Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Hamid Addin. Show all posts
Showing posts with label Hamid Addin. Show all posts

Monday, 22 August 2022

Terapi Qiamullail ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi?

Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu ‘qiamullail.’ Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah.

Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu.

Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini. Antara yang menarik adalah:
-Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan?
-Bagaimana menjalani tidur sebelum bangun berqiamullail?
-Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Terapi Sedekah ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya…

Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi.

Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita.

5 perkara menarik dalam buku ini:
- Keberkatan sedekah dan analoginya
- Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah
- Sedekah yang kreatif
- Kisah pedoman yang menarik
- Modul aktiviti di hujung setiap bab

Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita.
 

Sunday, 7 November 2021

The Art of Story Telling: Teknik Menjual dengan Bercerita ~ Hamid Addin

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

DAPATKAH KITA MENARIK PERHATIAN DENGAN HANYA MENULIS?

Ramai yang sukakan perhatian, lagi-lagi para peniaga. Mereka perlu ‘membina’ perhatian supaya lebih ramai orang berminat dengan produk atau servis yang mereka hasilkan.

‘Membina’ perhatian itu akan menjadi lebih mudah dengan THE ART OF STORYTELLING.

Buku ini membincangkan mengenai rahsia dan cara menulis kisah daripada ‘biasa-biasa’ menjadi ‘hebat’ dan ‘luar biasa’, seterusnya menjadi daya penarik orang untuk membacanya. Akhirnya kita berjaya mengubah pembaca itu menjadi pembeli.

Berikut adalah keistimewaan buku ini:
1. Gaya penulisan dan persembahan yang mudah dan praktikal
2. Pendekatan infografik yang memudahkan kefahaman pembaca
3. Berwarna sepenuhnya

Disertakan juga di dalam buku ini 20 template ayat jualan yang dapat diguna pakai bagi semua jenis perniagaan.
Hanya tinggal salin, sunting dan post pada media sosial jualan anda.

Sunday, 31 May 2020

7 Keajaiban Diet Rasulullah s.a.w ~ Hamid Addin

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Rasulullah S.A.W. adalah Utusan Allah S.W.T. yang terakhir di muka bumi. Tugas Baginda bukan sekadar membawa agama Islam, malah Rasul Ulul Azmi ini juga turut memikul tanggungjawabnya sebagai manusia iaitu sebagai seorang suami, ayah, sahabat dan pemimpin.

Rasulullah S.A.W. bukanlah Malaikat.
Baginda sama seperti kita – manusia.
Justeru, jika namanya manusia, maka ia tidak sesekali lari daripada fitrah insan. Makan, minum, tidur, berkahwin dan lain-lain.

Hebatnya Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, Baginda bukan sahaja memiliki kesihatan yang begitu menakjubkan, malah susuk tubuh Baginda yang tegap juga menunjukkan bahawa Baginda sememangnya seorang lelaki yang cukup sihat.

Adakah kesihatan Baginda ini semata-mata kerana anugerah Allah S.W.T. ataupun ada rahsia di sebalik amalan Baginda dalam kehidupan seharian yang dapat kita ikuti dan teladani bagi memperoleh kesihatan tubuh badan?