Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 21 February 2022

Projek Muhammad ~ Dr. Atiyah Azmi

(SEM & SS) RM32.00 > RM31.00

“Anak puan 16 tahun masih diizinkan untuk melihat, tetapi cucu saya lahir-lahir sahaja sudah tidak mampu melihat. Pandangannya hanya terlihat bayang-bayang.” - Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

*********************
Muhammad, kelahirannya dinanti.
Muhammad, keistimewaannya disyukuri.
Muhammad, kepulangannya ditangisi.
********************************************

Projek Muhammad adalah perkongsian pengalaman insan-insan hebat yang diuji oleh Allah s.w.t. bagi meraikan kehadiran khalifah istimewa daripada-Nya. Keindahan sifat redha dan sabar begitu sinonim dalam kisah ini. Itulah nikmat sebenar yang Allah s.w.t. berikan setiap detik bersama Muhammad. Baca kisahnya dan hayati pengajarannya bagi meningkatkan rasa syukur kita kepada kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.