Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 18 August 2022

Wira Islam Sebenar Disebalik Pirates of the Caribbean ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM35.90 > RM34.00

Filem "Pirates of the Caribbean" yang pernah ditayangkan dipawagam dalam lima sekuel,tidak syak lagi adalah sebuah filem "blockbuster" yang tersohor dan menjadi bualan ramai
sehingga kin. Walau bagaimanapun, di sebalik tayangan filem tersebut,terselit niat jahat serta muslihat licik musuh-musuh Islam yang berada di sebalik pembikinan filem tersebut. 

Muslihat jahat serta agenda tersembunyi musuh-musuh Islam berkisar tentang beberapa watak utama dalam filem tersebut. Antaranya ialah Jack Sparrow dan Hector Barbarossa,kerana kedua-dua watak tersebut pernah wujud dalam sejarah. Kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan Jack Ward seta Khairuddin Barbarossa, yang merupakan antara tokoh Islam yang berjasa dalam berhadapan dengan Gerakan Kristianiasasi Barat pada abad ke-15 hingga abad ke-17. 

Melalui buku WIRA ISLAM DI SEBALIK PIRATES OF THE CARIBBEAN ini. Penulis mengajak para pembaca untuk mengenali sosok tubuh sebenar JACK WARD dan KHAIRUDDIN BARBAROSSA. Penulis memperincikan kisah hidup kedua-dua wira Islam itu serta sumbangan dan jasa besar mereka terhadap perjuangan umat Islam ketika itu. 

Penulis juga meluahkan nasihat serta harapan,agar umat Islam tidak menelan bulat-bulat flem yang ditayangkan oleh pihak Barat khususnya ole syarikat-syarikat perfileman Hollywood yang sememangnya dikuasai oleh Zionis Yahudi. Tidak salah untuk kita menonton sekadar sebagai satu hiburan semata-mata,tetapi dalam masa yang sama, kita perlu bersikap berhati-hati terhadap dakyah dan nit jahat yang tersembunyi di sebaliknya. Kita perlu sebarkan kepada generasi muda khususnya anak-anak kita tentang perjuangan jihad fisabilillah yang didokong wira-wira Islam,dalam menghadapi Gerakan Kristianisasi Barat. 

Untuk mengetahui siapakah wira Islam sebenar di sebalik filem Pirates of the Caribbean, segeralah dapatkan buku ini. Buku ini perlu dibaca oleh setiap umat Islam dan sebaik-baiknya dijadikan hadiah untuk bacaan serta pengetahuan anak-anak kita semua.