula.

Itulah manusia. Tidak pernah maksum.

Miskin tidak terkecuali. Menyalahkan orang lain atas takdir yang menimpanya. Mulut orang lain mencerca, Ruji dibelasahnya. Hingga sampai satu saat, Miskin dikurniakan sesuatu yang sudah lama diimpikan. Dia berubah 360 darjah. Menjadi sebaik-baik suami. Namun, sesuatu berlaku. Miskin kembali berdosa. Bila perbuatannya terbongkar, tiada lagi maaf baginya.

Bang!
"Checkmate!"

Pendosa Dulu Kini Selamanya ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Jon diupah oleh seorang pendendam yang mahu dia melakukan sesuatu terhadap seorang pendosa. Dendam itu bukan dendam biasa dan si pengupah ada hubungan dengan si pendosa. Jon tetap melakukan tugas itu walaupun dia merasakan kehendak si pendendam sangat gila. Dia melakukannya kerana duit tetapi tiba-tiba sahaja Jon menjadi pendosa yang dikejar oleh kifarahnya.

 

Bertarung Dengan Syaitan ~ Tajul Zulkarnain

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Arwah atukku bukan sembarangan perawat. Gurunya dari tanah seberang. Ilmu yang ada padanya bukan calang-calang. Legasinya tidak patut hilang begitu sahaja setelah dia tiada. 

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bercerita tentang kehebatan arwah atukku bertarung dengan syaitan semasa hayatnya

Taubat setiap hari


Setiap hari pasti ada dosa kita lakukan.

Maka, bertaubatlah. Istighfar lah. Mohonlah keampunan daripadaNya.

Buku: Najmi Nawawi. 2017. Heart With Iman. Synergi Media. Kuala Lumpur.

Ucaplah yang baik-baik


Nabi kata jika tidak mampu berkata elok-elok, diam itu lebih baik.

Tuturkanlah ucapan yang baik-baik, moga pahala yang berpanjangan mengalir buat diri kita bila sudah tiada lagi. 


Buku: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Tip Menjadi Individu Menarik. PTS Sdn. Bhd. Selangor

.

Friday 12 March 2021

Bukan Cinta Semusim ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Phi Phi Island menjadi saksi pertemuan antara Niq Nashriq dan Nuraisha Iman. Kerana satu insiden, termeterai satu perjanjian.

“One week husband, you have nothing to lose.”- Niq

Bagi Aisha, itu hanyalah perjanjian. Namun bagi Niq, dia mengharapkan lebih daripada itu.

“Cinta pun macam mee segera?”- Aisha
“Nikah dulu baru pupuk cinta dan sayang.”- Niq

Pada malam terakhir di pulau, mereka saling mengikat dengan harapan akan saling mencari bila pulang ke Malaysia nanti. Namun, apa yang Aisha saksikan di airport, melukakan hatinya. Dia nekad melupakan semua memori antara dia dan Niq.

“Jangan lupa, saya masih suami awak.”- Niq
“Fake husband.”- Aisha
“Saya cuma suami yang tak tunaikan tanggungjawab seorang suami.”- Niq

Cabaran Niq untuk memenangi semula hati Aisha makin mencabar bila dia tahu Nazrin, adiknya sendiri adalah ‘crush’ isterinya. Dia bertindak pantas. Pernikahan mereka harus dihebahkan.

Nota My #Qurantime Juzuk 4 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00

NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-4 membincangkan:
Mengenai Hukum Memakan harta anak yatim
Mengenai Kewajipan menjaga harta anak yatim
Mengenai kebenaran mengambil harta anak yatim dalam keaadaan tertentu
Mengenai Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid
Mengenai Hukum wanita yang melakukan perbuatan keji
Mengenai lelaki yang ingin mengambil kembali mas kahwin yang telah diberikan (selepas bercerai).
Mengenai 12 golongan yang haram dikahwini


Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

Nota My #Qurantime Juzuk 3 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00

Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-3 banyak mengupas isu semasa yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Antara isu yang dibincangkan ialah:
Tentang sedekah dan infak: perlu ditunjuk atau disembunyikan?
Tentang tawaran buat mereka yang berinfak
Tentang kaedah berhutang cara Allah SWT
Tentang pemimpin yang melakukan kerosakan
Tentang riba yang diperangi Allah SWT dan Rasul
Tentang peringatan kepada kaum yang kufur
Tentang doa; hanya Allah SWT Yang Maha Mengabulkan


Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

Nota My #Qurantime: Juzuk 2 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00

Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.


NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-2 ini lebih istimewa kerana di dalamnya terdapat lebih banyak perbincangan yang dikupas secara menyeluruh. Antaranya ialah:
Pertukaran arah kiblat
Kekal hidup bagi yang berjihad di jalan Allah
Ujian Allah buat mereka yang bersabar
Ganjaran buat mereka yang ditimpa musibah
Laknat bagi mereka yang menyembunyikan kebenaran
Hukum berniaga ketika musim haji


Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

Syarat Sah Bahagia ~ Sharifah Abu Salem

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

DANISH - Cintanya pada Nur Jannah penuh bersyarat. Lorna Asyira harus dinikahi terlebih dahulu sebelum menyunting Nur Jannah sebagai suri hati. Selepas itu semuanya bakal menjadi rahsia. Namun, rahsia terbongkar tanpa diduga. Impian untuk bahagia nampak samar. Nur Jannah semakin jauh.

NUR JANNAH - Hidupnya bermula dengan indah. Namun semua itu hanya seketika. Dalam terpaksa, Danish ditinggalkan demi cinta. Kehadiran wanita lain di sisi suaminya tidak boleh diterima. Hatinya tercalar dituduh perampas. Lalu, dia membawa status isteri kedua dengan hati yang lara.

LORNA ASYIRA- Diulit rasa bahagia apabila cinta yang diidamkan berada dalam genggaman. Menjadi isteri Danish Taufik bagai mimpi jadi nyata. Namun, hatinya hancur saat cinta dimadukan. Dia enggan mengalah walaupun segunung rasa benci Danish. Malah, dia berusaha agar cinta memberi bahagia.

Sesungguhnya, perjalanan yang ditempuh penuh berliku. Siapakah yang layak berada di sisi Danish? Berbaloikah sebuah pengorbanan?