Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.
Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.