Percutian Fateh di vila sahabat baik ayahnya membawa kepada pertemuannya dengan Lufya, seorang gadis yang seperti murai tercabut ekor. Suka membuatkan darah Fateh mencanak naik.
"You sengaja provoke I suruh pukul you ke apa ni?"-FATEH
"Marilah kita bertomoi. Tengok siapa yang menang?"-LUFYA
Lufya, dialah angin yang memarakkan api jiwa seorang Fateh. Dan dia jugalah air yang menenangkan panas baran lelaki itu. Dalam kenakalan, terselit secebis peringatan dan nasihat buat Fateh.
"Kalau I dapat naikkan nama syarikat I hingga jadi tiga yang terbaik dalam Malaysia, you wajib kerja dengan I. Janji dengan I, Luffy?"-FATEH
"Okey. Saya janji."-LUFYA
"Bila tiba waktu itu dan both of us still single, I'll purpose you to be my wife."-FATEH
Tujuh tahun menunggu. Akhirnya mereka bertemu kembali. Tapi ada satu kebenaran yang harus ditelan. Fateh hampir hilang pedoman. Malangnya, kebencian bukan penyelesaian tika hati berlagu cinta. Apa yang perlu dia lakukan?
"Kalau lelaki itu seseksi awak sekalipun, saya takkkan terima pinangan dia."-LUFYA
"Kenapa pula?"-FATEH
"Saya tak nak bercinta dan saya tak nak berkahwin."-LUFYA
Keputusan tegas Lufya meranapkan angan-angan Fateh. Sikap misteri gadis bermulut murai itu membenihkan curiga. Muncul pula dua orang jejaka yang berkongsi kisah silam dengan Lufya. Menjadikan Fateh semakin tidak keruan.
"Malam dan siang jangan fikirkan perkara lain kecuali terus membenci I. You'll have no room for other man to think of but me."-AARON
"Aku cuma pastikan yang dia tak jatuh cinta dengan kau."-DEAN
Fateh enggan berputus asa. Setiap janji yang diucap, bakal dikota. Meskipun terpaksa melenyapkan egonya, dia tetap mahukan Lufya.
"I'll make you fall in love and I'm gonna make you can't live without it."-FATEH
Lufya terbelit dalam belenggu memori lampau. Adakah benar Fateh layak memiliki sekeping hatinya? Atau lelaki itu hadir sebagai tompok hitam yang bakal meranapkan kewarasan akal? Tegarkah Lufya memungkiri semua janji yang termeterai antara mereka?