Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 13 August 2018

Tuan Muda Cik Hana ~ Chempaka Lyana

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Hana ke pantri. Tekaknya terasa haus. “Buat air coklatlah.” Dibuka sebungkus Cadbury, dituangkan ke dalam cawan, curah air panas dan kacau.

“Laaaaa, mengular ya?” Muncul Zaiton dengan wajah yang muram.
“Hauslah, kak.” Hana berasa pelik. Zaiton tidak pernah sesedih begini.

Zaiton menarik kerusi. Duduk dan terus mengelamun panjang. Mengeluh diri, mengenangkan nasib akan datang apabila Tuan Rayyan mengambil alih Jaaf Plantations Sdn Bhd daripada Tuan Muda.

“Kak Zai ni, cuba cerita apa masalah?” Soal Hana ingin tahu.
“Tuan Muda makin hari, makin baik. Kak Zai lega sangat. Hurmmm... mungkin disebabkan Cik Tunang dah kerja dekat-dekat si…” Tiba-tiba Zaiton berhenti cakap. Dipandangnya ke arah Tuan Muda yang baru sahaja berdiri di hadapan pintu pantri. Spontan dia berpaling ke arah Hana yang begitu tenang sekali. Tertib sambil mata menghadap dinding. Meneguk dan menikmati air coklat tanpa memandangnya atau menegur Tuan Muda sekalipun.

“Tuan Muda nak air? Saya buatkan.”
“Hana minum apa?”
“Air coklat Cadbury. Nak?” Jawab Zaiton tanpa menunggu Hana menjawab. Tahu sangat dia. Sah tengah bergaduh. Lagi dan lagi!

“Saya nak yang ni!” Badri tidak senyum. Terus diambilnya cawan daripada tangan Hana dan beredar keluar. Terperanjat Zaiton.
“Cik Hana gaduh lagi dengan Tuan muda?”
“Belum lagi. Kenapa Kak Zai tanya?” Hana relaks sahaja walaupun sebenarnya dia pun tergamam tadi.
“Dah berbaiklah kiranya? Kan?”
“Hmmmm… pun tak juga.”
“Cik Hana dengan Tuan Muda dah tak payah berahsia kan?” Zaiton tongkat dagu ke meja.
“Rahsia syarat tu ya? Dah tak payah. Huhuhu! Bagus kan?”
“Rahsia syarat? Bukan rahsia bertunang?” Pening balik Zaiton.
“Huh? Saya tak kenallah tunang Tuan Muda. Lantak dialah kalau tunang dia dah kerja dekat-dekat sini. Bagus juga. Kalau Cik Tunang dia terjah maki hamun saya pun bagus. Saya ada alasan. Tuan Muda dah tak bolehlah paksa saya buat itu ini, kan? Tuan Muda mesti pilih tunang terchentaa dia tu! Hehehe…” Seketul-seketul Hana senyum dan gelak.