Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 22 February 2019

Beri Dua Minit ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.

Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.

Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”

Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas.

Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.

Eksklusif Solat-solat Sunat ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu.

Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini?

Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini. Buku ini amat membantu masyarakat Islam mengenali amalan-amalan sunat yang disyariatkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Hadis-hadis yang dipaparkan pada setiap solat sunat yang dibicarakan dalam buku ini berserta paparan rujukannya, mengingatkan pembaca bahawa ibadat yang dilakukan itu ada sandarannya.

Amalan Berkaitan Sakit ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Bagi pesakit ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, antaranya:
• Sakit merupakan ujian daripada Allah bagi menghapuskan dosa.
• Bersyukur kepada Allah dengan hati dan lidah.
• Mendapatkan rawatan bagi penyakit yang dihidapi.
• Memohon kepada Allah supaya diberikan kesembuhan.
• Berusaha memperbaiki akhlak.
• Menjauhi akhlak buruk.
• Jangan cepat berputus asa dan mengeluh.

Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Lemuria adalah sebuah tamadun yang hebat dengan kepakaran dalam seni bina yang canggih, sezaman dengan tamadun Atlantis. Tamadun Lemuria dikatakan milik bangsa Melayu yang wujud berlokasi di kepulauan nusantara suatu ketika dulu. Namun, sehingga kini tamadun Lemuria terus lenyap bersama sejarah bangsa Melayu yang gemilang, seolah-olah sengaja ditutup.

Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kehilangan Empayar Lemuria tetapi turut mendedahkan kegemilangan Bangsa Melayu suatu ketika dulu yang kini telah ditutupi dan cuba dilenyapkan dari pengetahuan generasi kini.

Menyingkap Kenikmatan dan Keindahan Syurga ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-Quran sebagai tempat keabadian berupa Jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir dibawahnya.

Allah s.w.t berfirman: “Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah seperti taman mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tidak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwan; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.”

Membongkar Rahsia Kiamat ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10

Banyak tanda-tanda kiamat sudah muncul. Kalaulah esok kiamat, apa persediaan kita? Banyakkah amalan kita? Sempatkah kita bertaubat? Yang pastinya, kiamat itu akan tiba.

“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan”. [Thaha:15]

Buku ini membentangkan dua aspek berbeza tentang soal kiamat dari aspek persepsi yang ditimbulkan oleh sains dan aspek realiti yang ditimbulkan oleh firman dan sabda. Teori-teori sains fizik, pandangan sains tentang kiamat, teori evolusi bintang dan sebagainya juga turut diceritakan bagi memperlihatkan keluasan minda tentang kiamat yang wujud sekitar kita.

Thursday 21 February 2019

Kerana Kau Isteriku ~ Nuriarina

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Widad dikejar oleh konco-konco kelab malam kerana dipaksa melayani lelaki. Akhirnya Widad berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Aidil. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak disangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri.

Aidil terpaksa mengahwini Widad. Dia telah mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan kedua yang telah dipaksa oleh Zafrul. Semuanya untuk menyelamatkan si gadis daripada menjadi buruan konc-konco jahat kelab malam yang sebenarnya didalangi oleh Alia.

Dalam keterpaksaan setelah bergelas suami isteri, layanan buruk telah di terima daripada si suami. 

"Dia hanya isteri aku di atas kertas sahaja. Dan saya tak pernah anggap dia sebagai isteri." - Aidil

Apakah cinta terus tiada dalam hati Aidil buat Widad?

Hey Laura, It's Me ~ Ieya Sya

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Orang jahat memang susah nak gelak sebab hati mereka dah hitam. Hitam, hitam, hitam dan hitam!” ~ Laura

Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh mana pun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia.
Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru.
“Pernah tak kita bertemu sebelum ni?” ~ Fateh
“Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa….” ~ Laura

Dia Cikgu Tadika ~ Izma Qahiera

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mula-mula dia langkah masuk, Bariah dah berkerut dahi memandang lelaki berbadan ala-ala model majalah Playboy itu. Muka kacak, badan boleh tahan. Bergaya pula tu. Bibir Bariah automatik mengukir senyuman sinis. Mana taknya... Dia cikgu tadika! Bariah dah ketawa geli hati. Tambah pula disuruh panggil cikgu Mimi.

"Oi, Cik Kak! Saya tahu apa yang awak fikir. Pelik sangat ke orang lelaki jadi cikgu tadika?" - Suhaimi
"Eh, saya tak cakap apa-apa pun." - Bariah
"Sememangnya tak cakap apa-apa. Tapi saya awak tengah mengejek saya dalam hati." - Suhaimi
"Mana Ada. Cuma..." - Bariah
"Cuma apa?" - Suhaimi
"Cuma saya rasa macam kurang sesuai. Tapi kalau jadi cikgu saya memang sesuai sangat. Cikgu hati dan perasan." - Bariah
"Eee... Gedik betul perempuan tu ya. Nanti kau. Aku adukan perangai kau kat kak aku." - Suhaimi

Ayat yang keluar dari bibir Bariah itu akhirnya nyata. Dia memang benar-benar menjadi cikgu di hati Bariah. Siapa suruh cakap? Masin mulut memang jadi.

Monday 18 February 2019

Projek Seram: Muzium ~ A. Darwisy, Suzani Nadzir, Faizul Rahim

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu?

“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” / KAIN IBU SYAITAN


Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu.

“Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” / CANANG ANISAH

Setelah Cinta Itu Pergi ~ East Diani

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh.Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina. Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

Sunday 17 February 2019

Formula Kekayaan ~ Siti Eshah Md Rejab

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mempunyai 1001 strategi dalam selok-belok perancangan kewangan di masa hadapan. Ia menyajikan tip-tip tentang amalan menjemput rezeki, bagaimana menjana pendapatan sampingan, cara mengubah gaya berbelanja, 20 kesilapan kewangan yang sering dilakukan dan banyak lagi topik menarik yang telah disajikan.

Salah satu contoh topik seperti amalan menjemput rezeki telah dikupas dengan terperinci tentang petua bagaimana menjemput rezeki dalam kehidupan seseorang individu walaupun ia sedikit, tetapi cukup untuk dibelanjakan.

Kemuliaan Zikir ~ Imam Al-Suyuthi

SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kitab ini merupakan ringkasan daripada kumpulan doa dan zikir harian Rasulullah saw yang dikumpulkan oleh Imam al-Nawawi r.a dalam kitabnya yang terkenal, iaitu al-Adzkar. Kitab ini wajar diterjemahkan sebagai galakan dan panduan kepada kita umat Islam untuk sentiasa mengamalkan doa atau zikir yang bersandarkan kepada Rasulullah saw.

Baginda mengajarkan kita untuk mengamalkan doa-doa tertentu dalam melakukan perkara yang kecil seperti doa ketika berpakaian sehinggalah perkara yang besar dan seperti doa semasa peperangan.

Thursday 14 February 2019

Cinta Untuk Mr. Hero ~ Diya Jamal

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari.

‘Bila awak nak sambut?’ – Zalya
‘Sambut apa?’ -Nazif
‘Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia…’ – Zalya

Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namun tindakan luar alamnya itu hanya mengundang kemarahan dan kebimbangan Nazif.

“Hurm… saya tahu kenapa awak risau sangat dengan saya. Saya rasa awak dah jatuh ni.” – Zalya
“Jatuh apa?” – Nazif
“Jatuh cinta dengan saya.” – Zalya

Yang Tertulis Untuk Kita ~ Azura Rasiddin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Setelah lima tahun melarikan diri ke Barcelona, Heidry pulang ke tanah air untuk menyelamatkan kafe arwah mummynya. Kepulangannya memberi seribu satu erti kepada seseorang. Seseorang yang menanti selamata tujuh tahun. Lepis tepat lagi, tujuh tahun lapan bulan sepuluh hari.

"So, maknanya selama ni kau bukan tak nak fikir pasal kahwin sebab takut bakal sami kau tu tak boleh terima Hafiy, tapi sebab kau tengah tunggu lifetime crush kau?" - Erin

Bila lifetime crush Farha kembali ke Sunshine Cafe, Farha mula cemas. Cemas dan teruja. Hubungan sebagai majikan dan pekerja merapatkan mereka. Tanpa Farha sedar, dia sudah terlalu jauh dari zon selamatnya. Perasaannya sudah semakin mendalam dan dia mula mengharapkan sesuatu yang lebih. Lebih daripada perasaan crush.

"Saya suka awak." - Farha

Pada saat rasa itu sudah tidak tertanggung, Farha beranikan diri untuk meluahkan perasaannya walaupun dia tahu dalam hari Heidry hanya da Naura. Namun, luahan cintanya tidak pernah berbalasa.

Senafas Rindu ~ Damya Hanna

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafiqah kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan. 

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagai dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod hidupnya. Syafiqah adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakalan mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi. 

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... Sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan. 

Antara Syafiqah, Viviana dan Siti Nur Ain... Fariz hanya memilih satu. Naumn, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar menyerah.

Hanya Dua Jengkal ~ Dr.Mohd Shafiee Hamzah

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

"Walaupun hanya dua jengkal, kadang-kadang perjalanan ini tidak ketemu penghujungnya. Walaupun akal memandang
segala bukti kekuasan Allah SWT namun belum tentu hati mengakuinya."

Perjalanan pendek ini bagaikan maze, lorong berliku dan berselirat. Mudah tersesat tanpa panduan.

Life Is Beautiful ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20
Bacalah untuk menemukan kembali semangat yang hilang agar kita dapat menghargai hidup yang sekali ini seperti satu pemberian yang penuh makna kita tidak diciptakan dengan sia-sia tidak jua diciptakan untuk bergundah-gulana.

Mungkin ada bahagian penting dalam kehidupan yang telah kita abaikan. Perkara yang patut dan mesti kita lakukan, sayangnya tidak pula kita lakukan. Mungkin kita sendiri yang terlalu banyak memikirkan masalah dan kekurangan sehingga tidak memikirkan kelebihan dan nikmat yang telah kita miliki.

Kerajaan Khalifah Islam Abbasiyah ~ Raffar Mat

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selepas kegagalan kerajaan Umaiyah meneruskan kekhilafahannya, bani Abbasiyah bangkit sebagai kerajaan baru yang memimpin Islam di tanah Arab dengan pelbagai pergelutan dan konflik. Bahkan tidak terhitung banyak pertumpahan darah bagi mempertahankan setiap kerajaan dan wilayah jajahan. Menariknya, sewaktu pemerintahan di Baghdad diambil alih oleh bani Abbasiyah (132-656H/750-1258M), berlangsung sebuah lagi kerajaan Islam bani Umaiyah yang gah berkembang di Sepanyol.

Kerajaan Khalifah Islam: Jilid 2 - Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah Dan Kemunculan Kerajaan Umaiyah Di Andalus mendedeahkan tentang kerajaan khalifah Islam yang bakal menjadi pedoman kepada sekalian umat manusia.

Yang Sahih Mengenai Manusia, Alam, Malaikat, Nabi, Jin & Hari Akhir ~ Muhammad Abdulloh Suradi

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Kisah para Nabi r.a dan sirah Nabi s.a.w yang biasa kita baca tidak terlepas dari riwayat yang tidak sahih. Begitu juga kisah para sahabat Nabi dan tokoh Islam. Justeru itu, harus kita mengutamakan riwayat yang sahih ketika membaca kisah insan-insan mulia yang sebahagian namanya terpateri dan mewangi dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Buku ini juga turut kongsikan riwayat sahih tentang masa awal penciptaan makhluk sebelum manusia, langit, bumi, malaikat, jin, dan manusia hingga hari akhirat.

Membongkar Misteri Tamadun Awal Dunia: Mesir Kuno ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Mesir Kuno yang dikenali sebagai Bumi Firaun merupakan anatara tamadun terawal dunia yang melambangkan kehebatan peradaban dunia silam yang semakin hilang daripada garis pensejarahan terutama dari sudut pandang Timur kerana kurang diberi perhatian akan peripentingnya.

Buku ini juga menghuraikan tentang latar belakang kemunculan tamadun Mesir Kuno meliputi latar masa dan kedudukan geografinya. Juga sistem pemerintahan, sistem ekonomi dan sosial Mesir Kuno. Buku ini turut membawa pembaca menyelami misteri Mesir Kuno yang dimanisfestasikan melalui pembinaan monument misteri seperti piramid, sphinx, kuil-kuil dan obelisk.

Menyingkap Tabir Misteri Ilmu Falak ~ A. Faiz Salbini

(SEM & SS) RM31.90 > RM28.00
Buku ini memberikan pengenalan kepada ilmu falak atau astronomi. Ia memberikan asas pemahaman tentang objek-objek yang ada di langit dan angkasa lepas. Ilmu falak telah lama dipelajari oleh ilmuwan Islam; malah orang Islam merupakan pelopornya. Ilmu falak memberikan banyak manfaat kepada manusia. Pada masa yang sama, ia menunjukkan keagungan dan kesempurnaan ciptaan Yang Maha Esa.

Buku ini juga memaparkan tentang lapisan langit, tentang bintang dan planet, serta waktu dan jam yang ditentukan oleh manusia berdasarkan ilmu falak.

Friday 8 February 2019

Waris Kukur Berdarah ~ Afleyza Isahak

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kau milik dia, bila darahnya menitis pada matamu...

Setelah bertahun-tahun tidak pulang ke kampung, kini Hakim kembali bersama isteri dan anak-anak atas tuntutan kerja. Hanya itu kampung yang Hakim ada kerana dia dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil. Rumah pusaka itu terpaksa didiami semula meskipun tahu kepulangannya bagaikan menjerat diri sendiri.

Kukur berdarah mencari warisnya. Sudah lama ia menanti kepulangan Hakim. Tanpa siapa ketahui, ada yang menjaga kukur itu. Kukur itu perlukan darah warisnya untuk terus menghidupkannya semula. Persembahan kukur menari sudah lama tidak dimainkan.

Pertemuan semula Hakim dengan sepupu angkatnya, Dina telah menerbitkan kembali bait-bait percintaan antara mereka yang dulunya terhalang. Perkenalan isteri Hakim, Imanina dengan Opah Jarah pula telah mengundang kecelakaan pada mereka sekeluarga. Berjayakah kukur berdarah mendapatkan warisnya?

Projek Seram: Tren ~ Zyra Safiya, Aziah Zainal, Sufi Abqari

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?
Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! / GHAIB / AZIAH ZAINAL

Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan stesen tren itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama sekali kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segala tragedi di stesen tren itu berhubungkait dengan penduduk kampungnya.
Dunia kita tidak sama… / MASA UNTUK PULANG / ZYRA SAFIYA

Thursday 7 February 2019

Pemilik Cinta Zania ~ Miss Dee

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu.

“I tak kenal you dan I tak nak kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you ni ramai lagi yang nakkan I. Bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlah yang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak bergandingan dengan I?” - Dania Wafa.

“You yang mula cabar I, Dania. Bukan I tak pernah bagi amaran pada you. You ingat dengan meminta maaf, perkara ini akan selesai? Kenapa you nak salahkan I dengan apa yang terjadi dekat you?” - Zahin Arsyad.

Jangan terlalu berdendam, takut nanti akan merana diri. Jangan terlalu membenci, takut nanti terjatuh sayang. Jangan terlalu menyayangi, takut nanti dilukai.

Kerana satu rahsia, Zahin pergi tinggalkannya tanpa berita. Pergi tinggalkannya di saat dia mula menerima dan mencintai lelaki itu sepenuhnya. Mana perginya janji lelaki itu untuk setia bersamanya? Mana perginya janji lelaki itu untuk terus mencintainya? Salah diakah semua ini terjadi? Mampukah rahsia yang tersimpan akan terus menjadi rahsia?

Karam Di Hati Encik Berg ~ Sara Hezra

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

XARLHARIETH dan MYA ADELIA bertemu ketika sesi temuduga dan ia berakhir bukanlah dengan cara yang baik. Rentetan itu dengan tanpa sengaja beberapa lagi pertemuan demi pertemuan terjadi. Namun pertemuan dengan lelaki dingin dan ego itu tidak pernah tak malang buat Mya. Mya sudah naik serik untuk bersua muka dengan lelaki itu. Malangnya lelaki itu seolah membayangi langkahnya.

“Ini kali ke-5 kita bersua muka tapi dalam situasi yang berbeza. Cuma sekarang saya tak faham kenapa awak ada di sini? Bukan ke sebelum ni saya dah kata awak gagal temuduga ?” ~Xarlharieth.

Itu kata Xarlharieth. Namun siapalah dia untuk menidakkan rezeki buat Mya. Akhirnya Mya tetap menjadi PA-nya selepas campur tangan si adik. Huru-hara dunia mereka kerana ‘ketidak serasian’ antara mereka sering terjadi.

“Selama ini Encik Berg memang tahu siapa Mya? Dan Mya macam orang bodoh bila membiarkan Encik Berg terus seronok permainkan Mya? Atur Mya dalam setiap rancangan Encik Berg?” ~ Mya Adellia.

Dia Janjikan Setia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Papa tu tak setia dengan ibu. Berbelas tahun ibu hidup bermadu. Ibu sanggup tahan ‬dengan papa. Tolonglah ibu minta cerai dengan papa. Rina tak suka tengok ibu hidup macam ni. Ada laki macam tak ada. Ibu terlalu baik, papa yang tak pandai hargai ibu‭."‬MARINA KHADEEJA

Hadirnya dia setelah 10 tahun orang tuanya berkahwin. Hidup yang diharapkan indah seperti pelangi hancur disebabkan ayahnya yang memilih untuk berpoligami. Dia saksi penderitaan ibunya yang hidup bermadu. Lantaran itu dia memilih untuk hidup dalam keadaan bencikan lelaki. Bertahun hidup dalam dunia ciptaan sendiri, kehadiran Izzhan mula mengganggu hidupnya. Hanya kerana satu pertemuan, dirinya terus dikejar.

"‭Keikhlasan memang tak nampak, tapi saya boleh buktikan dan awak akan rasa ‬keikhlasan saya. Saya betul-betul nak kawan dengan awak. Seumur hidup saya tak pernah jumpa perempuan macam awak. Tak sangka wujud lagi‭." ‬

Mek Siah ~ Izam Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahankan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya.

Pada waktu yang sama, penjelasan demi penjelasan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya.

"Cepat sembuhkan mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?" -HANUM

Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tak terlihat jasadnya. Darah Hanum yang menis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum setuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah.

"Tak boleh tidak, Saad.Esok aku kena  'kerjakan' Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat." -HAJI LAMIN

Wednesday 6 February 2019

Membongkar Kemunculan Rahsia Nabi Isa di Menara Putih ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Tahukah kita bahawa sebelum kemunculan Dajjal, akan datang kira-kira 30 dajjal? Mereka inilah dajjal sebelum Dajjal Hakiki. Sama ada kita sedar ataupun tidak, para dajjal telah wujud di dunia ini sejak zaman dahulu sehingga kini. Apabila semua dajjal itu telah muncul, maka muncullah Dajjal Hakiki yang kelak akan diperangi oleh Imam Mahdi bersama kumpulan Panji-panji Hitam Islam yang sejati. Kemuncak peperangan ialah apabila Nabi Isa AS turun di Masjid Menara Putih di Damsyik, Syria dan membunuh Dajjal.

Mengapa Yahudi Ingin Kuasai Baitulmuqaddis? ~ Abu Muhammad, Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

AGENDA RAHSIA PENAKLUKAN BAITULMAQDIS

Terdapat banyak bukti dan fakta yang telah didedahkan oleh para pengkaji konspirasi dunia seperti yang terkandung dalam buku ini. Konspirasi kaum Yahudi-Zionis yang berusaha menawan Baitulmaqdis untuk dijadikan tapak dan lokasi pembinaan Istana Dajjal telah lama diketahui. Mereka yakin akan kemunculan Dajjal pada akhir zaman kelak.

Bagi melaksanakan agenda tersebut, mereka telah lama menyusun beberapa program konspirasi selangkah demi selangkah. Agenda kemuncak mereka ialah merosakkan umat manusia selain Yahudi dan menawan dunia yang sedang dilaksanakan sekarang.

Buku ini ialah suatu pendedahan berfakta tentang usaha pihak Yahudi untuk menyesatkan umat manusia dan menakluki Baitulmaqdis.

Menangkis Fitnah Yang Terpalit Pada Bani Umayyah ~ Ibnu Tuzah

(SEM & SS) RM33.90 > RM29.80

MEMBANTERAS KEGIATAN FITNAH PEMBENCI MONARKI KHILAFAH PERTAMA

Buku ini berusaha merungkai dan menjawab dakwaan dan fitnah buruk yang dilontarkan kepada para sahabat Rasulullah SAW dan ia menfokuskan pada isu-isu yang berkatian dengan bani Abd Shams, termasuk Bani Umayyah dan Bani Muawiyah. Berkaitan dengan itu, ia memaparkan tentang dua aliran pemikiran yang memudaratkan iaitu Khawarij dan Sabaiah; yang kini dikenali sebagai Syiah.

Buku ini juga cuba menjelaskan konflik antara pemimpin dan tokoh Islam yang dicetuskan oleh golongan Syiah pada masa itu. Permasaalahan yang timbul berpunca dari prasangka dan niat buruk kepada para pemimpin dan salafussoleh dalam Bani Umayyah.

Kaum-kaum Yang Binasa ~ Marina Mat Arus

(SEM & SS) RM21.90 > RM19.30
“Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah dibinasakan dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.” (ar-Ruum:42)

Kutiplah hikmah daripada Himpunan Kisah Kaum-kaum Yang Binasa yang menghimpunkan kisah kaum-kaum yang diazab Allah SWT seperti Kaum Ad, Kaum Sodom, Penduduk Saba’ dan banyak lagi, diatas kemungkaran mereka terhadap perintah Allah. Tidakkah kita mahu mengambil iktibar daripada kisah-kisah terdahulu?

Misteri Ya'juj Ma'juj ~ Mohd Nadzri Kamsin

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60
Anasir Barat yang sangat diagungkan telah merosakkan kita dan puncanya adalah pihak Barat yang dipercayai berketurunan Ya’juj & Ma’juj.

Ya, Ya’juj & Ma’juj yang dahulunya mengganas di kawasan pergunungan, kemudiannya dikurung oleh Zulkarnain iaitu lelaki yang disebut dalam surah al-Kahfi. Dengan membina tembok di tengah-tengah, telah menutup jalan bagi Ya’juj & Ma’juj untuk menyerang. Jadi, adakah keturunan daripada Ya’juj & Ma’juj ini telah kembali untuk merosakkan dunia?

Buku MISTERI YA’JUJ & MA’JUJ: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia membuka mata yang menatap bahawa setiap inci kehidupan manusiah hari ini berpaksikan budaya Barat