Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 29 November 2019

#TEARS Bidadari Yang Dirindu ~ Qisnur Harraz

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Benarlah hidayah itu milik Ilahi. Hidayah yang diperolehi Diana membuatkan dia serta-merta meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh dengan dosa. Dek penghijrahannya itu, Ejaz terbuka hati untuk menyunting Diana menjadi bidadari dalam hidupnya.

“I nak ambil you jadi isteri I.” – Ejaz

Diana tidak menyangka Ejaz sanggup melamarnya sedangkan Ejaz tahu siapa dirinya sebelum dia berhijrah. Terasa dirinya masih dihargai membuatkan Diana rasa terlalu bahagia. Usai bertunang, perhubungan mereka mula diuji apabila kisah silam Diana dipersoalkan.

“Kamu tak malu ke ada isteri yang dah rosak nama macam tu? Semua orang keji dia. Kamu sanggup terima?” – Puan Salmah

Walau mendapat tentangan daripada uminya, Ejaz tetap meneruskan pernikahannya. Tidak betah untuk dia meninggalkan Diana hanya kerana kisah silamnya. Ejaz yakin Diana sudah berubah sepenuhnya.

Bagaikan Langit Syurga ~ Akira Dorayaki

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hari ini aku melihat langit. Aku melihat langit sperti aku tidak dapat melihatnya lagi esok. Sama juga seperti kamu. Aku mahu melihat kamu seperti langit yang sentiasa tenang dilindungi awan. - ZAHIRI 

''Terima kasih, Abang Ri. Sebab sudi terima Fanna walaupun Fanna tak sesempurna mana.'' - FANNA AUDREY. 

Mengenali Zahiri memberikan harapan baru buat Fanna untuk meneruskan hidup. Belajar melupakan kenangan pahit bersama papa. 12 tahun dulu, lelaki pengecut itu telah melarikan diri dari rumah dan membawa adik bersama. Tinggalkan Fanna terkontang-kanting menjaga mama yang lumpuh. 

''Mungkin dia lupa. Langit tak selalunya cerah.'' - IMRAN ITISYAM.

Ujian datang membadai. Tanpa diduga, papa muncul kembali mendambakan kemaafan. Namun, semuanya tak sama seperti dulu. Adik yang dikasihi sudah menginjak remaja dan semakin memberontak. Paling mengejutkan, papa ada anak tiri bernama Imran Itisyam. Lelaki itu terlalu sinis dan punya ego stinggi langit! 

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini menerangkan amalan-amalan yang dilakukan selepas seseorang itu meninggal dan dikebumikan seperti adab dengan jenazah.

Turut disertakan perbincangan hukum-hakam seperti membaca al-Quran dan mentalkinkan mayat di kubur, juga hukum berkenaan wanita di tanah perkuburan. Setiap perbincangan dibawakan dengan dalil dan pendapat ulama.

40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.

Cikgu Multipurpose ~ Amla Mat Rawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!

Anak Gajet ~ Najmi Nawawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.

Friday, 22 November 2019

Biar Hanya Aku ~ Phidot

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

“Wh… wh… who are you…?”- Zahra 
“What do you want?”- Noh 

Kali pertama bertentang mata tajam Noh, Zahra sudah dapat menjangka kehidupannya bakal berubah 360 darjah. Mukanya tampan sampai tahap boleh terlanggar tiang lampu, tetapi sekali dia buka mulut, Zahra makan hati berhari-hari dengan setiap kata-kata berbisanya. 

 “I bagi you masa 20 minit untuk belikan I americano.” - Noh 
“Kalau I balik ke sini sebelum 20 minit tamat, what will I get from you?” - Zahra 

Noh, kalau boleh memang tidak dapat melihat Zahra berasa senang walaupun sekejap. Tak cukup mengarah itu ini, ke blind date Noh Zahra dibawa bersama, walhal Zahra sudah terang-terang tidak mahu. Namun apakan daya, Zahra cumalah PA lelaki sedingin Noh. Disebabkan Zahra, Noh menjadi seorang yang banyak bercakap ketika. Zahra pula, tanpa menyedari, mulai jatuh cinta dengan Noh. Namun, demi satu rahsia besar, dia terpaksa melupakan perasaannya sendiri. Dia lebih rela mengundur diri daripada kecewa di kemudian hari. 

Purnama ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan. 

''Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati...'' - Purnama Nilam. 

''Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan.'' - Afifah. 

Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji. 

''Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu...''

Tidak Kulepaskan ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Dek hendak sangat mendapat tugasan yang lain daripada lain, Shou si penyiasat persendirian, menerima kerja untuk mendekati Juli Lorelei Mediha. Baru hendak memikat si cantik itu, Juli kemalangan, langsung amnesia. Dalam ingatan baru Juli yang palsu itu, Shou adalah kekasihnya yang satu. Hendak dinafikan, Tok Ayah Ali pula mendesak Shou supaya terus berlakon menjadi kekasih Juli. Dalam terpaksa, Shou rela.

''Berikan setia you kepada i seorang.''
Tujuh hari berada di sisi si cantik kacukan Melayu dan Jerman itu membuatkan hidup seorang Shou menjadi huru-hara. Campur pula dengan adanya Shireen, si sepupu yang menjadi calon pilihan nombor satu emak untuk dijadikan menantu. Ada pula musuh yang mengintai dan menanti mereka tersalah langkah. Lagi haru apabila ada hantu. Tetapi, yang paling Shou bimbangkan ialah hatinya sendiri. Takut ada cinta buat Juli si penggoda. Cinta yang akan berakhir andai amnesia Juli pulih.

Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini memaparkan kisah-kisah beberapa makhluk akhir zaman yang disifatkan sebagai makhluk misteri. Bermula daripada para wali Allah, diikuti dengan Nabi Khidir AS bersama Nabi Musa AS dan Raja Zulkarnain yang dikaitkan dengan perkara pelik atau ajaib. Iaitu ‘Air Kehidupan’. Buku ini juga membongkar sipakah tokoh-tokoh Ashab Al-Rayati Al-Sud, Ikhwan, Rugaqa’, Wali Abdal.

Pemuda Bani Tamim dan lain-lain, Mereka akan bergabung dengan Al-Mahdi dan Nabi Isa berperang dan membunuh Dajjal. Selain pejuang Islam, Terdapat juga penentang Islam yang muncul pada akhir zaman kelak, iaitu Al-Sufiyani yang bersifat ganas dan berjuang bagi menyediakan sistem Dajjal. Ketika itu terjadinya pertembungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim menentang Al-Sufiyani dan Dajjal. Ia berakhir dengan turunnya Nabi Isa AS dari langit membunuh Dajjal. Nabi Isa AS menggantikan Al-Mahdi sebagai khalifah, setelah kewafatan beliau. Dunia ketika itu aman dan makmur. Kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj. Segala kisah berkaitan makhluk ini dikupas secara mendalam dalam buku ini.