“Ini sayalah, Azraf. Takkan tak kenal?” – Azraf
“Ooo... Okey... Kenal.” – Raisya
“Yes!”- Azraf
“Encik Azraf ni bos Syarikat Pemadam Api Ghazali Enterprise ni, kan?” – Raisya
Bermula dari situ, pelbagai cara dia buat untuk pastikan ingatan Raisya kepadanya kembali pulih. Semua tidak berhasil. Satu idea nakal mula dibentangkan pada ibunya. Setuju! Ikatan pertunangan antara Azraf dah Raisya telah dimeterai. Tetapi dengan syarat, Raisya tidak perlu tahu siapa encik tunangnya. Hati Raisya mula gundah gulana. Dia pula yang gunakan bermacam akal fikiran untuk putuskan pertunangan. Kerana di hatinya juga tertulissatu nama. Azraf Hamidi.
“Betul ke Raisya kata nak pedajalkan kau?” – Puan Diana
“Dia tak cakap nak pedajalkan orang. Dia cakap nak kenakan bakal tunang dia..."- Azraf
“Bakal tunang dia siapa?” Puan Diana
“Azraf Hamidi.”- Azraf
“Siapa tu?” – Puan Diana
“Oranglah! Apa mak ni? Anak sendiri pun dah tak kenal ke?”- Azraf
Dalam huru-hara itu, akhirnya mereka disatukan. Tersenyum lebar kedua mempelai kerana cinta mereka akhirnya ke jenjang pelamin. Namun, Azraf mula berkerut dahi bila yang dikahwini itu adalah anak emak! Mampukah dia mengemudi rumahtangga yang dibina bila ibu dan ibu mertuanya mula membuat aturan? Dapatkan Raisya menyesuaikan diri dalam keadaan kacau bilau itu? Itulah yang dia akan lalui bila dia jatuh cinta pada silau Mr Spotlight!
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00