Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 26 November 2018

Kamus Produktif Al-Munir ~ Mohd Shahriman Abu Bakar et al.

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Buku ini merupakan hasil kajian kumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan iaitu Mohd Shahriman Abu Bakar, Dr. Ahmad Abdul Rahman, Dr Aminurraasyid Yatiban, Dr. Noor Hisham Md Nawi, Nor Abdul Rahman, Dr. Nurul Fatihah Hanapi dan Nurul Iman Mohd Zain.

• Membantu penutur Melayu mengatasi masalah kesalahan leksikal dan gangguan bahasa ibunda dalam penulisan dan perterjemahan.
• Mengandungi kosa kata penting yang memfokuskan kepada penggunaan kata kerja, kata sendi, kata bantu dan penanda wacana.
• Contoh-contoh dipilih daripada data korpus bahasa Arab kontemporari yang bersumberkan karya penutur asli.
• Ayat-ayat contoh berfungsi untuk menjelaskan pola penggunaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.
• Berguna sebagai bahan latih tubi kosa kata berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Boleh dijadikan rujukan dalam penulisan karangan, berita, tesis dan perterjemahan Melayu-Arab.
• Sesuai untuk kegunaan pelajar menengah atas, penuntut universiti, guru bahasa, pensyarah dan penterjemah.

30 Kisah Menarik Daripada Hadis ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Al-Quran atau sunah Rasulullah saw dilengkapkan bukan sahaja dengan penetapan akidah, syariah dan akhlak, bahkan dieselitkan juga dengan kisah-kisah menarik yang penuh dengan pengajaran dan panduan bagi kehidupan manusia.

Ia adalah kisah-kisah teladan dan panduan terbaik kerana matlamatnya memperbaiki jiwa menusia dengan cara yang indah dan mudah difahami oleh semua peringkat. Ia juga memaparkan contoh-contoh dan watak-watak orang terdahulu yang paling baik ada dalam sejarah manusia supaya dijadikan ikutan dan boleh diteladani akhlak serta perjalanan kehidupan mereka.

Tafsir Mini Surah Al-'Ashr ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- ‘Ashr dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.
• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Monday 19 November 2018

Kontrak Cinta Kekal ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Atas desakan wang, Zuhayra nekad menerima tawaran menjadi isterikontrak kepada Ashraf Daem, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Zuhayra bersabar dengan kerenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedar, ada cinta di hatinya buat lelaki itu meskipun cuba dinafikannya.

“Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta dekat suami aku tu. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ni. Aku cintakan dia, sepenuh hati aku.” - Zuhayra

Di mata Ashraf Daem, Zuhayra hanya sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis itu adalah yang terbaik buat dirinya. Demicinta yang telah menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah. Tempohkontrak perkahwinan mereka juga dilanjutkan tanpa memberi pilihan kepada Zuhayra.

“Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?” - Ashraf Daem

Masih Milikmu ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Firda dilamar lelaki yang memenuhi senarai kriteria Mr. Perfect 10.

“Trust me Firda. Saya takkan kahwin dengan perempuan yang saya tak cinta.” - Nujaid

Ibarat tikus jatuh ke dalam guni beras. Lamaran diterima. Namun, ada syaratnya.

“Sampai bila nak rahsiakan perkahwinan kita? Sampai bila saya nak tipu ibu?” - Firda

Kerana cuba memansuhkan syarat itu, hidup Firda mula kucar-kacir. Permainan yang diatur oleh Hanis cukup hebat. Firda dikhianati insan-insan di sekelilingnya, kehilangan kerja dan disumbat ke dalam lokap. Tambahan pula dia yang disahkan mengandung dan terpaksa melarikan diri ke sebuah desa terpencil.

Akhirnya, Firda bekerja sebagai pencanting batik. Di saat dia mula merasa bahagia, Nujaid muncul semula.

Ghairah ~ Zura Anwar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Aku tak ingat siapa aku. Celik mata saja aku di atas katil hospital. Doktor kata aku kemalangan dan ada amnesia. Ara isteri aku. Aku tak ingat langsung siapa dia. Ara jaga aku dengan baik. Tapi, asal malam saja aku macam ada dengar bunyi di tingkat bawah.

“Ha’ah. Saya bunuh rusa tu semalam.”

Aku diam dan tekun mendengar ceritanya.

“Saya ingatkan pencuri. Rupanya rusa. Saya takut dia rosakkan bunga-bunga. So, I killed it.”
“Oh... Macam mana awak bunuh rusa tu?”
“Dengan parang.”

Ara sangat misteri. Aku nekad, aku kena siasat. Macam-macam aku jumpa, baju yang ada kesan darah. Keratan akhbar orang yang hilang dan Ara mula cuba kurung aku

Aku Temanmu ~ Nadiyah Hashim

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Tidak sedar terjatuh dalam jerat cinta antara Budi dan Hamdan. Mana cinta yang dikejarnya dan cinta yang mengejarnya. Dia mahukan jawapan, dan tanpa sedar sesuatu mendampinginya untuk membantu.

“Yuha.” Satu suara memanggil lembut.
“Yuha sunyi ke?”
“Yuha, aku ada. Kita kan kawan.”Aku mencari-cari arah suara itu. Suara itu datangnya dari dalam bilik itu juga.
“Aku dah lama bersama dengan kamu.”

Bisikan demi bisikan menghantuinya sehingga dia sendiri dianggap hantu. Yuha terperangkap dalam dua dunia yang berbeza. Yang dilihatnya benar atau yang melihatnya benar?

“Kenapa kamu pilih aku?”
“Aku temanmu. Pendampingmu yang setia.”

S.E.M.P.U.R.N.A ~ Syazana Samsul, NF. Amira Salleh, Miza Ramli

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ketahuilah, ketidaksempurnaan yang kau ada itu bukan kelemahan kau. Tetapi, ia iadalah kelebihan. Itulah 'sempurna' yang kau miliki.

Lesung pipit adalah satu kecacatan.
Begitu juga dengan tahi lalat pada wajahmu.
Dan ia dipanggil KECANTIKAN.
Ia sangat INDAH.

Air mata dan tangisan kau itu bukan sia-sia. Sesudahnya, tidakkah kau memperolehi kelegaan dan semangat bagi mencapai apa yang kau mahu?

Jadi, jangan bimbang. Ketidaksempurnaanmu itu adalah 'kesempurnaan'.

Yakin dan bersyukur kepada Tuhan. Dia tidak pernah menjadikan kau memiliki 'TIADA APA-APA'.

Cahaya Terang di Negeri Orang ~ Oki SetianaDewi

(SEM & SS) RM38.00 > RM33.40
"Jelaskan kepada kami, apa itu Islam?"
"Apa itu jihad?"
"Apa itu makanan halal?"
"Bagaimana cara ibadah kamu?"
"Adakah kamu tidak mati jika berpuasa?"
"Kenapa kamu pakai tudung? Apa fungsinya?"

Tiga negara.
Kesemuanya mempunyai minoriti penduduk yang beragama Islam.
Bagaimana kita dapat memberikan pemahaman kepada mereka?
Bagaimana kita dapat belajar daripada mereka?

Oki Setiana Dewi menjelajah ke tiga buah negara. Mengunjungi komuniti Islam di sana. Berdialog dengan golongan bukan Muslim. Bertemu dengan pelbagai kepercayaan dan anutan.
Semuanya dengan satu tujuan.
MENCARI CAHAYA TERANG DI NEGERI ORANG.

Untuk Hidup 2 Kali ~ Hisham AR

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Harga oksigen = Purata dalam RM20 per liter.
Dalam sehari berapa banyak manusia menyedut oksigen?
Lebih kurang 650 liter sehari.

Berapa yang kita perlu bayar setiap hari?
RM1100.00

Jika setahun? 365 hari.
Lebih kurang RM4 juta.

Tetapi, berapa yang Allah SWT caj?
PERCUMA.
Sepanjang hayat.

Cuma Dia menuntut supaya kita menjadi hamba yang beriman kepada-Nya sahaja.
Jadi, susahkah?

Kiblat ~ Sabrina Ismail

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

"Orang yang banyak duit tak dijemput menjadi tetamu Dia di sini. Logiknya, orang yang berduit itu yang senang untuk datang, tak perlu risau tentang kewangan. Tetapi kenapa kita yang tak berduit ini dipilih oleh Allah?"

Seorang suri rumah yang tidak punya simpanan cukup, anak-anak kecil keliling pinggang, juga punya ilmu agama yang kurang dalam dada, hanya satu sahaja yang ada, iaitu doa hati kecilnya. Kerana sebuah niat untuk bertamu di rumah Allah, pelbagai ujian dirintangi. Satu demi satu dilalui dengan sabar. Lalu, dihadiahkan dengan pemberian yang sudah lama didamba. Tuhan Maha Mendengar. Hamba-Nya yang sungguh-sungguh rindu dengan Dia, masakan Dia akan biarkannya. Dia bahkan lebih rindu kepada hamba-Nya itu. "Di Mekah ini, kalau sesat, cari signboard ke Masjidil Haram. Pasti tidak akan tersalah jalan. Sama seperti hidup ini. Jikalau sesat, pulang ke pangkal jalan. Cari kembali masjid dan kiblat yang satu. Insya-Allah, kita akan jumpa apa yang kita cari."

Thursday 15 November 2018

Cinta Untuk RAF ~ Rabihah Nur Ridhuan

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

“Kalau suatu hari abang marah dan Orked tak mampu nak pujuk, bolehkah masa tu abang maafkan Orked?” ~ Orked

“Abang kecewa. Abang tak tahu nak buat apa. I’ll give you, my everything, but... I haven’t got the smallest fraction of your trust.” ~ Raf

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Seribu Rindu ~ Hani Fazuha

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya.

“Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni.” Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami.
“Eh! mana tahu bilik yang mana satu.” Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius.
“Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?” Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram.

Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel.

Siblings Without Rivalry(Edisi Bahasa Melayu) ~ Adele Faber, Elaine Mazlish

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ini topik yang sangat panas. Tidak kira lokasi kami berada, apabila kami mengajukan topik pergaduhan adik-beradik, kami menerima pelbagai reaksi serta-merta dan cukup beremosi. Nyata ini adalah masalah sejagat. Masalah yang serius dan menusuk perasaan yang paling dalam.

Antara topik menarik yang dibincangkan:
- Adik-Beradik. Dulu, Kini, dan Selamanya
- Akhirnya Perasaan Buruk Keluar Jua
- Bahaya Perbandingan
- Sama Rata Itu Kurang Sebenarnya
- Adik-Beradik dan Peranan Masing-Masing
- Apabila Anak-Anak Bergaduh

Buku ini adalah hasil daripada kesemua sesi bengkel dan semua perkara yang kami lakukan bertahun-tahun lamanya. Kesimpulan
daripada semua itu? Kami percaya yang kita sebagai ibu bapa mampu membuat perubahan.

Yasin, Tahlil & Doa ~ PTS

(SEM & SS) RM1.50 > RM1.30

Ada 3 warna: Pink, Ungu, Biru

Tahlil & Doa.

Naskhah sesuai untuk doorgift, hadiah, sedekah

30 Wasiat Imam Syafi'i (Edisi Kemaskini) ~ Khairul Ghazali

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Harga diri individu itu berdasarkan apa yang dilakukan bagi memperbaiki dirinya.

"Marah adalah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindari marah supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

Antara Kandungan:
Bab 1 Belajar dan Mengajarkan Ilmu
Bab 2 Memilih Makanan yang Halal
Bab 3 Memperbanyakkan Lima Perkara
Bab 4 Sabar dengan Musibah, Syukur dengan Nikmat
Bab 5 Menziarahi Orang Sakit
Bab 6 Hindari Perasaan Marah
Bab 7 Mengasihani Anak Yatim
Bab 8 Berbakti kepada Ibu Bapa
Bab 9 Amal Soleh Sebagai Perisai
Bab 10 Takwa Membuahkan Insan

Rasulullah Is My Doctor (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya. Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam. Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.

Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Asas Khusyuk Ketika Solat ~ Dr. Ibrahim Hashim, Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron

(SEM & SS) RM19.00 > RM16.70

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. 

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai asal usul kewujudan Tafsir Al-Azhar yang menjadi karya teragung beliau. Selain itu ia adalah tafsir Al-Quran berkaitan surah Al-fatihah dan Juzuk 1 iaitu sebahagian daripada surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Sunday 11 November 2018

Tulus ~ Zara Aluwi

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Cinta pertama tidak akan mati sampai bila-bila. Ia akan terkubur oleh waktu, tetapi tidak pada hati.

“Abang masih tunggu Nurul. Sampai bila-bila pun, abang tetap tunggu.”– SYUKRI

“Cinta semalam dah berlalu, bang. Jangan tunggu Nurul. Berkahwinlah dengan sesiapa pun. Nurul tumpang bahagia.” - NURUL

Syukri cinta pertamannya, lelaki yang telah menyelamatkannya tetapi lelaki itu jugalah yang telah mematahkan hatinya. Nurul akur bukan jodohnya bersama Syukri. Antara cinta dan keluarga. Biarlah dia berkorban. Dia sayangkan lelaki itu tetapi dia lebih sayangkan ibu dan ayahnya. Dia akur bila Abang Wan menjadi pilihan ayahnya. Dia akan cuba membina masa depan dengan lelaki itu.

Dunia barunya bersama Abang Wan tidak pernah bahagia. Herdikan, pukulan menjadi santapan hidupnya hingga sanggup seorang suami menjual isterinya demi melunaskan segala hutang. Dia nekad untuk melarikan diri. Mana mungkin Nurul akan bertahan di neraka ciptaan manusia ini.

Calon Menantu Hantu ~ Hani Amizam

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Dia Yusuf Abid, dan aku Bunga Aishah. Dia orang panggil Usop Hantu, manakala aku pula orang sapa Ecah. Ecah? Tak glamour langsung, tapi tak apalah, nama Ecah lebih baik daripada digelar hantu macam Usop Hantu. Usop ni perangai dia nauzubillah memang jahat, memang nakal dan wajarlah orang gelar dia hantu.

Dalam semua orang menyapa diriku dengan nama Ecah, hanya Usop seorang sahaja yang memanggil namaku dengan panggilan Bunga. Bila kutanya mengapa memanggil namaku Bunga? Sahutnya kerana hidungku kembang seperti bunga raya. Kenyataan berani mati Usop buat hatiku marah. Suka sangat cari pasal.

“Tengok sayur ke tu?”- USOP HANTU
“Taklah, tengok anak ayam.”- BUNGA
“Ceh, belajar tinggi-tinggi, sampai keluar negara, tapi sayang tak juga bijak. Sayur dengan anak ayam pun tak dapat beza. Rabun ke buta?” – USOP HANTU

Setiap kali berjumpa, setiap kalilah Usop akan cari pasal dengan Bunga. Kenapalah dia jadi macam tu?! Ada masalah jiwa atau kurang kasih-sayang?

Wednesday 7 November 2018

Sunnahmu Amalanku ~ Dato' Dr. Hj. Abd. Basit Abd. Rahman

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Sementelah itu buku, “SunnahMu AmalanKu” merupakan buku yang diketengahkan oleh penulis tentang sunah-sunah Rasulullah saw yang perlu kita cakna agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan kita dapat berusaha untuk mengamalkan sunah-sunah baginda saw dalam kehidupan ini sebagai bukti keimanan dan kecintaan kita kepada baginda saw.

Pihak penerbit mengharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan sebarkanlah setiap kebaikan daripada buku ini kepada orang sekeliling. Semoga kita mendapat rahmat daripada Allah saw.

Yasin & Al-Kahfi ~ Fuad Ismail

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80
Surah Yassin dan Al-Kahfi amat istimewa di mata masyarakat Islam di Nusantara, lebih-lebih lagi di Malaysia. Tambahan lagi, pendekatan yang diterapkan dalam buku ini yang berbeza dengan buku yang lain, antaranya:
• Menggunakan khat baharu Rasm Uthmani.
• Disertakan lima warna bacaan tajwid.
• Wakaf Ibtida’ bagi ayat-ayat yang panjang.
• Mukadimah surah.
• Asbabun Nuzul.
• Sinopsis.
• Kelebihan surah.
• Terjemahan Pimpinan ar-Rahman.
• Doa surah Yassin.
• Dakwaan serta jawapan.
• Perbahasan hadis dhaif.

Mendampingi Al-Quran ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Melihat kepada tajuknya sahaja pembaca mungkin sudah mengerti apakah inti pati buku karya Ustaz Mohd Solleh ini. Memandangkan umat Islam terdiri daripada pelbagai golongan, maka penulis mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku yang mampu memberi panduan yang padat dan menyeluruh tentang kitab indah ini. Buku ini dihasilkan dari perspektif al-Quran itu sendiri, dalam usaha untuk membantu pembaca pandai membaca, memahami dan mengamalkan kandungannya.

Antara yang dikupas dalam buku ini ialah sifat-sifat al-Quran, adab-adab membaca al-Quran, apakah itu tilawah al-Quran?, cara meraih kemanisan dalam solat, cara mentadabbur al-Quran dan sebagainya.

Panduan Meraih Umrah Yang Mabrur ~ Datuk. Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Hj. Mohamad Wahid Abd. Hanif

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60
Melaksanakan umrah merupakan impian setiap Muslimin dan Muslimat. Namun, persediaan untuk mengerjakannya perlu supaya semuanya berjalan dengan lancar, mudah dan tenang. Oleh itu, buku ini ditulis untuk memudahkan para tetamu Allah ketika melaksanakan ibadat umrah. Ia bukan semata-mata buku panduan mengerjakan umrah, tetapi juga menerangkan tentang tempat-tempat ziarah yang menarik dan sangat sesuai diziarahi semasa mengerjakannya. Di samping itu, disertakan juga beberapa soal jawab tentang kemusykilan berkenaan ibadat ini.

Selain itu, buku ini juga memuatkan doa-doa ma’thur yang terpilih ketika tawaf dan sa’i serta ruang untuk ditulis doa-doa yang dicadangkan untuk dimohon ketika melakukan ibadat ini nanti.

Dia Qasyrina Izzara ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Qasyrina Izzara! Gadis cantik yang diberi jolokan playgirl. Siapa yang tidak kenal dengan nama itu. Kelab mana yang tidak pernah dia kunjungi. Dirinya sering diintai jejaka bermata helang.

“Oh my! Adam Mikail, you jangan nak jual minyak dengan I ok. I know you. I tahu buaya yang dalam diri you tu tak boleh nak dijinakkan.”
– Qasyrina

“Well, you lah jinakkan buaya tu.” – Adam

Dia Iqram Maliq lelaki sederhana yang kacak. Manis dan lancang. Tapi lancang dia hanya dengan Qasyrina Izzara. Matanya sakit setiap kali melihat gadis itu berpakaian.

“Pakaian kau tu macam tak cukup kain tau. Mata aku ni memang la suka tengok perempuan bertelanjang macam kau ni, tapi mata hati aku ni seksa tau.” – Iqram

Dari pergaduhan kecil hatinya terusik. Sebab itu orang tua selalu berpesan, jangan benci sangat lama-lama sayang. Itulah yang terjadi di antara keduanya. Cinta datang menyapa tanpa diduga.

Nama Aku Syaiful Rizal ~ Rina Khan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kehidupan Syaiful Rizal berada di titik sempurna. Di usia belum mencecah 30, Syaiful memiliki segalanya. Malah ura-ura untuk melangkah ke alam perkahwinan juga telah bermula. Namun di sebalik semua ini, Syaiful mempunyai satu rahsia hitam yang tak pernah diketahui sesiapa.

Syaiful bukan lelaki biasa. Dia adalah anggota kumpulan perompak yang mengganas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekian lama. Namun demi masa depan yang cemerlang, Syaiful mahu mengubah hala. Dia beriltizam untuk cuci tangan dan kambus terus rahsia hitamnya dari mata dunia.

Takdir hidup tidak seperti yang dirancang. Nyawa anak saudaranya menjadi taruhan. Musibah yang menimpa Amira secara tiba-tiba memaksa Syaiful sekeluarga mencari dana sebanyak RM200,000 dalam sekelip mata. Suatu jumlah yang Syaiful tak punya.

Eddy, ketua kumpulan rompakannya telah sedia dengan satu ‘projek besar’. Sasaran mereka Dino, pengedar dadah terbesar Kuala Lumpur. Bagi Eddy, tiada salahnya mereka ‘mengorbankan’ pengedar dadah yang telah lama ‘membunuh’ bangsa Malaysia.

Monday 5 November 2018

Tak Mengaku Cinta ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“You are crazy.” Dada Diana turun naik ketika cuba mengawal kemarahannya.
“Yes, I’m crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau, awak nak saya belikan kereta? Rumah? Just name it.”

Gara-gara ternampak kelibat Diana di kelab malam yang selalu dikunjungi oleh Syafiq, membuatkan jantung lelaki itu tiba-tiba berdegup kencang. Hati lelakinya mahukan gadis misteri tersebut. Sudah berminggu-minggu dia menanti kehadiran gadis itu, namun Diana langsung tidak muncul sehingga memaksa Syafiq mengupah penyiasat persendirian untuk menjejak gadis tersebut.
Pelbagai cara telah digunakan oleh Syafiq bagi menundukkan Diana, namun semuanya sia-sia belaka. Sehinggalah memaksa Syafiq membeli resort tempat Diana bekerja, semata-mata mahu gadis itu sentiasa dekat dengannya.
“Macam ni ke awak mengalu-alukan kedatangan majikan baru awak?” ~ Syafiq.
“Yes, Encik Syafiq. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” ~ Diana.
Syafiq angkat kening. “Kalau saya minta awak temankan saya malam ni, boleh?”

Cinta Kuasa Dua ~ Hanny Esandra

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Betulkah ada peluang kedua? Tapi, bukan dengan orang yang sama? Ada. Jazman dan Lis Dahlia. Seorang teruna. Seorang janda. Seorang guru yang secara sukarela ditukarkan ke Kampung Muka Pecah dan seorang lagi memang anak jati kampung tersebut. Duduk pula berjiran. Rumah pula bertentangan. Apa lagi? Dalam hati mulalah ada taman.

"Sebab selalunya kalau ada pertemuan pertama, mesti akan ada pertemuan kedua. Masuk pertemuan ketiga, abah mesti suruh masuk meminang."- Jazman.

Daripada bertukar-tukar juadah, melarat pula bertukar-tukar rasa hati. Hubungan mereka semakin lama semakin menjadi-jadi. Tapi, ada pula yang tak puas hati. Izzul mula gila talak mahukan isterinya kembali.

"Awak nak tak kita ubah persepsi masyarakat sekeliling ni terhadap awak?" - Jazman
"Macam mana?" - Lis Dahlia
"Kahwin dengan saya?"- Jazman

Kalau Betul Sayang ~ Aunie Ayunie

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Terima kasih, abang...” Zara hembus nafas lega. Macam baru saja terlepas daripada tuduhan membunuh.

“Hurm, lain kali kau nak pergi mana-mana kau bawa benda alah tu. Faham? Tak adalah menyusahkan orang dengan masalah period kau tu,” omel Saif, pakej jelingan tak puas hati.

“Manalah Zara tahu nak jadi macam ni. Tahu-tahu aje dah terperiod. Ikut tarikhnya minggu depan. Abang tak payahlah buat muka macam tu. Ikhlas ke tak tolong Zara?” Zara muncungkan bibir.

Terasa kut bila Saif buat muka ketat. Dia bukannya sengaja pun. Dan, kalau boleh dia tak nak susahkan Saif. Tapi, dia rasa cuma Saif saja yang boleh menolong. Memanglah ramai kawan-kawan yang dia ada, tapi entahlah! Saif juga yang dia cari selepas sepuluh minit berkurung di dalam tandas.

“Bukan masalah ikhlas ke tidak, senget! Kau tahu tak tadi semua orang pandang aku macam aku ni datang dari Planet Marikh. Dengan baju macam ni... Beli pad pulak.” Saif kemam bibir.

Saka Tok Wan ~ Suhailah Selamat

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hanya kerana sekeping wasiat yang ditinggalkan oleh DATO ZARITH a.k.a tok wan, Aryssa dan Aiman diberi tempoh sebulan untuk bernikah. Seterusnya, perkahwinan tersebut tidak boleh dibubarkan dalam tempoh 5 tahun jika Aiman tidak mahu kelayakannya sebagai pewaris bakal dilucutkan. 

"Eh, kenapa tok wan nak libatkan saya dalam hal ni? Kenapa pula saya mesti kahwin dengan dia? Tak fahamlah!" - ARYSSA 
"Maaflah, itu saya tak tahu. Hal-hal sebegini arwah tak pula beritahu saya. Tugas saya hanyalah melaksanakan apa yang sepatutnya. Hal yang saya tak patut masuk campur, saya tak akan langgar." - ENCIK KAMAL 

Akhirnya, Aryssa mengalah. Aiman yang disangkakan lelaki pendiam rupa-rupanya kuat mengusik! Tanpa Aryssa sedari, DATIN AINA yang merupakan pewaris saka tok wan, mula merancang sesuatu agar perkahwinan mereka bakal membuahkan benih keturunannya. Keturunan yang bakal mewarisi saka tok wan! Dalam diam, Aryssa telah ditundukkan dengan ilmu batinnya supaya gadis itu dengan 'rela' hati menyerahkan diri pada Aiman. 

Amalan Zikir Muttaqin ~ Jamil Dato' Tajuddin al-Jarumi

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40

Menghimpunkan zikir-zikir yang diambil daripada sumber yang jelas kesahihannya. Himpunan Zikir Muttaqinmerangkumi Ratib al-Haddad, zikir pagi dan petang, zikir selepas solat fardu, selawat dan doa-doa mustajab.


Antara Kandungan:
Ratib al-Imam Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad (Kelebihan Ratib al-Haddad)
· Doa Pagi dan Petang
· Zikir Selepas Solat Lima Waktu
· Doa Selepas Solat Fardu
· Kelebihan Zikir Selepas Solat Lima Waktu
· Adab Berzikir dan Berdoa Selepas Solat
· Zikir Selepas Solat Jumaat
· Zikir Asma’ al-Husna (Kelebihan berzikir dengan Asma’ al-Husna)
· Sifat-sifat Allah
· Selawat at-Tafrijiah
· Selawat at-Tibbiyah
· Selawat Hafaz al-Quran
· Selawat Sayidil ‘Arabi wal ‘Ajami
· Selawat Maulid
· Zikir Munajat

Amalan Qiamullail ~ Jamil Dato' Tajuddin Al-Jarumi

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40
Amalan Qiamullail mengupas serba-serbi tentang qiamullail, merangkumi tip untuk mudah berqiamullail, amalan ketika qiamullail, doa-doa serta zikir yang sahih. Juga panduan lengkap solat sunat Tarawih.

KANDUNGAN
- Kelebihan Qiamullail
- Tip Agar Mudah Melakukan Qiamullail
- Wirid-wirid Sebelum Terbenam Matahari
- Amalan-amalan antara Maghrib dan Isyak
- Solat Sunat Awwabin
- Wirid-wirid Selepas Solat Sunat Awwabin
- Amalan Selepas Solat Isyak
-Solat Sunat Tarawih pada Bulan Ramadan
-Solat Sunat Witir
-Wirid-wirid ketika Hendak Tidur
-Wirid-wirid ketika Terjaga daripada Tidur
-Solat Sunat Tahajjud
-Doa yang dibaca selepas Solat Tahajjud
-Solat Sunat Hajat
-Solat Sunat Isyraq
-Solat Sunat Dhuha
-Solat Sunat Tasbih

Apa Khabar Iman? ~ Hisham AR

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘Ash r.a., Rasulullah SAW bersabda,“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barang siapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka.” (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan saranan supaya kita menyampaikan ilmu tidak kira banyak atau sedikit. Asalkan ilmu tersebut daripada al-Quran dan Sunnah maka hendaklah ia disampaikan. Justeru, cuba tanya diri sendiri; Bagaimana aku boleh ambil bahagian dalam kerja dakwah?

Buku ini digarap agar memberi gambaran perihal gerakan jemaah Tabligh yang bergelanggang di jalan Allah bagi menyebarkan mesej dakwah ke serata alam. Ia turut disulami dengan kisah-kisah santai yang dilalui oleh penulis dan rakan seusaha dalam perjalanan mencari dan menyebarkan ilmu bermanfaat.

Clear ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.

Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!

Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji

Perjalanan Agung ~ Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.

ANTARA KANDUNGAN
Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
Nabi yang Terakhir
Nasab Rasulullah SAW
Perjalanan Pertama ke Syam
Hikmah Menggembala Kambing
Pembinaan Kaabah
Perkahwinan dengan Khadijah
Nabi Beruzlah di Gua Hira’
Turunnya Wahyu
Strategi Dakwah Rasulullah
Dakwah Keluarga Terdekat
Tabah Menghadapi Ujian

Friday 2 November 2018

Seadanya Aku ~ Rissa Ahdiya

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Aufiya memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa seolah-olah dirinya seorang perempuan yang kejam. Lebih teruk, lelaki yang menjadi suaminya sekarang, bukan sahaja tunang Wina, malah sahabat baik kepada bekas tunangnya, Taufik. Dia terasa seolah-olah dia meletakkan Zarul dalam situasi yang sukar. Dia yang bertanggungjawab menghumbankan Zarul ke dalam gaung yang dalam. Gelisah memikirkan risiko yang terpaksa Zarul hadapi selepas ini. Pengorbanan Zarul yang bakal memakan dirinya sendiri.

“Fiya…” tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Aufiya mengangkat muka. Matanya bertembung pandang dengan mata Zarul. Bila masa pula Zarul sudah berada di depannya? Aduh! Banyak sangat perkara yang difikirkannya, sehingga apa yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak dia hiraukan.

Matanya masih tidak lepas memandang Zarul yang segak berbaju Melayu berwarna putih. Baju yang dipinjam daripada abang ngahnya. Mujurlah muat-muat sahaja dengan tubuh Zarul. Jika tidak, harus hari ini Zarul memakai T-shirt dan jeans sahaja sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah tadi.

Nadiana ~ Cik Q

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Nadia dan Diana, insan yang berbeza, punya nasib yang berlainan tapi mencari arah hidup yang sama. Pertemuan tak terduga membuatkan mereka bersahabat.

NADIA. Cintanya kepada Ezuan tidak berbalas membuatkan dia berpaling dan pasrah. Bertemu dengan Alan, pemilik salun yang sentiasa mendengar keluh kesahnya membuatkan hati Nadia terpaut. Tapi, bagaimana dengan Alan? Adakah Alan punya rasa yang sama sepertinya?

DIANA. Dia punya kecelaruan hidup. Hadirnya Nadia merubah hidupnya. Bila bersama Nadia, hidupnya punya warna. Nadia gadis yang ceria, baik hati dan menerima dirinya seadanya.

Namun, saat rahsia Nadia terbongkar, dia menyepikan diri, sakit hati walaupun dia tahu Nadia insan biasa yang tak sempurna.

“Aku tak sangka kau orang yang macam ni, Nadia.” – Diana

“Diana, aku minta maaf sebab rahsiakan kisah silam aku. Diana, aku tahu aku banyak buat dosa, aku bukan orang baik tapi aku dah berubah.” – Nadia

Infinity War ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", Jawab Rasullullah: "Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-
1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita... ...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu".

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia.

Hero Jelita ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sekali lagi saya tanya ni.
Sudi tak kahwin dengan saya-ARYAN LEE
No. Tak nak-AAIRA ZULAIKHA

AAIRA ZULAIKHA-'Buntut Kuali" itu gelaran yang diberi kepada. Lahir dengan rupa sederhana dan berkulit gelap menjadi bahan ejekan nenek dan sepupunya sejak dari kecil lagi.

ARYAN LEE-Kejelitaan yang dimilikinya melebihi seorang wanita. Lelaki yang sangat sempurna. Punya harta dan nama.

Puas dia menolak lamaran lelaki jelita itu namun takdir Allah mengikat mereka dalam sebuah pernikahan yang penuh muslihat. Seperti yang dia jangka pernikahan itu satu malapetaka dalam hidupnya. Tohmahan dan caci maki serta fitnah dia terpaksa hadapi kerana dirinya yang tidak sepadan dengan Aryan.

Eshal Nuranis ~ Derita Terindah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” –Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Duhai Nabi, Aku Jauh ~ Nurul Hakimah Mahamud

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Siang dan malam.
Tanpa henti.
Sentiasa merindui.
Walaupun di ambang mati.

Dalam doa pada saban malam, bermunajat Nabi kepada Tuhan, melampiaskan kerisauan terhadap umatnya. Dari jeluk hati mulia, tidak lekang ingatan kepadamu.

Wahai Tuhan, mohon umat sentiasa teguh di jalan yang Engkau redai. Jangan Kau mengazab mereka, sungguh mereka tidak mampu menanggung murka.

Nabi mencintaimu. Malah, menangis keranamu. Sedangkan Nabi dengan kita tidak pernah berjumpa, air matanya tetap mengalir untuk umat yang dia cintai. Namun, apakah dirimu mencintai Baginda?

Nabi sudah jauh. Jadi, janganlah dirimu semakin menjauh.

Life Goes On ~ Siti Nordiana

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dunia yang sekadar persinggahan,
namun kita sering terlupa kepada yang namanya pinjaman,
lalu kita lemas dalam ujian,
hanyut dalam kecewa yang berpanjangan.

Sedar dan bangkit dalam kealpaan,
itu yang seharusnya kita lakukan,
kerana akan lemahlah jiwa jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak gagah,
biarpun tidak mudah dalam mengorak langkah,
namun hati yang berat ini harus dipaksa-paksa.

Wahai hati yang hebat diuji,
kau tak akan kembali kuat,
jika tidak belajar untuk bangkit kembali,
kau tak akan kembali tegar,
jika nasibmu diserah bulat,
kepada ujian yang melumpuhkan jiwa dan hati.

Fazakkir (Peringatan) ~ Faris Mubeen

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Dan tetap berikan peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
(Surah az-Zariyat 51: ayat 55)

Antara perkara yang menjadi rutin pada zaman sahabat ialah dengan mengingatkan antara satu sama lain.

Tiada orang yang terlalu lemah untuk memberi nasihat, dan tiada orang yang terlalu tinggi untuk menerima nasihat.

Manusia sering lupa. Manusia sering alpa. Namun kita masih diberi kesempatan untuk memperbaikinya.
Ingatkanlah, ujian itu penguat dan bukannya beban.

Mengikhlaskan adalah satu penerimaan; hanya Dia yang Maha Kuasa. Mintalah kepada-Nya, bukankah Dia sesungguhnya Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani?

Membongkar Konspirasi Zion Zionis ~ N. A. Harith

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40
Dalam menjamin kestabilan Israel sebagai sebuah negara yang kuat dan ditakuti di dunia, beberapa strategi digunapakai rejim zionis yang secara tidak langsung menentukan corak politik, ekonomi dan keamanan di Tanah Arab.

Buku Membongkar Konspirasi Zion Zionis ditulis bagi mendedahkan tentang bangsa Yahudi dari mula pendudukan di ‘Tanah Yang Dijanjikan’ sehinggalah kepada ‘Penjajahan’ di Tanah Palestin bahkan seluruh dunia.

Committee 300 (Edisi Bahasa Melayu) ~ Dr. John Coleman

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.00

Matlamat utama mereka adalah membina Dunia Baru atau ‘New World Order' di bawah satu pemerintahan. Mereka juga penyebab keruntuhan ekonomi dunia, pengacau total dalam politik antarabangsa. Mereka inilah dalang setiap perselisihan agama, menyeleweng institusi kewangan, punca kepada perang dunia sehinggalah kepada perang-perang besar hari ini.

Berstatus ‘pertubuhan rahsia' dan pemerintah dunia, Comitee 300 dihuni oleh sekelompok kelas penguasa tertinggi, termasuk Ratu Inggeris (Elizabeth II), Ratu Belanda, Ratu Denmark dan keluarga kerajaan Eropah, bahkan para pimpinan negara!

Buku ini bukan saja merungkai agenda mereka, bahkan menjawab pelbagai persoalan tentang pertubuhan ini selengkapnya. Lalu mendedahkan perjalanan perosak dunia ini kepada manusia-manusia yang masih menyanjung penuh barisan ini. Mungkin mereka belum sedar akan New World Order sedang terbina!

Cinta di Hati Muhammad s.a.w ~ Miftahul Asrar Malik, Dian Ummu Zahrana

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Khadijah, nama yang indah dan mulia. Beliau adalah pembesar kaum wanita Quraisy, seorang wanita yang lembut, berjiwa dermawan, pandai, cerdik dan cerdas. Beliau diajar erti kesabaran oleh latar belakang yang kering dan padang pasir.

Aisyah, simbol kesempurnaan kaum wanita. Beliau adalah puteri khalifah pertama Abu Bakar Al-Siddiq. Bukan hanya cantik luar, beliau juga cantik dalam kerana berakhlah karimah.

Fatimah, puteri tercinta Rasulullah s.a.w. Beliau adalah wanita istimewa dan tiada duanya di muka bumi ini kerana beliau adalah bidadari yang berbentuk manusia. Beliau menjadi orang yang paling mirip dengan Rasulullah, tumbuh dewasa dalam naungan wahyu yang diterima ayahandanya, menjadi penyejuk mata dan penghibur hati Rasulullah s.a.w.

Di Sebalik Sebuah Organisasi MOSSAD ~ Shariman Wahap

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selama ini, kita sering dihidangkan dengan cereka-cereka fiksyen mengenai kisah-kisah penyiasatan, pengintipan dan organisasi rahsia negara-negara tertentu. Biasanya juga, kisah-kisah ini sering dikaitkan dengan penglibatan peringkat tertinggi dalam kerajaan. Nama-nama seperti FBI, CIA dan KGB juga bagai sudah tidak asing lagi dengan kisah-kisah ini sehinggakan kita hampir “terbiasa” dengan rancangan-rancangan jahat dan plot-plot “rahsia” mereka.

Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam perlbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang “tidak mengambil tahu” atau “tidak mahu mengambil tahu”, malah anda antara mereka yang “tidak perlu tahu”. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh asalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka.

Mossad bukan satu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka dalam menghancurkan Islam!

Himpunan Kisah Ibu Bapa Tauladan ~ Marina Mat Arus

(SEM & SS) RM23.90 > RM21.00
Anak adalah anugerah terindah dan amanah dari yang Maha Esa buat pasangan yang sudah berumahtangga. Setiap daripada mereka juga lahir ke dunia dalam keadaan fitrah, iaitu suci dan bersih daripada segala dosa.

Maka, kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil. Mahu mendidik mereka menjadi seperti apa? Itu terserah kepada kita selaku ibu bapa mahupun penjaga.

Justeru, 32 cerita dalam buku ini berkisar mengenai teladan ibu bapa ulama hadir bagi membantu ibu bapa 'menjejaki' uslub atau manhaj didikan yang dilakukan oleh para solehin dalam 'melentur' keperibadian anak-anak mereka sehingga menjadi ningrat atau golongan mulia dalam kalangan masyarakat.