Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Maulana Muhammad Asri Yusoff. Show all posts
Showing posts with label Maulana Muhammad Asri Yusoff. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Hadith ~ Maulana Muhammad Asri Yusoff

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Antara ciri-ciri Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah meyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan merupakan sumber kedua yang utama dalam hukum-hakam, gerak kerja serta penilaian terhadap segala yang berlaku dalam kehidupan manusia di dunia. Sementara itu, wujud golongan yang mengaku Islam tetapi mereka menolak hadith sebagai sumber rujukan kerana beranggapan bahawa al-Quran sahaja yang perlu dirujuk sebagai sumber tunggal.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Haidth adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Sistem riwayah dan dirayah dalam pengajian hadith.
2. Meninjau al-Hadith daripada perspektif yang sempit.
3. Kedudukan hadith sebagai rujukan kedua dalam Islam.
4. Punca kekeliruan hadith.

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, kefahaman kita mengenai hadith selari mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah ~ Maulana Muhammad Asri Yusoff

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Tidak syak lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sebaik-baik manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Keperibadian serta cabaran liku perjalanan dakwah baginda selaku utusan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini bukan sahaja diiktiraf dan dimuliakan oleh orang Islam sahaja, bahkan seluruh makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Sirah perjalanan hidup baginda, para sahabat serta para salafus soleh terdahulu menjadi contoh ikutan dan panduan oleh manusia sehingga akhir zaman.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah adalah nasihat, teguran dan pemurnian sejarah sirah oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan sejarah yang perlu diperbaiki dan diperbetul demi menjamin penyebaran fakta sirah yang benar berdasarkan sumber yang kuat dan berautoriti.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Sejarah sistem pengkhalifahan terawal oleh Islam.
2. Sejarah pemerintahan Khalifah Muawiyah.
3. Cerita fiksyen dalam sejarah Islam.
4. Saidina Hassan jaguh seks?

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, fakta sirah dapat dipelihara dan tidak mudah diselewengkan oleh para penyeleweng.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah ~ Maulana Muhammad Asri Yusoff

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Akidah adalah perkara tunjang utama dalam kehidupan beragama bagi seluruh umat Islam. Akidah yang sahih adalah akidah yang bersih daripada segala perkara yang menyekutukan Allah s.w.t. Sebenarnya tiada manusia yang tidak berakidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Allah s.w.t. Ini kerana beragama dan berakidah adalah salah satu naluri semula jadi manusia. Yang membezakannya adalah sama ada akidah yang dianuti itu benar mahupun tidak.

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah adalah nasihat, teguran dan kritikan Maulana Muhammad Asri Yusoff kepada umat Islam berkaitan situasi yang perlu diperbaiki, diperbetul dan dielakkan demi menjamin akidah yang benar mengikut anjuran Quran dan Sunnah.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini adalah:
1. Menyingkap Rahsia di Sebalik Kejadian Nur Muhammad, adakah ia benar ataupun bercanggah dengan ajaran Islam?
2. Penyelewengan Akidah Syiah, Qadiani, Baha’i, Al-Alqam dan lain-lain.
3. Akidah Syiah dan ancamannya kepada akidah umat Islam di Nusantara.
4. Perkahwinan mut’ah dalam ajaran Syiah.

Mudah-mudahan dengan memahami nasihat dan teguran ini, akidah kita sebagai Muslim dapat dipelihara.