Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 25 June 2020

Waktu Terbaik Untuk Berkongsi Rezeki


Pada waktu kita masih sihat ini, marilah kita sama-sama belajar memberi kepada mereka yang memerlukan.
Bila kita mahu bersedekah aje, pasti ada rasa sedikit kedekut, rasa tak ingin berkongsi, rasa takut jadi miskin. Nah! Itulah masanya kita berusaha untuk keluarkan duit untuk memberi.

Sama Seperti Sayangmu ~ Rose Aleyna

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kerana amanah arwah Haji Ibrahim, Syasya Lyana dan Adh Khusyairi disatukan sebagai pasangan suami isteri. Permulaan kisah mereka penuh drama. Ada saja perang dingin dan angin ribut taufan yang membadai. Malah, mereka saling membenci dan menyakiti. 

"Aku memang akan cari perempuan yang lebih layak berbanding kau untuk dijadikan seorang isteri. Malah, aku akan cari seorang isteri yang jauh lebih sempurna." - ADH 

Namun, rahsia Tuhan tak siapa yang tahu. Dalam saling membenci, ada cinta yang mencuit hati. Kebencian akhirnya berubah menjadi satu kesayangan. Bukan mudah untuk mengaku cinta. Tetapi kerana mereka merasai sayang yang sama, pengakuan cinta akhirnya terlafaz. 

"Tolong janji dengan Syasya yang abang tak akan pernah abaikan Syasya. Dan tolong, jangan pernah lafazkan perkataan 'cerai' di hadapan Syasya." - SYASYA 

Imamku Miliknya ~ Miss Elle, Sara Dean

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Hidup seorang Atiana Aqisha tidak mudah dari kecil hingga dewasa. Pelbagai dugaan menimpanya membuatkan dia seringkali dibuli, mudah diambil kesempatan malah dia juga hidup dalam tekanan emosi. Sehinggalah muncul Ummie Aqisha menyelamatkannya dalam pelbagai situasi malang yang dia hadapi. Malah Aqisha juga sanggup berkongsi suaminya, Qayyum tika bakal suami Atiana lari dari majlis perkhawinannya. Menjadi madu dalam keluarga suaminya budan mudah apabila mendapat tentangan daripada ibu mentuanya yang tidak merestui ikatan itu. 

“Aku tak akan sesekali terima kau sebagai menantu aku sampai bila-bila pun!” - Puan Sri Maimun 

Atiana pasrah. Padanya dengan mencintai Qayyum, dirinya akan kuat dan tabah walau Qayyum seringkali tidak berlaku adil. Layanan Qayyum pada Aqisha jauh lebih baik daripadanya. Namun, itu tidak menghalang Atiana untuk terus mengharapkan cintanya berbalas. Pada usia perkahwinannya baru setahun jagung, akhirnya ikatan itu temui jalan perpisahan. Atiana akur pada takdir bilamana cinta Qayyum tidak pernah ada buatnya. 

Crush Atau Kawan ~ Tasha Sain

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kemalangan yang meragut nyawa bapa Syafira telah merubah hubungan akrab Fakhrul dan dirinya. Akibatnya, Fira tidak lagi menyenangi sahabat sepermainannya itu. Dia anggap Fakhrul tak lebih macam kacang hantu. Bersekolah di sekolah asrama penuh yang sama, Fakhrul tekad untuk melindungi sahabat sepermainannya walaupun Fira begitu dingin dengannya. 

“Nak tau something? Saya bukan tong sampah!” – FIRA 
“Tak boleh ke, sekali saja, kau terima niat baik aku? –FAKHRUL 

Hati remaja Fira bukanlah keras mana dengan makhluk bernama lelaki. Dalam diam, hatinya CRUSH kepada Ketua Pengawas sekolah (KP) yang bernama Fateh Izhan. ‘Orang bijak, genius macam dia, manalah padan dengan low-scorer macam aku. Tapi, boleh cuba kurangkan gap tu. Usaha…Then, he’ll notice me someday. Dia kenal aku pun cukuplah’. –FIRA 

Satu kejadian menyayat hati merubah happy go-lucky Fira. Pemergian ibu dan abang tercinta membuat Fira hampir putus asa untuk terus belajar. Yang pasti, selepas hujan ada pelangi. Dia diangkat menjadi anak angkat kepada ibu CRUSHnya, Umi Izzah. Tidak punyai sesiapa lagi, Fira ditunangkan secara rahsia dengan Fateh. “Insya Allah, I’ll accept you whoever you are.” –FATEH IZHAN 

Keliwon ~ Ilya Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

SEKIAN lama tidak pulang ke kampung, Aariz kembali setelah menerima berita kematian ibunya. Harta peninggalan arwah ibunya, Puan Mastura dimiliki Aariz. Kejadian pelik yang berlaku di banglo peninggalan Puan Mastura menyebabkan Aariz tidak jadi kembali ke bandar semula. Awalnya dia mengesyaki kejadian pelik dan menyeramkan itu kerja ayah tirinya, Norden. Sangkaan Aariz meleset. Kematian dan kehilangan mula menghantui penduduk kampung semula. 

Kisah Mbah Esah dan keturunannya dibangkitkan. Mbah Esah pengamal ilmu hitam yang ditakuti penduduk kampung. Asal usul keturunannya, ilmu yang dimiliki harus diwariskan kepada yang waris perempuan. Puan Massuri cucu kedua Mbah Esah sudah menunjukkan taring. Tidak lagi berselindung. Penduduk kampung dalam ketakutan. Aariz menjadi penghalang. Tegar menolak ilmu turun-temurun itu. Namun, ada rahsia lain yang tersingkap satu per satu yang bakal memberikan kejutan kepada Aariz. 

“Aku cuma tahu keliwon tu malam jumaat. Katanya malam tu makhluk-makhluk halus berkeliaran. Maksud aku hantu.” - Aariz “Lebih baik kamu tak usah terus pulang. Bermalam di rumah kami. Ada bilik tamu disediakan. Lagipun malam ini malam Jumaat keliwon. Malam keramat.” - Puan Massuri “Lebih baik kamu tak usah terus pulang. Bermalam di rumah kami. Ada bilik tamu disediakan. Lagipun malam ini malam Jumaat keliwon. Malam keramat.” - Puan Massuri Rahsia apakah yang telah diketahui Aariz? Apakah kesudahan kisah Keliwon? Selami keseraman karya Ilya Abdullah ini. Anda pasti merasa seperti ada yang memerhatikan anda ketika membaca kisah ini.

Tuesday, 23 June 2020

Kau Antara Bintang ~ Wannie Nordin

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Iskandar… Dia tiba-tiba saja muncul dalam hidup Anum Danisha. Kehadirannya bagaikan bintang. Bercahaya dan berkilauan, tetapi kelipannya akan hilang apabila mentari menjelma. Mula-mula muncul, kemudian hilang. Datang, selepas itu ghaib. Hingga Anum seperti hilang arah. Di mana Iskandar? Ke manakah Iskandar pergi? Tetapi, yang paling utama, siapakah sebenarnya Iskandar?

Biar sejuta kali orang lain menafikan, namun Anum tahu tentang kewujudan lelaki itu. Dia tahu realiti tentang Iskandar. Biarpun Iskandar itu misteri, biarpun Iskandar itu suka main sorok-sorok; datang dan pergi sesuka hati, tetapi dia tahu bahawa Iskandar itulah orang yang telah merubah hidupnya menjadi manusia yang lebih baik berbanding dulu. Dia tidak gila. Dia sudah jatuh cinta dengan Iskandar!
Tapi… Iskandar ini manusia ke hantu? Orang ke Bunian? Human or Vampire?
“Dari mana awak boleh terfikir dakwaan mengarut ni? Saya hantu? Ada rupa macam hantu ke saya ni?” – Iskandar
“Manalah tahu… hantu sekarang dah tak macam dulu-dulu. Hantu moden ni banyak yang handsome. Apatah lagi kalau hantu vampire, memang semuanya tak ada yang hodoh. Boleh cair tengok muka dia.” – Anum
“Maksudnya, awak dah cairlah tengok muka saya?” – Iskandar

Kau Yang Terindah ~ Azieana

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Sebagai perempuan, Sakinah mengimpikan seorang lelaki yang sempurna sebagai pasangan hidupnya. Pertemuan Sakinah dengan Aniq di Tadika Mesra telah membibitkan rasa bahagia kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidaminya.

“Paksu cakap dia nak kahwin dengan Cikgu Kinah tak lama lagi. Betul ke?” – Adam.
“Betul ke paksu Adam tu nak kahwin dengan cikgu? Adam tak tipu?”- Sakinah.
Sakinah pula tidak sangka yang Aniq juga seorang guru.
“Cikgu sama cikgu. Macam berjodoh aje kita kan?” – Aniq
Sakinah mula rasa hatinya hendak melompat keluar dari badan dan duduk menempel di sebelah hati lelaki itu. Namun kewujudan Nizam membuatkan hidup Sakinah jadi tidak tenang. Bukan hanya sekarang tapi sudah bertahun-tahun Nizam cuba mendapatkan cinta Sakinah.
“Kau nak apa lagi ni, Nizam?” – Sakinah.
“Nak apa lagi, aku nak kaulah.” – Nizam.

10 Tanda Kewangan Anda Sihat


☺️ Tanda-tanda poket anda sihat setiap bulan
☺️ Jika dapat buat 3-4 tips ini pun Alhamdulillah. Tapi jangan lupa tambah lagi 

Bak kata pakar, buatlah simpanan untuk masa depan. Kalau bukan kita yang menggunakannya, sudah tentu ahli keluarga kita yang ditinggalkan.

Bangkitlah Jiwa ~ Thebingkisanhati, Azura Zamri

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya.

Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.

Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

101 Doa Nabi & Rasul Dalam Al-Quran ~ Datuk Dr. Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90

Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allh SWT untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.

Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah SWT apabila menepati waktunya adanya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para Muslimin dan Muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah SWT ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.

Doa dipanjatkan sebagai permohonan, permintaan dan restu daripada Tuhan dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kekuasaan-Nya bahawa akan terjadinya keajaiban yang diharap-harapkan. Pelbagai amalan doa diwariskan sebagai panduan umat Islam dalam meniti dan memperbaik kualiti kehidupan bagi menebus jiwa yang berdosa dan mencari pintu taubat.

Perbandingan Agama Islam & Kristian ~ Dr. Zaifuddin Md. Rasip

(SEM & SS) RM59.00 > RM53.00

KEISTIMEWAAN BUKU INI
Merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan menerusi al-Quran dan Bible.
Membuktikan ajaran gereja yang berlawanan daripada ajaran Bible yang sebenar.
Bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible.
Merungkai penyelewengan kitab asal ajaran Jesus yang telah ditenggelami oleh kenyataan-kenyataan palsu sehingga terbentuk amalan dan kepercayaan penganut agama kristian pada hari ini.

SINOPSIS:
Buku Perbandingan Agama Islam & Kristian telah merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan yang jelas lagi nyata menerusi al-Quran dan Bible. Selain itu, ia bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible. Al-Quran merupakan kalamullah yang mengandungi mukjizat yang kekal hingga hari kiamat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Manakala Bible pula terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).

300 Hadis Bimbingan: Ke arah mencari redha Allah ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd Nazam

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.20

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah SAW pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah SAW, para sahabat, rukun Islam, rukun iman, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan Nabi saw dan sebagainya. Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas.

KEISTIMEWAAN BUKU INI:
Hadis Nabawi merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam serta menjadi pelengkap kepada ilmu dalam al-Quran.
Mengumpulkan 300 hadis sahih paling utama yang ringkas serta mudah difahami dan dihafal.
Mengandungi keterangan daripada beberapa buah kitab muktabar oleh ulama-ulama tersohor.
Disertakan biodata 72 orang perawi untuk dikenali oleh para pembaca.


Al-Quran Al-Karim Mushaf Qiyam Dengan Panduan Wakaf Ibtida' (Tanpa Stand) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM309 > RM278

Saiz 30cm x 43cm
Anggaran Besar saiz A3
Kulit Keras (Hard Cover).
Khat Baru Rasm Uthmani.

Kelebihan Al Quran ini:
  • Panduan Waqaf & Ibtida’ dengan menggunakan 2 warna pilihan. 
  • Penggunaan 5 warna hukum tajwid. 
  • Kaedah al-Mizan iaitu kaedah mengakhiri bacaan dengan lebih sempurna dari sudut penceritaan. 
  • Kaedah al-Zikr adalah cara bacaan hamzah wasal seperti yang diletakkan di jidar mushaf. 
  • 5 bacaan tajwid diwarnakan pada teks al-quran.

Cara Untuk Dapatkan Buku Murah / Tips For Getting Books Cheaper or Under Budget


> CARI BUKU MURAH?
> ADA BAJET TERTENTU UNTUK SHOPPING BUKU?
> TAK NAK KELUAR DUIT LANGSUNG KALAU BOLEH?

Well gais...
Kali ni kami share 7 tips nak baca buku atau dapatkan buku dengan harga murah atau lebih best, PERCUMA... PERCUMA?

Betul... Korang just pergi perpustakaan awam tempat korang & buat kad ahli aje. Pastu, dah boleh pinjam buku terus dengan mereka.

NAK JIMAT LAGI, tukar-tukar buku dengan member yang ulat buku juga. Tapi pastikan kawan korang tu jenis pulangkan balik buku

Untuk ulat buku yang suka baca e-book, ada BANYAK ONLINE LIBRARY/STORE yang offer baca buku free atau serendah USD1.

DAN NAK JIMAT LAGI TAPI NAK BUKU BARU, boleh aje beli buku kat kedai-kedai buku yang offer discount, sale atau beli di pesta buku.

Dan... Lagi berbaloi, beli dengan kami di @books_belidiskaun . SEMUA BUKU DIJUAL DISKAUN DARI 10% - 15%. Best wooo...

Awet ~ Shukriah Rodzi

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Permainan bunuh-membunuh yang bersifat seperti teka-teki sebegitu benar-benar memberi adrenalin yang menggetarkan jantungnya.

"Kau berani terima tak job ni? Dia ofer banyak bagus maaa! Memang upah lumayan kau boleh dapat. Kalau tolak, rugi la."

Zappp! Terus terbenam. Tanpa kekok, mata pisau skalpel yang tajam bersinar terus ditujah untuk membelah bahagian lapisan kulit perut yang telah kaku itu dalam satu garisan yang selari dan simetri.

"Alahhh... Apa yang peliknya kalau kerja dia mengawet haiwan? Bukannya dia mengawet mayat manusia ke hapa kan. Kau nilah, suka sangat buruk sangka."

Jampi serapah dibaca berulang kali. Tiga titis darah dari telapak tangannya dibiarkan menitik ke atas muka mayat. Tiga biji limau nipis pula diperah lalu direnjis ke seluruh tubuh yang terbaring di dalam keranda itu. Satu jeritan nyaring terhasil setelah jasad itu terkena renjisan tersebut.

Perlahan-lahan, jasad yang dipuja itu bangun dan berdiri tegak.

Muridku Suami Aku? ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kewujudan bilik muzik yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu telah menemukan Ariana dengan Akmal secara tidak sengaja. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah tersebut, langsung tidak menduga akan berlaku perubahan besar dalam hidupnya tatkala bertemu dengan pelajar bernama Akmal.

Orang kata, jangan terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana.

"Kau... dah buat... aku gila."- Akmal
"Saya tak faham apa yang awak merepek ni. Lepaskan saya..." - Ariana
"Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang, asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!" - Akmal

Bagaiamana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu.

Isteri Atas Kertas ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Dua tahun Abyana Ruzda melarikan diri daripada lintah darat. Dia ingatkan dia hanyalah penjamin kepada pinjaman wang Wazir, lelaki yang dia ingat akan menjadi khalifahnya hingga ke akhir hayatnya, rupanya dialah peminjam wang itu.

Bertemu dengan Encik Lintah Darat yang kacak membuatkan hati Abyana Ruzda berdebar kencang. Tiba-tiba, Encik Lintah Darat buat perjanjian melupuskan hutangnya yang banyak itu. Hanya ada satu saja syaratnya.

Kahwin dengan Encik Lintah Darat a.k.a Rafeez.

"Kenapa dengan lintah darat macam aku? Kau ingat aku lintah darat yang sama macam kau tengok kat TV? Asyik mengulit perempuan? Aku lintah darat limited edition." - Rafeez

Lintah darat limited edition? Memang limited edition pun, sebabnya perkahwinan itu dirahsiakan daripada semua ahli keluarga.

Vendetta ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Tanpa motif. Tanpa bukti. Tanpa empati. Begitulah yang dapat disimpulkan daripada beberapa siri pembunuhan yang telah menggegarkan Bandar Bintulu. Lebih mengagetkan apabila adanya anggota tubuh mangsa yang dikerat ditinggalkan di dalam balang bersama-sama satu mesej penuh enigma. Johan dan Amir, dua detektif berdedikasi berusaha sedayanya mencari penghubung antara pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. 

"Kalau kita tak bertindak segera, penjenayah pasti akan mencari mangsa seterusnya!" - Johan 
"Aku tak rasa unsub seorang penjenayah psychopath yang tipikal. Aku yakin ada sesuatu yang cuba disampaikan dengan tinggalan token berupa mata mangsa tu. It looks rather personal." - Amir 

Semakin jauh mereka menyiasat semakin mereka merasakan setiap pembunuhan yang dilakukan itu sebenarnya punya rahsia yang besar. Rahsia yang selama ini dipendam dan akhirnya meruak menjadi sebuah VENDETTA.

Wanita Terbahagia ~ Nureen Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Arahan Encik Yusuf yang mahukan dia meneruskan perkahwinan yang telah dirancang, menjerat diri Zarina. Sudah berbuih mulut menolak cadangan papanya, namun satu apa pun tak jalan. 

"Biarpun seumur hidup awak membenci saya, saya akan tetap di sisi awak. Untuk melindungi dan menyayangi awak." - Ryan 
"Awak layak untuk dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada saya." - Zarina 
"Tapi hati saya dah pilih awak." - Ryan
 
Zarina semakin tertekan. Dia fikirkan masalahnya akan selesai setelah bertemu empat mata dengan Ryan. Ternyata dia tersilap percaturan. Pertemuan itu semakin menambahkan kebuntuan. Namun, dalam pada tidak suka, entah mengapa setelah menempuh kehidupan berumah tangga perasaannya menjadi libang-libu, sekejap saja datang rasa sayang amat kepada lelaki itu. Sekejap pula ada marah dan benci menggunung. 

"Seludup hati sayang untuk dikunci kemas dalam hati abang." - Ryan 

Love You Mrs Ex ~ Zany Ezatie

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Empat tahun Ziyadh Al-Fateh membawa diri ke Kota London oleh sebab dihalau oleh papanya, Datuk Umar. Namun, semenjak menjejak kaki kembali ke Malaysia, bayangan semalam seakan kembali mengejarnya. 

"Aku nak kau cari dalang yang mula sebarkan video dan gambar-gambar ni." - Ziyadh Al-Fateh 
"Akui kesalahan yang saya tak buat? Tak! Saya takkan ikut awak. - Dian Ariana 

Terpaksa dan dipaksa, kedua-dua pengkhianat dan yang dikhianati punya alasan tersendiri untuk terus merantai diri dalam percaturan takdir yang sedang mempermainkan mereka. "Abang nak kembalikan hak Dian yang abang pernah nafikan dulu.


"Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya." - Ziyadh Al-Fateh 

Bisakah, hati yang terlebur kembali berbentuk seperti biasa? Mampukah pengkhianatan memenangi jiwa sang duka lara? 

"Baik, saya akan bagi awak peluang untuk jadi suami interim saya selama tiga bulan. Kalau awak gagal, saya akan pecat awak tanpa notis. - Dian Ariana 
"Abang terima sebagai yang menurut perintah. - Ziyadh Al-Fateh 

Ziyadh berjanji akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula isteri yang pernah mengkhianatinya, kerana rasa cinta masih terlalu dalam berbanding rasa dendam yang dimulakan olehnya.

Friday, 12 June 2020

Cinta Berbunga Dusta ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Mengenali Daniel Huzair sebagai bos, Qismina Aliya asyik kecut perut. Selain dari suka marah-marah, kemahiran Daniel ialah membuli. 

“Qismi!” – Daniel. 
“Encik panggil saya ke?” – Qismina. 
“Habis tu, panggil siapa? Nama awak Qismi kan? Bukan Qisyu.” – Daniel. 

Bermula peristiwa di Sabah, sikap Daniel berubah. Kalau sebelum ini Qismina selalu kecut perut, tapi sekarang seperti ada rama-rama dalam perut. 

“Encik tak ada bakat buat kopi.” – Qismina. 
“Saya ada bakat buat awak teringatkan saya.” – Daniel. 

Bakat Daniel bukan hanya boleh buat Qismina teringatkan dirinya tetapi lebih daripada itu. Rasa yang tumbuh dalam dada untuk encik bos buatkan Qismina rasa terseksa. Daniel sudah ada Nina, si tunang a.k.a anak bos besar tempat mereka bekerja. Bagaimana boleh dia menyelit di hati lelaki itu. 

Aslan ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Akid Aslan. Bukan hanya nama, karakternya juga persis singa. Dominan dan bengis. Daneen Medina. Kuat memberontak dan suka melawan. Mereka tak pernah kenal rapat. Jumpa pun hanya sesekali, bercakap hanya sepatah dua. Tapi tiba-tiba harus menjadi suami isteri. Hanya kerana Gibb, Daneen turutkan. 

"You stay here. Do whatever you want. But only in this room." - Aslan 

Sikap terlebih melindungi Aslan buat Daneen curiga. Beberapa insiden berlaku sejurus selepas status Mrs. Aslan dipegang. Daneen tahu ada yang tak kena, ada yang Aslan rahsiakan. Tapi, apa? 

"I trusted you, Aslan. I pilih untuk percayakan you. Kenapa you buat I macam ni? " - Daneen 

Kebenaran yang terbongkar melukakan Daneen. Aslan berjanji mahu betulkan keadaan. Namun, kesalahan Aslan terlalu besar. Terlalu payah mahu dilupakan. 

Jodoh Yang Sekadar Singgah ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Hidup Asiah jadi huru-hara bila dia tiba-tiba dilamar oleh dua lelaki serentak. Dua-dua pun duda. Yang seorang, duda Asiah sendiri dan yang seorang lagi, duda a.k.a bos sendiri. 

“Marry me, again. Beri abang peluang kedua.” – Dayyan. 
“Kalau awak pilih saya, saya tak akan minta peluang kedua.” - Iskandar. 

Dayyan dan Iskandar saling merebut tempat di hati Asiah. Ada sahaja benda yang hendak digaduhkan. 

“Kau ni pun kalau nak teman As menangis, bawalah stok tisu.” - Dayyan. 
“Mana aku jangka dia nak menangis. Sikit lagi aku nak pinjamkan bahu untuk dia tadi.” – Iskandar. 
“Alah, tak hairan. Aku pernah pinjamkan bahu aku pada As.” – Dayyan. 
“Pernah tu sesuatu yang dah berlalu. Sekarang kau dah tak dapat lesen yang dulu tu.”- Iskandar. 

Pilihan Encik Singa ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Ahmad Idrus Bin Ahmad Qalif a.k.a bapa singa, lelaki paling garang pernah wujud dalam hidup Nuha. Lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati dan paling Nuha ingin elak di atas muka bumi ini. Namun, lain pula yang tertulis di lipatan takdir. Orang yang paling Nuha tak suka itulah yang bakal menjadi suaminya. Padahal yang Nuha puja ialah si adik, bukannya si abang. 

“Kalau tak dapat yang bujang, duda pun ada.” – Idrus. 
“Awak duda? Barang second hand? Barang reject? Barang bundle?” – Nuha. 

Antara terpaksa dan rela, Nuha terima Idrus sebagai suami. Dan menjadi isteri pada Ahmad Idrus bukan mudah. Lagi-lagi bila bapak singa bertukar menjadi anak kucing. Makin pening Nuha nak melayan. 

Emelda ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Sejak belasan tahun, Akasyah sudah yakin Emelda adalah satu-satunya wanita yang dia mahu dalam hidupnya. Tapi dia tak pernah faham kenapa Emelda menolak cintanya. Takut kehilangan Emelda, Akasyah meminta dengan cara yang baik daripada keluarga gadis itu. Janjinya, dia akan menjadi suami terbaik buat Emelda. 

“You deserve better, Akasyah.” – Emelda 
“I don’t want better. I just want you.” – Akasyah 

Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri, dia turutkan. Sebab dia yakin, lambat laun Emelda akan mengalah. Keyakinan Akasyah berasas bila hati Emelda akhirnya lembut menerima. Sememangnya antara mereka sudah lama wujud perkataan cinta sebenarnya. Cuma Emelda saja yang tak mahu akui. Bunga-bunga bahagia yang mula mekar tiba-tiba layu bila Akasyah sedar rupanya si isteri sudah lama menyimpan satu rahsia penting. Rahsia yang menjurus pada perpisahan. 

Bila buku anda miliki lebih dari apa yang anda baca @ reasons of owning more books than you read


SIAPA ADA PERANGAI MACAM NI?
ANDA KATEGORI MANA?

Setiap anda yang suka pada buku pasti ada tabiat ini. Belilah seberapa banyak buku, akan ada terselit beberapa naskhah yang tidak sempat atau belum dibaca. 
Namun, antara faedah yang boleh didapati bila stok buku banyak, anda boleh jadikan ia hadiah pada orang lain sebagai tanda penghargaan. Pastikan ia masih elok kondisinya.

Thursday, 11 June 2020

Bayu Aweera ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Dari mana Bayu tahu nama penuh Sonia? Siapa yang dah pecahkan rahsianya yang satu itu? Bayu sedang menyiasat tentang diri dia ke? “Sonia anak saya. Sampai bila-bila pun dia tetap akan jadi anak saya.” Pintu kereta ditolak dengan kuat. Namun lengan Cempaka sudah ditarik Bayu, menahannya daripada turun.

“Kau jangan cuba nak lari daripada aku. Aku juga ada hak ke atas Sonia.” “Jangan ingat awak boleh rampas dia daripada saya. Dia anak saya!” Tangannya direntap dengan kuat. Tanpa menunggu, Cempaka terus turun dari kereta dan meluru masuk ke dalam bilik di belakang kedai. Menyorok dekat situ dengan tubuh yang menggigil. Tubuh kecil Sonia masih dipeluknya dengan kemas. Sedikit pun dia tak lepas.
“Nyanya anak umi cik, kan? Nyanya takkan pergi tinggalkan umi cik, kan?” Sonia hanya menggeleng. Pelik dengan sikap umi cik nya yang berubah dengan tiba-tiba. “Nyanya anak umi cik. Umi cik takkan biarkan sesiapa pun rampas Nyanya daripada umi cik. Perempuan tu tak boleh tahu pasal Nyanya. Umi cik takkan biarkan dia apa-apakan Nyanya.” Wajah Sonia dipeluk ciumnya dengan bertalu-talu. Tak dapat dibayangkan kalau dia terpaksa berpisah dengan Sonia. Sejak lahir, dia yang menjaga Sonia. Dia yang membesarkan Sonia dengan bersusah payah. Dia takkan khianati janji dia dengan Melati.

Cik Andam Gojes ~ Azizah Ami

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

TERSEDAK Rinie tatkala Alif membawa seseorang ke rumah untuk diperkenalkan padanya. Macamlah dia tak kenal dengan Abu tu. Setiap kali dia ke bengkel, mata lelaki itu galak memandang daripada atas ke bawah. Gatal bukan main! "Keluarlah berkenalan dengan dia." Alif memaksa. "Abang Long tak nampak ke Rinie tengah makan tengah hari ni? Abang Long pergilah layan dia. Suruh Rinie pula dah," rungut Rinie lalu meneguk air kosong dengan laju. Arin dah menggeleng geram. "Lepas makan, Abang Long nak Rinie jumpa kawan Abang Long tu. Kalau tak, siap Rinie!" Jari telunjuk tepat mengenai hidung Rinie. Eleh, macamlah aku takut sangat.

Abang Long aku ni...kalau tak cari pasal dengan Kak Long, dia cari pasal dengan aku pula. Kalaulah dia tu adik aku, memang dah lama aku tomoikan muka dia! Geram Rinie. "Cepat sikit makan!" Tegas Alif. Terhenjut tubuh Rinie. Kuat betul suara Alif. "Kak Long..." Menjuih bibir Rinie. Arin buat isyarat agar Rinie bertenang seketika. Sebaik sahaja Alif keluar daripada dapur itu, segera Arin merapati Rinie. "Makan lekas, lepas tu Rinie keluar ikut pintu belakang. Motor Kak Long ada kat tepi rumah. Nanti Kak Long ambilkan kunci." Cadangan Arin buat Rinie bersyukur sangat-sangat kerana dianugerahkan kakak ipar sebaik itu. Bukan sahaja baik, cantik dan bijak pula tu! Kontra sangat dengan Abang Long dia. Rinie menyarung tudung dan kemudian keluar dengan membawa topi keledar milik Arin.

Aminah Tempo ~ Sara Hezra

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

HARRAZ AHMAD , seorang photographer yang menerima bos baru di departmentnya. Bos barunya itu bernama AMINAH TEMPO. Nampak garang dengan gaya bos yang bossy tapi bila dah kerja sekali, baru dia tau bos dia tu memang sporting. Keluar bekerja rasa macam berdating pulak. Err, tapi dia sesorang je rasa macam tu. Maklumlah, lelaki lepas 30-an yang kesunyian ditinggal awek.

Itu hal bos boleh tinggal kat pejabat la. Pening-pening layan karenah bos balik rumah dia akan relaks.
Cuma boleh ke dia nak relaks bila rumah kosong sebelah rumahnya dihuni orang? Pulak lagi bila jiran barunya itu macam firaun perangainya, suka test enjin superbikenya pagi-pagi buta.
Superbike itu jugak dikenal pasti nyaris melanggarnya di parkir bertingkat bangunan pejabatnya.
Sakitn hati membuatkannya tekad memburu lelaki superbike itu.
Masalahnya…
Kenapa ketika dia menerjah muka pintu rumah jiran barunya itu, yang muncul di depan pintu itu seorang perempuan cantik yang sangat dikenalinya?
AMINAH TEMPO!
Rasa macam degup jantung dah mula lari tempo. Rasa tak jadi nak belasah jiran barunya itu sebaliknya rasa nak pecah dinding pemisah rumahnya dengan rumah sebelah!

Tentang Martin ~ Ann Hann

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Puan Rosni gembira dan menepuk lenganku bangga. Beberapa minit kemudian, Tuan Daniel sampai bersama setiausahanya. Lelaki itu lantas mengambil tempat duduk di sebelahku memandang cuma dua bangku di sebelahku sahaja yang kosong. Disebabkan meja bilik pratonton itu bulat, maka semua orang duduk mengitari meja besar itu dan mudah sungguh hendak berpandangan antara satu sama lain. Termasuklah jelingan Martin kepadaku. Anak mata hitamnya tajam menusuk ke dada seolah-olah menikam tepat sudut rasa bersalah kerana Tuan Daniel duduk di sebelahku.

“Baiklah, kita mulakan sekarang Martin.” Arah Puan Rosni. Martin pantas bangun. Suhan mematikan lampu siling. Hanya sinaran dari projektor yang memancar pada skrin putih. Muzik intro Money Bunny bergema dengan rentak lucu serta nama-nama para selebriti mula terpapar dengan grafik yang menarik. Namaku turut terpapar sebagai orang yang menghasilkan idea. “Ini idea Lila juga?” Tuan Daniel mendekatkan sedikit kepalanya. Aku tersentak sesaat.

Henry The Black: Panglima Awang Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM35.90 > RM32.30

Nama Enrique Malaka, Henry the Black, Enrique de Malacca atau Panglima Awang tidak pernah tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama yang mengelilingi bumi. Tetapi nama orang Eropah yang berjaya mengelilingi lingkaran bumi disebut sebagai Sebastian de Elcano. Sedangkan Sebastian de Elcano berjaya mengelilingi bumi 17 bulan selepas kejayaan yang dilakukan oleh Panglima Awang.

Panglima Awang dilahirkan pada tahun 1494. Pada tahun 1503, beliau berlayar dari Ambon ke Palembang. Maknanya pada tahun itu, beliau memulai pelayaran mengelililngi bumi. Sekitar tahun 1509-1510 beliau berlayar dari Palembang ke Melaka dan sempat bekerja dengan Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1511, penguasa Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka. Sewaktu awal pengepungan Melaka pada tanggal 13 Julai 1511, Ferdinand Magellan, salah seorang kapten armada Alfonso de Albuqurque, berjaya menculik seorang lelaki yang kemudiannya mereka menamakan sebagai Enrique Malaka.

Buku ini mendedahkan dengan lebih mendalam tentang Panglima Awang, pelayar melayu pertama yang mengelilingi dunia.

Konspirasi Yahudi Antarabangsa Dalam Tragedi Pembunuhan Abraham Lincoln & John F. Kennedy ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Sejarah telah mencatatkan bahawa Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16, dibunuh oleh John Wilkes Booth pada hari Jumaat, 14 April 1865. Manakala John F Kennedy pula ditembak oleh seorang sniper ketika berada di Dealey Plaza, Dallas. Konspirasi yang berselindung di sebalik The Hidden Hand, yang dikatakan memiliki segala instrumen dan fasiliti yang lengkap dan hebat termasuk segala kemampuan propaganda dan kawalan minda adalah dalang di sebalik dua pembunuhan ini.

Buku ini mengupas tentan misteri The Hidden Hand yang mempunyai cara khas untuk menghapuskan para pengikut elitnya. Ia bukan cara biasa seperti membunuh penduduk Iraq dan Palestin atau penduduk kampung di Myanmar tetapi perlu dirancang tarikh, masa dan tempat supaya menurut kepercayaan sihir yang dianuti, bagi mendapat berkat dan rahmat daripada The All Seeing-Eye.

Membongkar Misteri Gangguan Alam Ghaib: Himpunan Kisah-kisah Syaitan ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Sesungguhnya, sisi gelap dan cerah kehidupan ini sudah dijadikan Allah SWT bagi menunjukkan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Kita hanya makhluk kerdil yang sentiasa berada dalam kehendak-Nya dan tidak mampu melakukan apapun tanpa kudrat pemberian-Nya. Syaitan, iblis, jin dan roh-roh jahat sentiasa berlegar-legar di sekililing kita. Cuma manusia tidak diberikan mata kasyaf untuk melihat kehidupan makhluk-makhluk ghaib ini.

Andai dibuka hijab, tentu sekali kita akan dapat melihat alam ghaib yang dikatakan misteri. Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini sentiasa sahaja ingin mengganggu dan menyesatkan pemikiran manusia. Pelbagai cara digunakan. Kisah manusia diganggu, diusik atau disakat sering kita dengar di sekitar kehidupan kita. Buku ini menghimpunkan kisah-kisah gangguan misteri oleh makhluk dari alam ghaib keatas manusia.

Membongkar Misteri Kejadian & Kematian Aneh Penduduk Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama beberapa minit didapati hidup semula. Kejadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu keajaiban atau kesilapan dalam dunia perubatan. Apabila jantung seserang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya definisi dan takrif mati dinilai semula.

Buku ini mendedahkan kisah-kisah tentang kematian aneh di dunia ini yang tidak pernah mampu kita fikirkan dengan akal sihat dan logik. Ternyata dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia, masih banyak lagi kejadian misteri yang tidak berjaya dirungkaikan.

Pendiam? ~ Aiman Amri, Aqila Masri

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?

Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.

‘Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

S.K.Y ~ Fiya Suri

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20
Pekak. Socially anxious. Anak yatim.

Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.

Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.

“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”

Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?

Projek Athena 2 ~ Syeraho

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20
Athena - neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.

Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.

Namun, kemunculan neo-manusia baru bernama Zeus mengejutkan mereka bertiga. Ternyata, kekuatan yang dimiliki Zeus tidak mampu ditandingi Athena.

Pertemuan dua neo-manusia ini membawa Athena merenung kembali persoalan besar dalam hidupnya: Apakah sebenarnya tujuan dia diciptakan? Sebagai pelindung, atau senjata?

Dan mampukah dia mengalahkan Zeus?

Perempuan yang Baik-baik Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna.

Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS.
Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS.
Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

Lelaki Yang Hebat-hebat Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.

Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.

Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.

Seni Berfikir Yang Hilang ~ Hasrizal Abdul Jamil

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

Tuesday, 9 June 2020

Dia Imamku ~ Siti Rosmizahsiti

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

“Suka kamu kata bangla. Budin ni ada kebun pisang,” tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

Ceritalah... DIA ada di sisi ~ Mohd Zaini Mohd Arif, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

CERITALAH … DIA ADA DI SISI adalah kisah sebenar dan asli yang diceritakan dari pelbagai sisi. Hampir keseluruhannya berkisarkan pengalaman kehidupan penulis dalam meniti usia senja.

Setiap kisah mempunyai sebab tersirat untuk difikirkan yang mana pada setiap kejadian dan peristiwa telah ditakdirkan oleh Allah.

Allah memberi jawapan, betapa setiap kejadian yang berlaku dalam hidup penulis dan manusia umumnya, boleh ditemui hikmahnya melalui kalam Allah di dalam al-Quran.

Kisah-kisah lampau boleh dijadikan pedoman agar kita lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi hujung usia.
Buku ini terbahagi dua bahagian yang mengandungi 44 cerita motivasi keseluruhannya yang disampaikan dalam bahasa yang mudah dan mencuit hati.

Indahnya Hidup Bertuhan (Berdamai dengan takdir 2.0) ~ Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.

Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.

Dekor Dekor Cinta ~ Khairunnisa Hamzah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang:
· Cara berfikir
· Gaya kehidupan
· Persekitaran
· Tanggapan
· Mood dan aura
· Juga kasih sayang.

Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu. Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.

Saya Sakit Apa Doktor? ~ Dr. Abdul Rahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan:
- Jenis penyakit yang dihidapi?
- Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku?
- Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu?
- Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya?
- Bilakah perlu berjumpa doktor?

Buku ini terbahagi kepada enam bahagian:
1. Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada sihat, sakit atau berpenyakit. Juga menyentuh beberapa jenis penyakit senyap.
2. Ortopedik – antaranya menghuraikan masalah sakit sendi, tulang patah, keradangan.
3. ENT – antaranya menghuraikan masalah telinga, hidung dan tekak seperti telinga dan hidung tersumbat serta dimasuki benda asing.
4. Kulit – mengenali beberapa jenis penyakit kulit.
5. Kanak-kanak – memberi panduan kepada ibu bapa apabila berdepan dengan anak sakit seperti demam, lelah dan berkahak.
6. Puasa dan Raya – masalah & penjagaan kesihatan lazim ketika puasa dan raya seperti gastrik, puasa ibu hamil dan cirit-birit.

Doktor Cinderella ~ Dr. Nur Hanisah

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini merupakan koleksi cerita pengalaman pemulis sepanjang berada dalam tugasan di O&G (Obstetrik & Ginekologi) di sebuah hospital yang suka penulis gelar sebagai Hospital Tarbiah.

Ini merupakan posting pertama penulis sebagai seorang doktor muda yang masih dalam fasa housemanship. Satu fasa awal dalam bidang pekerjaan ini. Fasa mencabar juga bagi orang yang pertama kali menceburi bidang ini secara realiti.

Penulis merasakan, bekerja di hospital sebenarnya merupakan satu anugerah nikmat Allah yang cukup berharga. Setiap hari, ada saja ibrah yang mendidik hati, mentarbiah diri. Namun, ibrah ini jarang diketahui oleh semua orang terutama yang tidak bekerja dalam bidangnya.

Oleh sebab itu, penulis berasa bertanggungjawab untuk berkongsi kepada dunia tentang tarbiah yang terdapat dalam Hospital Tarbiah ini. Selalunya penulis akan kongsikan kisah ini setiap kali ada masa terluang di hantaran Facebook. Jadi, jangan pelik sekiranya bahasa yang penulis guna ibarat membaca sebuah diari ya!

Sunday, 7 June 2020

Kak Long Kawasan ~ Mastura Mohd Salim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Walaupun aku kak long kawasan, tapi aku lain daripada yang lain.

Kau ingat kak long kawasan ni kaki gaduh ke?

Kau bayang kak long kawasan ni ada pengikut yang ramai dan dilayan macam raja ke?

Kau fikir kak long kawasan ni tak reti hormat orang?

Tapi… jangan langsi sama aku. Ini buku kak long kawasan yang punya!

Bila Tarzan Masuk Kelas ~ Dr. Liza Adnan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Walaupun masa kecil aku kawan dengan monyet, dah besar aku berjaya juga jadi orang!

“Aku dulu orang susah. Susah sangat. Tinggal pun dalam hutan tak ada elektrik, tak ada air paip. Kawan-kawan tak ada sangat, jadi aku berkawan dengan binatang. Ada lembu, ada kera. Main pun sendiri-sendiri je. Kadang-kadang main dengan Ayah Chik. Tu pun selalu gaduh. Jadi aku main dengan lembu dan kera je. Panjat pokok. Berlari sana sini dalam kebun getah Tokki.

Kami tak ada kereta. Nak ke mana-mana, jalan kaki, naik basikal tua Tokki atau naik perahu. Tapi paling penting, walaupun keadaan hidup aku macam tu, aku tak lupa untuk ke sekolah!

Aduhai… apabila dipandang kesukaran itu setelah ia berlalu, semuanya dirasakan seronok. "Adventurous! Challenging!"