Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu.
Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat seperti:
- Membaca surah Al-Kafirun akan membebaskan daripada syirik.
- Melazimi surah Asy-Syarh selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan kesukaran dalam urusan.
- Membaca surah Adh-Dhuha sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.
- Membaca surah Al-Fatihah sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.