Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Wan Nur Najihah. Show all posts
Showing posts with label Wan Nur Najihah. Show all posts

Saturday, 17 July 2021

Dia Tiada Dua ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Tetaplah berjanji untuk bersama selamanya…

Indahnya percintaan apabila diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Biarpun banyak halangan, Lufiya dan Bazlan memaknakan hubungan mereka dengan hiasan bahagia dan sumpah setia.

Namun, janji tinggal janji. Lufiya tertipu! Sungguh, Bazlan bijak mengatur janji palsu. Lelaki itu tersilap langkah. Dan malam itu menjadi saksi, mimpi ngeri menghancurkan kasih sayang mereka. Terlerai sudah mahligai cinta abadi.

“Kalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau, Bazlan!” - Lufiya
“Maafkan abang, sayang. Abang masih sayangkan Fiya.” - Bazlan

Pilu hati Lufiya membawa diri meratapi nasib. Kecewa, sakit dan rasa terhina tatkala memikul status janda. Namun kehadiran Zildan mengelirukannya. Adakah lelaki itu benar-benar menaruh perasaan terhadapnya sedangkan Bazlan tidak putus-putus memujuknya menebus kesalahan dan meraih kembali cinta?

“Saya dah lama cintakan awak, Lufiya. Berilah saya peluang. Saya janji akan buat awak bahagia.” – Zildan

Ah, lelaki semuanya sama! Suka berjanji. Kebahagiaan itu bukan mudah dicapai. Namun, Zildan gigih cuba merebut cintanya. Haruskah Lufiya menerima lelaki itu dalam hidupnya? Adakah masih ada ruang untuknya mengecapi mimpi indah? Dan Bazlan… Masihkah ada perasaan sayang terhadapnya? Lufiya benar-benar keliru…

Friday, 30 October 2020

Pernah Dia Bahagia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Cerita tujuh tahun lepas...
Julia dan Raffi, pasangan merpati dua sejoli yang menunggu detik untuk disatukan. Tiba majlis yang ditunggu, Raffi membuat kejutan supaya majlis dibatalkan. Julia merana, tertipu dengan pilihan hatinya.

Cerita sekarang...
Raffi tiba-tiba muncul menagih kembali cinta dan kemaafan daripada Julia.

“Jue, sepanjang kita bersama kita bahagia. Sekali pun saya tak pernah sakitkan hati awak. Hanya sekali itu je silap saya.” – RAFFI
“Yang sekali itulah yang paling saya tak boleh lupakan.” – JULIA

Permintaan Raffi supaya diberi peluang kedua tidak dihiraukan. Julia lebih rela pegang gelaran Andartu. Tapi mak su pula bising suruh dia kahwin. Elok waktu itu muncul Aidan sebagai pesaing Raffi. Tidak cukup itu Julia menerima gambar lukisan dirinya daripada pelukis misteri. Julia pening!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Julia setuju berkahwin dengan Raffi. Bagi Raffi itu satu keajaiban.

Saturday, 30 March 2019

Tetap Dia Dihati ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Kalau aku tahu ni yang terjadi, kau ingat aku akan mulakan dulu? Kau tahu tak selama ni apa yang aku rasa bila ingat balik perbuatan aku? Aku rasa baik aku mati.”

FALIQ NAZRAN- Dirinya tidak sempurna. Didikan agama yang diberi terbang saat diri berada di perantauan. Hidupnya bahagia dengan setiap dosa yang dicipta. Tapi kerana satu kejadian, kesedaran yang muncul sekelip mata mendatangkan rasa insaf.

ZAFRAN- Kahwin? Perkataan itu lenyap sebaik dia memikul tanggungjawab menjaga si ibu yang lumpuh dan cacat. Tapi bila seru berkahwin itu muncul, demi kehendak si ibu dia redha.

“Bila awak dah jadi milik saya, saya tak akan sia-siakan awak. Saya sedar tanggungjawab saya bila saya ada isteri nanti. Walaupun kita tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk sayang awak.”

AYUNI- Zafran adalah pilihan yang tepat. Walaupun berkahwin tanpa cinta dia bahagia dengan lelaki itu. Saat menyulam cinta, ujian terbesar datang melanda sehingga memutuskan hubungan mereka. Ayuni nanar saat sedar ada sesuatu yang berharga ditinggalkan Zafran untuknya.

Thursday, 7 February 2019

Dia Janjikan Setia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA

Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬

Tuesday, 28 August 2018

Dia Sebenarnya Cinta ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Pertunangan harus membawa kepada perkahwinan! Tapi keadaan itu tidak memihak kepada Dina. Kerana reunion sekolah itu semua berubah.

“Kalau awak fikir Nazim baik, dia akan layan saya ke? Dia sedar dia dah bertunang, kenapa dia mesti layan saya kalau dia betul-betul sayangkan awak?” -Lisa

“Awak perempuan, sanggup awak lukakan hati kaum awak? Awak tak rasa bersalah ke? Kalau Nazim boleh sayangkan awak, masa bertunang dengan saya. Awak tak rasa ke dia akan sayang perempuan lain masa dengan awak?” –Dina

Hancur hati Dina, saat menyedari cintanya dibahagikan. Lelaki yang disangka bakal imamnya berubah gara-gara berjumpa cinta pertama. Saatdia menutup pintu hati, Afzan muncul mengubat kekecewaanya.

“Awak tak pernah sukakan saya?” -Afzan

Thursday, 9 November 2017

Jadi Milik Dia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Aku ni bodoh, pergi percayakan perempuan. Kaum kau ni licik macam ular. Penipu! Aku dah serik percayakan perempuan.” – Adrian

Perkahwinan yang diimpikan ADHA ADRIAN hancur apabila tunangnya membatalkan pernikahan mereka. Dendamnya kepada perempuan kembali muncul. Tujuh tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan azam memulakan hidup baru. Namun, datuknya merancang mahu menjodohkannya pula.

“Habis awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak? Oh, memang tak hinginlah. Saya awal-awal dah tolak.” – Dian

Tidak mahu dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai kisah silam, NUR SHAZAI DIANA melarikan diri. Mana mungkin dia mahu hidup dengan lelaki yang sombong, pasti dirinya menjadi mangsa. Dihukum atas kesilapan perempuan lain. Namun, sejauh mana dia lari, lelaki itu tetap muncul tanpa diduga. Bagi membalas budi datuk Adrian yang baik, dia menerima juga lelaki itu sebagai suami.