Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 13 July 2017

Vaksin: Antara Babi, Yahudi & Konspirasi ~ Prof. Dr. Azizi Ayob

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya.

Antara Kandungan:
Apa itu Vaksin?
Sejarah Vaksin
Proses Pembuatan Vaksin
Kandungan Vaksin: Bahan Asli ataupun Bahan Kimia?
Bahan Utama dalam Penghasilan Vaksin
Vaksin dan Teori Konspirasi
Doktor Dibeli Syarikat Farmaseutikal?
Cacat Akibat Vaksin?
Makanan Sunnah, Tahnik, dan Kaitan Vaksin
Perbezaan Testimoni dan Kajian Saintifik
Kenapa Tidak Semua Penyakit Ada Vaksin?
Vaksin dan Pembangunan Negara
Kumpulan Anti-Vaksin
Kenapa Kita Masih Perlu Vaksin
Vaksin dan Islam

Tuesday, 11 July 2017

Hijab ~ Aida Adia

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Annisa Faiha seorang gadis yang tegas dan berani. Dia mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada emak dan tiga orang adik perempuannya. Mereka mengharungi pelbagai dugaan. Keluarganya sering dianiaya oleh si pengamal ilmu hitam. Akibat kemurungan yang melampau atas kehilangan emak dan adik bongsunya, Annisa Faiha tidak menyedari jiwanya yang tertekan dan kosong itu memberi peluang kepada makhluk lain mengawal dirinya. Sehinggakan dia alpa kehambaannya kepada TUHAN Yang Esa! 

Lantaran jiwanya telah ditakluki, Annisa Faiha semakin lupa diri dan riak setelah menyedari dirinya dikurniakan kelebihan dibukakan HIJAB pancaindera. Kelebihan yang diperolehinya itu telah disalahgunakan dengan membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan emak dan adik bongsunya terkorban. Setelah dendamnya terbalas, Annisa Faiha pula diculik ke dalam dunia ghaib dan diminta tinggal di situ buat selama-lamanya. 

Betahkah Annisa Faiha tinggal di situ? Apa kaitan Annisa Faiha dengan makhluk dunia ghaib itu? Berjayakah Annisa Faiha keluar dari dunia ghaib itu? Segala persoalan ada di dalam HIJAB!

Takdir Untuk Aku ~ Rehan Makhtar

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Monday, 10 July 2017

Ombak Duka ~ Areth Ramlan

(SEM & S/S) RM26.90 > RM23.70

Diandra Irdina, tidak mahu terus-terusan dihujani dengan persoalan yang sering kali menyesakkan naluri wanitanya. Lantaran itu dia mengambil keputusan di luar jangkaannya. Tanpa ragu dia menerima lamaran untuk menjadi isteri kepada Amar Redza.

Dugaan, rintangan dan halangan yang perlu ditempuhinya di awal usia perkahwinan mereka benar-benar menuntut kesabaran yang begitu tinggi. Kesungguhan Iqmal Adam yang tidak pernah lelah menagih cinta Diandra Irdina juga membuatkan hati kecil Diandra Irdina mula terusik.

“Kalaulah saya boleh tahan hati saya ni dari mencintai awak, dah lama saya tahan. Dan kalaulah saya boleh ajar hati saya ni untuk berhenti dari menyayangi awak, dah lama saya lakukan semua tu,” luah Iqmal Adam bersungguh-sungguh.

Pelbagai cara yang cuba Diandra Irdina lakukan untuk memenangi hati Amar Redza. Tatkala kebahagiaan mula berputik, Ariana bekas tunang Amar Redza muncul dalam hidup mereka. Dia hadir dengan niat yang tersendiri sehingga berjaya menggugat kepercayaan Amar Redza terhadap isterinya. Diandra Irdina hilang punca. Menggigil seluruh tubuhnya saat mendengar lafaz kata suaminya.

Bukan Encik Sempurna ~ Yumi Hyra

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Ada apa dengan encik sempurna? Bagi Ulya Hana (Uya), dia percaya dan yakin bahawa encik sempurna a.k.a. jodohnya wujud kerana dia tahu Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuknya. Bak kata mak tok, jodoh akan datang jika dia berusaha untuk mencari dan tidak berputus asa berdoa.

Sebaik sahaja ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ bermula, ramai pula calon-calon yang muncul. Kan dah pening kepala nak pilih! Uya boleh pilih sama ada Luth yang sangat pelik, misteri dan merupakan calon pilihan ahli-ahli ‘Projek Uya Kena Kahwin Sebelum Hujung Tahun’ ataupun Hud yang sentiasa bermulut manis.

“Perfect guys only exist in books.” – Luth Hannan

“I takkan senang-senang nak lupakan orang yang buat I tersenyum.” – Tengku Hud Harraz

Saat Uya pening dengan telatah Luth dan Hud, muncul pula seorang lagi lelaki misteri yang sering mengirimkan kad-kad comel kepadanya, seolah-olah lelaki misteri itu sering berada dekat dengannya. Kad-kad comel itu seolah-olah cuba menggembirakannya.

One is loved because one is loved. No reason is needed for loving. ~H~
Misteri, kan?

Suamiku Si Mata Biru ~ Evelyn Rose

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Sampai bila perkahwinan ini perlu menjadi satu rahsia antara kita?

“Kau tetapkanlah Ya Allah agar hati ini hanya akan mencintai seorang lelaki yang sudah Kau tetapkan untuk menjadi suamiku. Janganlah Kau biarkan aku jatuh cinta pada manusia yang salah. Amin, Ya Rabbalalamin... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Ya Allah. Aku serahkan hidup dan matiku di tangan-Mu...”

Lalu takdir pun terlukis indah…

James Howards. Senyumannya manis, wajahnya kacak dengan anak mata biru muda. Ramah dan selalu tersenyum, bicaranya penuh ilmu.

Suziliana Irina – Gadis Melayu yang cantik dan pintar, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Newcastle. Orangnya tegas dan hatinya keras. Disangkakan dirinya sapiosexual, tapi saat bertemu James Howards, dia jadi Zulaikha yang terkejarkan Yusuf.

I want this guy.

Itu kata hati Suziliana Irina tatkala dia bertemu James Howards. Tapi mampukah mereka bersatu dengan seribu satu perbezaan di antara mereka ?

Saturday, 8 July 2017

Cikgu Kampung ~ Shahidan Shuib

(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

"Tulisan yang ditulis dengan cermat tentang kehidupan seorang guru. Catatan pengalaman bersama murid yang menarik dan memberi inspirasi kepada pembaca. Kisah sebegini perlu dibaca oleh semua golongan masyarakat. Kisah yang selama ini hanya guru sejati yang megalaminya, kini dikongsikan untuk semua. Dan benarlah seperti kata penulis, seorang guru banyak belajar daripada muridnya sendiri," - Cikgu Fadli Salleh, penulis buku Cikgu Kelas Sebelah.

" Buku ini mungkin tidak setinggi maqam La Tahzan, namun insyaAllah ia boleh merawat hati kita yang kesepian. Sepi, daripada sebarang perjuangan...Buku ini mugkin tidak setebal dan sepadat Laskar Pelangi Andrea Hirata. Namun, jika ia dibaca saat hati terluka, insya-Allah, muncul satu kekuatan baru... Buku ini mungkin tidak semewah Chicken Soup for Soul, yang bersiaran beri motivasi ke suluruh dunia, namun bagi sebuah dunia kecil murid-murid di sekolah dan perkampungan hulu, buku inilah segalanya."

40 Hadis Tentang Alam Barzakh ~ Zulkarnain Dollah

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Buku ini menghimpunkan 40 buah hadis yang menceritakan tentang alam barzakh, kepastian, serta kewujudannya sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda.

Suri Hati Mr. Husband ~ Nur Solihah Ibrahim

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Letakkan sepenuh kebergantungan kepada Tuhan, insya Allah Dia akan permudahkan.

Pada asalnya buku ini kelihatan tidak mustahak. Nmaun apabila membaca dengan tekun dan teliti, ia memberi satu pilihan besa kepada wanita akhir zaman. - Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Why So Serious, Parents? ~ Adlil Rajiah

(SEM & S/S) RM39.00 > RM34.30

Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss....

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.
Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?

Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?
Let's try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.