Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 3 December 2018

Sepahit Kopi Semanis Cham ~ Syima Syawal

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Aku akan potong gaji kau sebab patahkan batang anak lada tu.” - FAWWAZ RADI
“Eh mana boleh, namanya pun dah ‘ter’… bukan sengaja pun.” - DAYANG IRDINA
“Cuba aku ‘ter’patahkan jari kau, kau nak tak?” – FAWWAZ RADI
“Eh jangan tuan muda. Nanti tuan muda ‘ter’kahwin pula dengan saya sebab dah patahkan jari saya ni… tuan muda nak ke ada isteri jari yang dah patah? Tak nak, kan… kan?”- DAYANG IRDINA

Dari tak suka, boleh saja bertukar menjadi cinta. Dari menyampah boleh saja menjadi gila bayang. Jampi apa yang Dayang dah buat sampai Fawwaz yang hatinya suam-suam kuku mula berbunga-bunga cinta. Bagi Dayang, Fawwaz adalah pelajaran terindah dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan mengubah hatinya untuk lelaki lain.

“Cinta abang sebanyak air di lautan. Tak pernah sedikit pun berkurangan.” - FAWWAZ RADI
“Cinta saya sebanyak darah yang mengalir di tubuh kita. Yang memisahkan hanyalah sebuah kematian.” – DAYANG IRDINA

Namun sudah dinamakan manusia, pasti hidup sentiasa diuji. Hanya kerana fitnah mereka berantakan. Kepercayaan hilang sekelip mata. Dayang menderita, Fawwaz sengsara.

Benarkah akhir bahagia memang ada meskipun tidak seperti yang kita duga? Dalam gelapnya hati yang terluka, masih adakah pelangi yang menerangi?

Biarpun cinta itu sepahit kopi atau semanis cham. Jika betul bancuhannya, pasti nikmatnya terasa. Begitulah perjalanan sebuah cerita cinta. Tak selamanya cinta itu manis, tak selamanya cinta itu pahit