Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Dzulkhairi Md Noor. Show all posts
Showing posts with label Dzulkhairi Md Noor. Show all posts

Thursday, 20 October 2022

Para Penentang Muhammad s.a.w ~ Generasi Penentang Era Madinah ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md. Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MADINAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Madinah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :Abi Afak (Penyair Politik Arab-Yahudi).
Amir Bin Al-Thufail (Pembantai Ahli Qurra’).
Zainab Binti Al-Harits (Pencetus Pembunuhan Nabi).
Ummu Qirfah (Kematian Kontroversi).
Sajah Binti Al-Harits (Nabi Wanita Dari Bani Taghlib).

Para Penentang Muhammad s.a.w: Generasi Penentang Era Makkah ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

KETOKOHAN NABI BERHADAPAN PEMIMPIN KESESATAN SEPANJANG ZAMAN – GENERASI PENENTANG ERA MAKKAH

Nabi Muhammad SAW merupakan insan teragung dan qudwah sepanjang zaman. Ketokohan Nabi tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahkan oleh individu yang memusuhi Baginda. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam sejarah yang menentang dakwah Baginda. Faktor dan kaedah penentangan adalah perkara yang perlu dirungkaikan agar kita dapat menelusuri perbezaan antara kebenaran dan ego yang juga meliputi aspek budaya, ekonomi dan sistem politik.

Buku Para Penentang Muhammad: Generasi Penentang Era Makkah memaparkan visualisasi kehidupan para penentang yang agresif menentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Kaedah dan strategi Nabi SAW berhadapan dengan golongan sebegini perlu kita jadikan panduan untuk menghadapi watak seumpamanya yang mungkin kekal wujud sepanjang zaman.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat bagi mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para penentang bermula dengan keturunan, faktor dan kaedah penentangan juga kematian. Ia juga menjawab beberapa maklumat penting yang dibangkitkan oleh para pengkritik moden.

Antara penentang yang dimuatkan dalam buku ini :Amr Bin Hisyam (Firaun Moden).
Al-Nadhar Bin Al-Harits (Syaithan Quraisy).
Umayyah Bin Khalaf (Penyokong Anarkisme).
Munabbih Bin Al-Hajjaj (Orientalis Makkah).
Al-Walid Bin Al-Mughirah (Ejen Provokasi Wahyu).

Para Penyokong Muhammad s.a.w: Generasi Penghulu Syurga ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.

Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Penghulu Syurga memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.

Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :Assabiqun Awwalun yang Dijanjikan Syurga.
Saad Bin Abi Waqqas (Penakluk Parsi dan Duta Dakwah).
Sa’id Bin Zaid (Pewaris Al-Hanif).
Arqam Bin Abi Al-Arqam (Pemilik Rumah Gerakan Dakwah).
Hamzah Bin Abdul Mutalib (Singa Allah).

Monday, 22 August 2022

Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual ~ Zhaenal Fanani, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Bukti kita menyayangi Nabi bukan sahaja dengan mengetahui sosok individu Nabi itu sendiri. Namun, dengan mengetahui dan memahami secara meluas mengenai lingkungan sosial Nabi yang dididik dengan tarbiyah yang hebat sehingga menjadi pendamping, penguat dan pejuang setia Nabi hingga akhir hayat. Mereka merupakan individu berpengaruh dalam kehidupan kerana mempunyai akses langsung daripada insan teragung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW.

Buku Para Penyokong Muhammad: Generasi Pejuang dan Intelektual memberikan perincian kehidupan para penyokong setia Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan manusia yang kewujudannya dianggap sebagai generasi emas yang perlu kita contohi untuk membentuk generasi kini.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan penting masyarakat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai kehidupan para sahabat bermula daripada susur galur keluarga, pengislaman, gaya hidup, sumbangan, dan kematian. Selain itu, ia merungkai tarbiyah yang Nabi gunakan terhadap para sahabat untuk dijadikan pedoman kini.

Antara sahabat yang dibincangkan dalam buku ini :Abdullah Bin Mas’ud (Pembangun Jaringan Intelektual Islam).
Mus’ab Bin Umair (Duta Intelektual).
Amr Bin Al-As (Penakluk Mesir).
Abu Zar Al-Ghifari (Revolus Anti Kemewahan).
Huzaifah Bin Al-Yaman (Ejen Risikan Nabi).

Tuesday, 21 June 2022

Bacaan Pelik & Ganjil Dalam Solat Namun Sah ~ Dzulkhairi Mohd Noor, Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya.

Jika pembaharuan dalam bidang bukan agama boleh ditambah baik dengan jayanya, mengapa tidak dengan kualiti solat kita. Tahukah kita bahawasanya bacaan dalam solat yang diajarkan dan diamalkan semenjak dari kecil lagi itu sebenarnya mempunyai banyak lagi kaifiat atau bacaan lain yang sahih dan bertepatan dengan sunnah Baginda s.a.w? Semuanya dicatatkan dalam buku ini.

Antara topik menarik adalah:Bacaan-bacaan doa istiftah yang pelik tetapi sahih,
Bacaan lain bagi rukuk dan sujud,
Bacaan-bacaan lain bagi iktidal dan duduk antara dua sujud,
Bacaan lain bagi tashahhud akhir.

Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia atau Bidadari Syurga? ~ Muzayyanah Abdullah, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM38.00 > RM37.00

Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia.

Bidadari-bidadari syurga yang cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak.

Maka bagi isteri orang yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada perbahasannya.

Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Penyampaian yang santai namun ilmiah menjadikan ia bacaan yang menarik untuk dibaca. Topik-topik ini mungkin menjadi salah satu persoalan yang mungkin sudah lama bermain di fikiran kita, namun tiada jawapannya.

Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini:

• Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga?
• Adakah Ajal Boleh Ditangguhkan?
• Adakah Jasad Penghafal al-Quran Tidak akan Dimakan oleh Tanah?
• Adakah Dosa Dalam Ramadhan Digandakan?
• Adakah Wanita atau Lelaki yang Paling Ramai di Syurga?
• Dan banyak lagi.

 

Wednesday, 15 December 2021

Rahsia Tulisan Al-Quran ~ Dzulkhairi Mohd Noor

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Ejaan dan tulisan al-Quran salah dan bercanggah?

Mengapa ejaan dan tulisan bagi perkataan yang sama dalam al-Quran berbeza-beza?

Mukjizat agung ini dapat dinikmati keistimewaannya melalui pembacaan, tafsir, hikmah, dan termasuklah tulisan. Semuanya penuh hikmah dan rahsia di sebaliknya.

Karya ini membongkarkan rahsia di sebalik keganjilan ejaan dan keunikan tulisan kalimah dalam al-Quran yang memukau.

Wednesday, 26 May 2021

Kisah-Kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah ~ Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Menceritakan mengenai kisah-kisah nabi, sahabat dan ulama terdahulu yang perlu disemak semula kesahihannya. Menariknya, kisah-kisah tersebut popular dan selalu diulang kali dalam ceramah. Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.

Antara Kandungan:
Kish Rasulullah s.a.w. Dianiaya Oleh Jiran Yahudi
Kisah Penderhakaan Alqamah Terhadap Ibunya
Kisah Pertarungan Antara Rasulullah s.a.w. Denngan Rukanah Bin Abd Yazid
Adakah Umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
Kisah Tha’labah Bin Abd Al-Rahman
Umar r.a. Berhijrah Secara Terang-terangan?
Kisah Wanita yang Taatkan Suami
Kisah Hindun Melapah Hati Hamzah
Usia Ummu Al-Mukminin Khadijah
Kisah Umar Al-Khattab r.a.Menanam Anak Perempuannya
Kalimah Ummati (Umatku) Sebelum Rasulullah s.a.w. Wafat