Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 19 September 2018

Berikan Aku Secebis Kasih ~ Ain Zanowi

(SEM & SS) RM26.90 > RM23.70

Masa lalu adalah memori yang begitu menyakitkan buat insan bernama Muhammad Hakimi. Hadirnya Datuk Muaz di sangka mampu menyelamatkannya dari dunia luar yang begitu menakutkan. Namun, dia terpaksa berdepan dengan cubaan lain yang lebih mencabar apabila Datin Sofia tidak pernah mengakui kehadirannya demi melindungi anak kesayangannya, Isyraf Rizky.

“Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran abang sampai abang boleh buat keputusan ni. Budak ni… Entah dari mana abang kutip! Saya bagi abang dua pilihan. Pilih saya dengan Raf atau budak ni!” Tegas Datin Sofia.

13 tahun kemudian, Muhammad Hakimi kembali semula kerana tuntutan wasiat yang ditinggalkan oleh Datuk Muaz. Bagaimanapun, kepulangannya itu hanya menambahkan lagi kebencian dan dendam Datin Sofia kepadanya.

Di sebalik parut yang dimiliki, ada gadis yang begitu setia mencintainya seikhlas hati. Malangnya, takdir mereka berdua begitu rumit. Namun, Nur Dania tidak pernah berputus asa walaupun beribu kali cintanya ditolak oleh Muhammad Hakimi.

Janji Untuk Eterniti ~ Aja

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10

Wujudkah kebahagiaan untuk seorang yang pada azalinya tidak diingini?

Emma Hanann, seorang anak banduan. Seorang anak pelayan warung. Seorang anak luar nikah. Dia langsung tak faham kenapa ada anak kerabat, lebih-lebih lagi tunangan orang, boleh suka pada dia. Mabuk air sejuk ke?

“Saya anak banduan. Takkan awak nak jadi menantu banduan? Takkan keluarga awak nak berbesan dengan banduan? Awak ditakdirkan untuk orang lain. Orang akan tanya. Kenalan keluarga awak akan tanya pasal keluarga mentua awak.”

Wujudkah cinta sejati untuk seseorang yang telah pun dimiliki orang lain?

YAM Tengku Taufiq Syahlan, dia mungkin telah ditunangkan pada umur 6 tahun dengan pilihan keluarga. Datang pula seorang gadis biasa. Wajah yang beku. Mata yang sedih. Namun senyuman itu telah berjaya menghangatkan hatinya yang dingin.

Tuesday 18 September 2018

Ophelia ~ S. Kausari

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Setelah banglo House of Ophelia ditinggalkan, satu kumpulan penjejak paranormal telah hilang di terowong banglo itu kecuali seorang. Dia bercerita tentang suatu ritual aneh dan kemunculan makhluk yang membaham ahli kumpulan yang lain. Satu kumpulan penjejak paranormal, Xtreme Parahunters (XTPH) yang dianggotai oleh Zahed, Aqil, Nik, Ella dan Jade telah masuk ke terowong setelah kejadian ngeri itu. Ketua kumpulan mereka, Zahed telah terbunuh dengan cara ngeri di terowong itu. Mereka juga turut mengalami satu demi satu kejadian aneh yang melibatkan gangguan minda dan emosi hingga menyebabkan kematian beberapa ahli. Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah dalang di sebalik kejadian itu?

“Aku fobia setiap kali ternampak makhluk tu. Aku rasa macam roh budak tu cuba membalas dendam dengan kemunculan makhluk itu.” ~ Nik

“Kita sedang dikawal oleh sesuatu. Dia boleh merubah rupa terowong ini sesuka hatinya. Kita berada dalam ruang permainannya.” ~ Jade

“Akhirnya aku pelajari sesuatu akibat obsesi aku dengan tempat ini. Tapi dah terlambat. ~ Zahed

TQ Kapten! ~ Qash Irdina

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halamannya di Cameron Highlands.

Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, mat perang itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’
Amboi, padu betul ayat dia!
“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla
Ayat orang tak nak kalah.

Mencari Jalan Pulang ~ Farah Adibah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hana Suziela… Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya.

“Zie… kau selalu cakap dengan aku, untuk apa kita hidup atas dunia ni kalau tak ada tujuan… Kau ikutlah aku, Zie…” – Mia.

Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya hakikat hidup yang sebenar.

“Kenapa dalam dunia ni ada kesusahan? Kalau Tuhan sayangkan manusia, Dia takkan biarkan kita ditimpa musibah, kan?” – Suzie

“Allah turunkan musibah tu sebagai satu bentuk ujian, untuk test siapa antara kita ni yang paling setia bergantung kepada Dia apabila ditimpa kesusahan.” – Uzai
“Awak tak rasa kejam ke Tuhan buat macam tu? Dia buat kita rasa susah semata-mata untuk uji kesetiaan kita.” – Suzie

Dendam Aduka ~ Faizul Rahim

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Janji terpateri, jangan pernah didustai!

Hanya kerana terkhilaf dalam memilih kawan, Syafa terheret dalam kancah sebuah dendam yang tersimpan puluhan tahun lampau. Tidur malamnya yang sering didatangi oleh mimpi-mimpi seorang wanita bernama Suraya, cukup membingungkannya. Rupa-rupanya, mimpi-mimpi itu telah membuka pekung sebuah kisah lampau yang sengaja dipadamkan daripada memori kehidupan Syafa oleh ‘seseorang’.

Ammar, rakan baik Syafa menyedari perubahan Syafa. Dia cuba membantu. Tetapi, entah di mana silapnya. Semakin dia mencuba, semakin Syafa menjauh daripadanya. Kemunculan Nizam semakin meruncingkan lagi kedinginan hubungan antara Syafa dan Ammar.

Dalam diam, dendam mula bersemai mekar dalam hati. Ada hati yang terluka dalam diam. Permainan bermula. Aduka hanya memerhati ‘drama’ yang sedang dimainkan. Dia tahu, kini tugasnya perlu diselesaikan segera. Dia yakin, sejauh manapun ‘pendusta’ itu melarikan diri, akhirnya pasti tersungkur bersujud memohon ‘keampunan’ daripadanya.

Cinderbella ~ Miss Elle

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Hana Abella, merasakan kisah dirinya mirip seperti Cinderella apabila ibunya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki. Yalah, usai saja ibunya berkahwin, dia terus dapat dua orang abang tiri. 

"Sah. Memang sah awak dah gila..." - Bella 
"Apa kau kata?! Aku gila?!" - Shah 

Kehadiran Shah dalam hidup Hana Abella membuatkan hidupnya huru-hara. Pantang berjumpa, mesti akan berkelahi. Tambahan pula apabila mereka tinggal sebumbung. Walaupun bergelar abang tiri kepada Bella, itu tidak bermakna pertelingkahan sesama mereka tamat. Ada saja yang tidak kena pada mata Shah. Namun begitu, ia tidak menghalang untuk Bella daripada terus melupakan cinta pandang pertamanya. Perkenalan dengan Daris Eduardo membuatkan hatinya sentiasa berbunga-bunga. Tambahan apabila disunting oleh lelaki itu untuk menjadi suri hatinya walaupun usia perkenalan mereka baru mencecah beberapa bulan sahaja. 

"Jom kita kahwin?" - Darius 
"Awak ingat senang ke nak kahwin? Semudah ABC macam tu?" - Bella 

Makmum Yang Tertinggal ~ Razlina Azura

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Tuduhan dan kata nista yang dilemparkan, membuatkan hati HANAN diserang rajuk. Lalu dia membawa diri ke Kuala Lumpur. Hanya dengan satu kebetulan, dirinya bertemu dengan SYED FALIQ. Pertemuan yang telah merubah keseluruhan hidupnya. Tatkala usia 19 tahun, dirinya terikat menjadi seorang isteri. Satu kejadian tak terduga telah terjadi kepada diri dan kemudian digantung tidak bertali bertahun lamanya oleh si suami. Kerana kesakitan itu, Hanan memenjarakan hati. Tidak sedikit pun tercuit dengan kehadiran MIKAIL. 

Namun berbeza pula bagi suaminya. Tidak pernah terfikir yang dirinya punya seorang isteri. Bahkan nama isteri yang dinikahi tidak pernah tersemat dalam kotak memori. Seraut wajah yang telah halal terhadapnya juga tidak pernah terukir di dalam minda. Tambahan pula berselindung di sebalik niqab di wajah. Membuatkan Syed Faliq telah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul. 

"Jangan buat saya macam ni. Tolonglah, encik!" - HANAN "Tak ada sesiapa yang nak datang tolong kau. Sebab aku kesiankan kaulah hidup aku jadi macam ni. Sebab aku nak tolong kaulah... Kau sanggup aniaya aku. Sekarang kau rasa diri kau layak ke nak minta tolong dengan aku?!" - SYED FALIQ Namun lima tahun selepas itu, kebekuan hati Hanan berjaya dicairkan oleh seorang pemuda. Bahkan seseorang yang terlalu rapat dalam hidupnya. Siapakah yang berjaya memenangi hati HANAN? Mikail atau SYED FALIQ?

Al-Quran Al-Karim Ar-Riyadh Perjuzuk ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM85.00 > RM74.80

Spesifikasi:
" Kulit Nipis (soft cover)
" Halaman Berwarna
" Kertas Simili
" Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu
" Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
" Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
" Doa Khatam al-Quran
" 3 Pilihan warna : Hijau, Biru & Ungu

Keistimewaan:
" Lengkap 1-30 Juzuk dalam naskhah berbeza. (1 Juz 1 Naskhah)
" Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan
" Terjemahan secara Per Kata pada setiap kalimah
" Kalimah yang tidak terpisah memudahkan pembacaan
" Penggunaan dwi warna (emas dan hitam) pada ayat untuk membezakan setiap kalimah
" Indeks al-Quran bertema mengikut abjad
" Info Tambahan:
Mu'jam (kamus Bahasa Al-Quran)
Asmaul Husna
Hadis Sahih
Asbabun Nuzul
Riyadus Solihin

Al-Quran Al-Karim Mushaf Waqaf & Ibtida' Perjuzuk B5 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM80.00 > RM70.40

Spesifikasi:
- Dilengkapi panduan Tajwid berwarna
- Rekabentuk kemas dengan pilihan warna yangpelbagai pada setiap juzuk Al-Quran
- Menampilkan keistimewaankhat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca
- Membahaskan ayat mengikut tujuh tema utama iaitu ibadah, muamalat, akidah,sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani.
- Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur)
- Setiap buku diasingkan dan dikhususkan kepada setiap Juzuk untuk pembacaan yang lebih mudah
- Didatangkan bersama kotak dengan pelbagai warna

Friday 14 September 2018

Lelaki Dingin ~ Rinsya Chasiani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Aku Riah, editor di syarikat penerbitan kecil. Pernah putus tunang sebab orang tu ada perempuan lain. Mulalah aku berangan nak kahwin dengan lelaki dingin sedingin salji kutub utara. Tak romantik pun tak apa, janji dia pandang aku seorang aje!

Ainal lelaki kacak. Kacak yang luar biasa! Jika ada orang mengatakan Ainal itu pelakon drama, aku amat percaya. Namun lelaki kacak tak semestinya bersifat sempurna.

“Hidup dia macam katak di bawah tempurung, sesuai sangat dengan kau!” – Kak Mia

Tapi...

“Nal, awak nak hantaran apa dari saya?” - Aku
“Saya nak jam tangan, baju Melayu, dan al-Quran.” – Ainal
“Habis, awak tak tanya saya nak apa ke?” – Aku
“Famili dah uruskan.” -Ainal

Cinta Untuk Nurain ~ Ayuna Asma

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Lima tahun berlalu, Umar Shafie menjaga Umairah Nurain dengan penuh kasih sayang. Tetapi permintaan Umairah untuk pengganti ibunya menyesakkan dada Umar. Cintanya masih untuk Annisa Nurain. Bertambah kusut bila ibu mentuanya meminta dia menerima Kayla, sepupu kepada Anis sebagai ibu baru Umairah.

Nurain Amna. Pekerja baru di syarikatnya. Kehadiran Nurain Amna di pejabat membuatkan dia kembali jatuh hati. Dia mula menyukai kesederhanaan gadis ini. Dia yakin, Amnalah perempuan yang akan menjaga Umairah dan membahagiakannya. Begitu juga dengan Amna. Dia juga mula jatuh hati pada Umar.

“Hati saya ni dah accident teruk. Calar balar sana sini. Sanggup ke bos terima hati yang
dah cacat ni. Sanggup ke bos sembuhkan luka-luka tu?”- Amna

“Saya memang betul-betul sukakan awak. Cinta saya pada awak takde brek tau! Jalan
terus je.” - Umar

Saat Amna ingin meluahkan rasa cintanya pada Umar, Kayla datang menagih kasih. Namun kejadian tidak diduga terjadi. Amna sedih dan kecewa. Umar pula menjauhkan diri.

Dinda Kanda ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dinda Andria. Nama bukan main sedap, tapi dia suruh orang panggil dia D saja.

"Jangan panggil saya dengan nama tu. Panggil saya D."
"Nama Dinda sesuai untuk awak. Awak pulak boleh panggil saya Qib. Tapi, kalau awak nak panggil saya kanda pun boleh. Dinda, kanda."
"Tunggu Malaysia turun salji kut baru saya panggil awak kanda."

Bagi Khairi Raqib, pencarian gadis misteri selama tiga tahun berakhir bila D muncul di hadapan matanya. Lidah jadi kelu, hati pula hanya Tuhan yang tahu. Yang jadi masalahnya, jantung D tak berdegup laju.

"D tu untuk apa?"
"Awak dah tahu nama penuh saya, kan? Masih lagi nak tanya D untuk apa?"
"Kalau bagi saya, d tu untuk darling. Ataupun dear."
"D untuk Dinda."

Jodoh Aku Ready Stock ~ Areej Airin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Hidup yang dulunya tenang mula huru-hara kerana Adam. Bunga diberi kata dua, carikan pengantin untuk Adam atau sama-sama naik pelamin dengan sahabat baiknya sendiri. Bunga diserang dilema. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Makanya dia ambil keputusan yang memihak kepada dirinya.

"Aku nak kau ikut permintaan umi. Aku nak kau kahwin." - Bunga Syauqina

Rancangan mencari pengantin untuk Adam bermula, tapi sayang seribu kali sayang, rancangan Bunga musnah. Di saat semuanya hampir gagal, muncul pesaing lama cuba merampas kehidupannya semula. Bunga mula menggelabah. Lili mengaku dia sudah berubah, tapi hati Bunga sukar mempercayai gadis itu lagi.

"Qina... aku dah berubah. Mustahil aku akan ulang lagi benda yang sama. Tolonglah percayakan aku." - Lili
"Kau berubah atau tak, aku memang takkan percayakan kau lagi. Once, it's a mistake but twice, it's a choice." - Bunga

99 Stress Free Wife ~ Shaza Baharuddin

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Lelaki dari planet Marikh. Perempuan dari planet Venus. Begitulah diibaratkan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan perempuan.

Allah SWT menjadikan lelaki dan perempuan berbeza fizikalnya. Tentu juga wujud perbezaan ketara dari segi emosi,perasaan, dan tabiat antara kedua-dua insan ini. Bayangkan kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini diletakkan bersama-sama di bawah satu bumbung, maka 'haru-biru' jadinya!

Buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sesebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk, dan tertekan dengan pasangan. Namun, percayalah.Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala-ala manja saja.

"...ALLAH CREATED THEM TO PERFECT ONE ANOTHER."
-AHMAD AL-SHUGARI-

Jahil, Log Out ~ Aqil Shariff

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Ada orang cakap,
mengungkap kata-kata kesat dan kasar itu style.
Membuka aurat itu fesyen.
Couple untuk suka-suka itu trend.
Jadi, nak cakap, menjadi penghuni neraka itu happy ending?

"Silalah berubah."
"Tak nak, malas ah."
" Kau tahu tak? Ramai orang muda mati sekarang,
Kau nak tau bila nak mati?"
"Bila?"
"Mungkin seminit lagi."

Terapi Kesihatan Mental ~ Dr. Abdul Latif Abdul Razak

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60
Menurut Imam Al-Ghazali, rawatan hati sangat penting dalam merawat tubuh yang sakit. Tambahan pula manusia sering diuji dengan pelbagai cara, daripada seringan-ringan hinggalah seberat-berat ujian. Kegagalan menguruskan ujian menyebabkan ramai terdedah kepada masalah mental.

Tafsir Mini Surah Al-A'la ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Tafsir Mini Surah al-A’la merupakan antara surah yang menjadi amalan bacaan Rasulullah saw dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat. Surah ini mengandungi intipati dan mesej yang sangat penting untuk diambil perhatian oleh orang yang beriman dan seluruh umat manusia.

Antara mesej yang disampaikan dalam surah ini ialah kita boleh melihat pada permulaan surah ini, Allah swt memberitahu kepada kita bukti-bukti kekuasaan-Nya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Kekuasaan Allah swt selaku Tuhan yang menguasai dan mentadbir seluruh alam semesta ini.

Ensiklopedia Nama-nama Anak ~ Dr. Muhammad Fauzi Yusuf, Sabariah Bakri

(SEM & SS) RM69.00 > RM60.70

Ensiklopedia Nama-nama Anak dilihat menyahut seruan Islam menerusi bidang penulisan. Informasi yang terkandung di dalamnya merupakan mutiara panduan buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. Koleksi nama yang bercirikan Islam sangat sesuai untuk disunting buat permata hati yang baru dilahirkan. Ia adalah satu bentuk transformasi dan penambahbaikan dalam usaha melahirkan generasi muttaqin