Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 16 December 2019

Cinta Harus Memiliki ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Adlila dicurangi tunangnya, Falik. Daripada mahu menangisi kecurangan Falik, Adlila bertindak memaksa Falik membayar wang yang telah dia habiskan untuk Falik semasa tunangnya itu belajar di luar negara.

Ketika menuntut wangnya, Adlila terjumpa dengan Darrin, seorang mat salih yang pandai bercakap bahasa Melayu dalam dialek Terengganu. Kerana Falik, mereka berdua terikat bersama. Walaupun Adlila mengelak seribu kali, dua kali ganda pula mereka akan terjumpa.

Kalau sudah tertulisnya jodohnya, maka jadilah.

“Kalau dah nama mat saleh gila, memang gilalah lagaknya.” – Adlila
“You suka dengan perkataan gila eh, selalu sebut gila. Dan satu lagi I nak betulkan you. I bukan mat salih, I lelaki Inggeris. Kami berbeza tau. – Darrin

Itulah puncanya Adlila tak mahukan Darrin. Dia tak suka! Dalam tak suka boleh juga Adlila bergelar isteri kepada Darrin. Kelembutan Darrin menyejukkan Adlila yang selalu baran. Lila Honey, panggilan Darrin kepadanya buatkan Adlila meloya.

“Tak payah tambah honey kat belakang tu. Nama aku Lila saja.” – Adlila
“I suka, honey tu nampak manis untuk you yang tak berapa nak manis.” – Darrin