Tersungkurlah di hadapanNya, kerana dia Allah, Tuhanmu dan Tuhanku.”
Setiap kalimat yang terungkap dari bibir Khadija tertusuk jauh ke lubuk hati Azim. Menebarkan sebuah maksud yang begitu bermakna. Sebuah kesedaran besar. Khadija menyambung.
“Mati itu dekat dengan kita. Mati itu tidak perlu dicari. Aku selalu mengingati diri aku, jangan pernah tidur di waktu malam dengan keyakinan keesokan pagi aku akan membuka mata lagi. Dan andainya esok aku masih membuka mata, aku akan ingatkan diri aku yang malam nanti belum tentu aku akan kembali ke katil itu lagi. Selamat malam.”