Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 29 April 2018

Dheo's ~ Anjell

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE
“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Suami Berat Mulut ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang.

-Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin? Dengan saya? Confirm?- Ini ayat aku semasa berjumpa dengan Si Dia kali pertama.

-Saya yakin, awak jodoh saya. InsyaAllah- Ini pula jawapan Si Dia yang buat aku mati kata.

-Lelaki pendiam ni banyak rahsia tau. Perangai buruk dia pun tak boleh nak detect- Ini ayat Linura bila aku mengadu tentang Si Dia yang susah benar nak diajak berbual.
-Apalah nasib badan....rindukan orang yang tak ingatkan kita langsung- Dan ini, keluhan aku bila Si Dia langsung tak reply mesej aku semasa kami berjauhan.

Suami aku, bukan setakat mulutnya saja berat. Jari jemari dia pun ikut sama berat nak menaip mesej!

Luluh ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagaimana pula jika terlebih kenal hingga hilang rasa cinta?

“Maaf. Saya memilih untuk tinggal di hati yang lain.” Haura Ameena.
“Saya mencintai awak sepenuh hati, tapi awak sekadar menyintai saya separuh hati?” Ariq Zafri.

Haura yang degil. Haura yang ego. Tapi kenapa masih Haura yang bertahta dalam hati Ariq? Demi menyelamatkan Haura dari lelaki seperti Muaz, Ariq merancang sesuatu.

“You kahwin je dengan Ariq. Buat dia terseksa. Bila dah tak tahan, mesti dia akan ceraikan you.” - Muaz.

Bermacam masalah dilakukan Haura untuk menjentik kemarahan Ariq setelah mereka berkahwin. Namun kesabaran Ariq bagai tiada batasnya. Sehinggalah sesuatu terjadi membuatkan Ariq mengalah.

“Tolong bahagiakan saya walaupun secara berpura-pura. Saya tak mintak lama, sebulan je. Bahagiakan saya walaupun ianya cuma satu lakonan.” - Ariq Zafri.

Maka, bermulalah kisah kebahagiaan rumahtangga mereka. Masalahnya, benarkah semua itu hanya satu lakonan atau Haura akan sedar bahawa sisa cintanya pada Ariq masih belum terpadam? Bagaimana pula dengan Muaz? Adakah lelaki itu akan tinggal diam dan membenarkan Haura bahagia?

Friday, 27 April 2018

Layakkah Aku Mencintaimu? ~ Nani Yuhanna

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

kerja apa saja asalkan halal, itu prinsip Nur Ainuha. Atas sebab itu, dia tak kisah menjadi pembantu rumah. Cuma yang dia kisah apabila hati terjatuh suka pada Tuan Dariss, si tuan rumah yang tak pernah memandang dirinya.

Kemunculan Ammara dalam hidup Tuan Dariss mula memporak-perandakan perasaan Ainuha yang selama ini ditayang tenang. Kemesraan Tuan Dariss dan Ammara merobek hati Ainuha.

Di saat Ainuha mula belajar menerima hakikat yang cinta Tuan Dariss bukanlah miliknya, lelaki itu pula telah meranapkan masa depannya dengan kejam. Kata Tuan Dariss, dia tak sedar tapi dia sanggup bertanggungjawab. Dan Ainuha akur, mereka sebenarnya mangsa keadaan. Lantas, terjadilah sebuah perkahwinan tanpa cinta.

Perkahwinan secara sembunyi-sembunyi. Hakikatnya, Ainuha isteri Tuan Dariss. Tapi di pandangan orang lain di rumah itu, Ainuha hanyalah orang gaji. Jalan hidup mereka penuh gelora, sama seperti dada Tuan Dariss yang sentiasa bergelora saat berduaan dengan Ainuha.

Rindu Pada Dia ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

HINGGA saat itu, Inara masih terus mengasah diri. Mengasah diri untuk terus tabah. Dan dia harap, dia akan terus berkembang menjadi wanita yang lebih baik. Wanita yang tahu diri semestinya. Semoga alunan langkah kakinya tidak akan sumbang lagi selepas ini. Inara meraup muka. Dia baru selesai solat maghrib dalam keadaan duduk, masih lagi duduk di kerusi dan masih memakai telekung. Dalam ruang yang sunyi begitu, ada rindu yang mencengkam hati Inara. “Nara rindukan Abang Is!” Pelupuk matanya terasa panas. Inara sedar, dunia ini ibarat lautan yang luas. Inara juga tahu, telah banyak kapal yang karam di dalamnya. 

Pesan arwah ayahnya masih teguh tersemat di hati. 'Muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa. Nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.' Tiba-tiba Inara jadi rindu kepada arwah ayah dan ibunya di kampung. Kalaulah boleh dia meminta ibunya datang menemani dia, alangkah bagusnya. Tapi dia tak sanggup ibunya melihat kesedihan yang melingkari hidupnya sekarang. Pintu bilik diketuk dari luar. Pun Inara tetap membatu dalam duduknya. Sudah pasti jururawat yang datang. Kalau bukan untuk mengambil tekanan darahnya, sudah pasti untuk mengambil suhu badannya. Inara membiarkan sahaja sehingga pintu bilik ditolak dari luar. 

Thursday, 26 April 2018

Husband-To-Be ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya.

Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan?
“Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi
“So do you trust me?” – Aidan
“Of course I trust you.” – Deja
“Then marry me…” – Aidan

Kembalikan Merah Cintaku ~ Tulip Ungu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekas kekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; lelaki yang pada pemerhatian awalnya merupakan lelaki stok baik yang naif.

“You tahu tak yang you ni jenis yang limited edition. Tak ramai yang macam you. Susah nak ambil kesempatan dengan perempuan macam I. Kiranya you ni spesies lelaki baik.” – Ava
“Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana ‘baik’nya saya.” – Haydar
Tetapi semakin lama mengenali Haydar, Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelaki yang dia sangka baik itu, ada juga ‘bahaya’nya.
“You ni kurang hormon testosteron ke, tiba-tiba saja layan I macam ni. Seingat I, masa kali pertama jumpa, tak adalah perangai you macam ni, gentleman aje.” – Ava
“Nak test hormon saya?” – Haydar
Perkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar. Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing.

Tukang Masak Cik Mafia ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!” – Orked Adelia

Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan.
Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah.
“Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami.” – Orked Adelia
“Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?”- Syed Haidar

Biar Berbekas ~ Roza Roslan

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

“Duhai anakku, mama mohon maaf.

Barangkali awak membesar sendirian tanpa cukup bimbingan seorang ibu. Barangkali ada tangisan dalam diam. Air mata kering sendiri tanpa mama mendakap dan mengelapnya.

Barangkali awak tergelincir, jatuh lalu terluka. Namun, mama tiada di sisi. Malah tangan yang terkapai mama tidak pernah sempat menyambutnya. Luka itu barangkali dalam, tetapi awak diamkan. Langsung tidak pernah mengadu, jadi mama tidak pernah tahu.

Mungkinkah ia belum sembuh atau bekas lukanya masih berbekas hingga kini? Mama tidak pasti.

Anakku, awak membesar tanpa mama sedar. Sedangkan ketika itu mama begitu sibuk mengejar seisi dunia. Mama mahu itu dan ini. Mama mahu semua.”

Semalam, saya terbayang ketika anak-anak sibuk mahukan ibunya, si ibu lebih menyibukkan diri. Majikan diutamakan dan didahulukan melebihi keluarga sendiri. Si ibu lebih takut kepada majikan daripada takut tidak menjalankan amanahnya terhadap Ilahi. Diam-diam, anak-anak berdikari tanpa si ibu di sisi.
Astaghfirullahal-ʻAzhim!

Terlena Di Salah Syurga ~ Serban Putih

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Lagu bergemuruh di atas pentas, meloncat-loncat kehabisan nafas, mencekam botol arak buatan gelas, dipeluk erat si gadis bertubuh apas, Alunan-alunan azan dari langit berseruan, memanggil hamba-Nya yang beriman, kecuali yang masih lagi nyanyian, tanpa resah duka hari esok yang tersimpan. Jangan terlalu selesa Sehingga terlena di salah Syurga.