Tiba-tiba sahaja bulu roma di tengkuk Ilyas meremang. Sekali lagi angin dingin bersatu dengan selintas bau busuk menerpa ke wajah dan hidungnya. Seolah-olah bau busuk dan angin sejuk itu datangnya dari susuk tubuh pemuda anch itu. Suasana seram menyelubungi secara tiba-tiba. Ilyas berundur selangkah. Namun dia berusaha menepis perasaan anch yang sedang melanda ketika itu. Hati kecil Ilyas scakan mendesak supaya segera pergi dari situ.
Seperti ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku jika dia masih berlama-lama di situ. Ilyas mahu cepat-cepat pergi dari situ.