Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.
Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:• Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.
• Rahmat kepada umat.
• Memaafkan kesalahan orang lain.
• Membantu urusan keluarga.
• Suka berbincang dan bermesyuarat.
• Suka bersedekah dan menolong orang lain.
• Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.
• Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.
• Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).
• Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.