Akidah adalah perkara tunjang utama dalam kehidupan beragama bagi seluruh umat Islam. Akidah yang sahih adalah akidah yang bersih daripada segala perkara yang menyekutukan Allah s.w.t. Sebenarnya tiada manusia yang tidak berakidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Allah s.w.t. Ini kerana beragama dan berakidah adalah salah satu naluri semula jadi manusia. Yang membezakannya adalah sama ada akidah yang dianuti itu benar mahupun tidak.
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Menyingkap Rahsia di Sebalik Kejadian Nur Muhammad, adakah ia benar ataupun bercanggah dengan ajaran Islam?
2. Penyelewengan Akidah Syiah, Qadiani, Baha’i, Al-Alqam dan lain-lain.
3. Akidah Syiah dan ancamannya kepada akidah umat Islam di Nusantara.
4. Perkahwinan mut’ah dalam ajaran Syiah.
Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, akidah kita sebagai Muslim dapat dipelihara.