Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 22 January 2021

Izinkan Aku Bahagia ~ Aalin Amily

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Apabila Nur Dhiya Fahani bertemu Tengku Fahmi, maka huru-haralah dunia jadinya.

“Muka macam kasut aku, ada hati nak mengaku diri cantik!” - Tengku Fahmi
“Kasut bos kasut kulit, kan? Saya tak kisahlah kalau bos samakan muka saya macam kasut bos.” - Dhiya
“Memang kasut kulit. Tapi kau tahu kulit apa? Kulit oink-oink.” - Tengku Fahmi

Dhiya Fahani, takut untuk bercinta. Tengku Fahmi pula, lelaki yang serik untuk bercinta. Namun, takdir menemukan mereka, lalu berjaya mengundang rasa cinta dalam hati kedua-duanya. Baru saja hati ingin melakar keindahan, dugaan datang bertimpa-timpa.

“Tolonglah terima saya semula. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk hubungan kita. Saya takkan pergi tinggalkan awak lagi.” - Serra
“Hubungan kita dah lama berakhir, Serra. Kalau ye pun awak nak muncul semula, sepatutnya awak datang sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun yang lalu. Bukan sekarang.” - Tengku Fahmi.

Dhiya rapuh. Membandingkan dirinya yang yatim piatu dengan Serra, membuatkan dia merasa kerdil. Dhiya membuat keputusan untuk mengundur diri.

Kemunculan Dato’ Rizman yang mengaku sebagai bapa kandung Dhiya turut mengusutkan lagi keadaan. Lelaki itu mahu kontrol hidup Dhiya macamlah Dhiya hak mutlaknya. Siap tak mahu restu hubungannya dengan Tengku Fahmi lagi.

Bahagia, mengapa begitu dekat, tapi terasa jauh?