‘NASI lemak anak dara tengah menganggur’. Hanya kerana nama itu, mereka sama-sama terikat. Episod perkenalan mereka tidaklah seindah mana. Banyak ‘ter’ antara mereka… terlanggar, tersalah cakap, tersarung…
“Ahh, saya tak kira. Kita sama-sama berlanggar lepas tu telefon saya jatuh. Saya nak awak ganti juga.” Niyaz berkeras.
“Faham bahasa tak? Saya tak mampu nak bagi kat awak benda yang sebijik seketul macam ni. Kalau nak sangat saya ganti, boleh. Ambil je batu asah pisau mak saya. Sebiji macam ni. Cukup nipis, cukup saiz. Warna je kelabu asap sikit. Ke nak lagi canggih? Saya upgrade sikit, okey. Ketulan belacan, yang tu siap berbau lagi.”
MEDINA MIKAYLA, seorang berkelulusan tinggi tetapi memilih untuk berbakti pada keluarga. Namun, kalau dia dah bersuara, becoknya mengalahkan burung murai. Habis mak cik-mak cik bawang di kampungnya letak jawatan. Hanya Niyaz Aqasha yang mampu mengunci setiap patah kata gadis itu.
