“Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya.”
Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel.
“Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak.” – AINA NATASHA
“Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje.” – MUZAFFAR
Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel ‘menghantar’ mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran!
“Ana Zahirah. Kau… Mengecewakan aku.” – DEVIL ANGEL
Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari…


