Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Airisz. Show all posts
Showing posts with label Airisz. Show all posts

Tuesday, 24 November 2020

Cik Buah Hati Encik Sendu ~ Airisz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di

Tuesday, 9 April 2019

Cik Yah Dan Encik Lias ~ Airisz

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

AKU? Nama aku Siti Roskiah. Jarang orang panggil Ros. Siti lagi la. Jadi, orang panggil aku Yah. Aku seorang pengusaha ikan pekasam secara kecil-kecilan. Aku ada seorang kekasih. Nama kekasih aku Wan Amirul. Aku panggil dia Wan. Aku juga ada seorang sahabat. Nama sahabat aku Azlinda. Aku panggil Lin.

Hari ni aku pergi majlis nikah kawan baik aku tu. Kawan baik aku nikah dengan kekasih aku. Ramai ingat aku tak datang. Ramai juga yang fikir aku akan meraung-raung. Aku pergi pun sebab mahu lihat betapa bahagianya dua orang yang telah menghancur lumatkan hati aku.

Relakslah, beb. Hidup tanpa cabaran memang tak best. Kena juga ada sedih dan sakit hati. Barulah namanya hidup.

Aku kenal dengan seorang pengeluar ikan air tawar yang selalu berurusan dengan aku. Dia yang banyak pujuk aku masa aku putus dengan Wan. Dia cakap nanti aku akan dapat lelaki yang lebih baik daripada Wan.

Wednesday, 2 May 2018

Cik Isteri Dan Encik Suami ~ Airisz

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.

Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.

Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.

“Esok abang jemput Fia.”
“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”
“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”
“Abang siapa buat Fia?”
“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”
“Abang dah hilang akal ke?”

Friday, 2 June 2017

Cik Juliet & Cik Romeo ~ Airisz

(SEM & S/S) RM21.00 > RM 18.50

AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama?

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia.
Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman.
Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja.
Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Monday, 4 January 2016

Cik Calla Lily dan Encik Boss ~ Airisz


AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali. “Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”
“Enjoy kepala hotak korang."

Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”
“Fast and Furious!”

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka. Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily?

Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda.

Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Wednesday, 7 May 2014

Cik Cinderella dan Encik Tengku ~ Airisz

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10