Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 31 December 2021

Setiap hari ada ilmu baru


Keep on learning gais 💪💪💪

Setiap hari pasti ada ilmu baru Allah akan berikan pada kita.

Lillah Sebelum Lelah ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Bab 1: Mengapa Kita Susah Lillah?
b. Kikir dan Sangat Berkira
c. Keinginan Mengejar Populariti
d. Mudah Marah dan Kurang Sabar
e. Suka Mengeluh dan Tidak Ikhlas
f. Kerana Cinta Dunia, Lupa Akhirat

Bab 2: Inilah Lapisan Bismillah
a. Menjadi Titik Permulaan Tawakal
b. Menjadi Benteng dalam Setiap Tindakan
c. Menjadi Curahan Kasih Sayang-Nya
d. Menjadi CCTV yang Tersembunyi

Bab 3: Masanya Menginsafi Istighfar
a. Nafsu yang Terselindung
b. Kebaikan-kebaikan yang Melalaikan
c. Wajah Kesolehan yang Menipu

Bab 4: Bersusah Payah adalah Sunatullah
a. 7 Mitos Perihal Kejayaan
b. Bakat Sahaja Tidak Mencukupi

Biarlah Aku Buat Maksiat Pun Yang Penting Aku Masih Beriman ~ Mohd Aizam Mas'od

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Ada di antara mereka yang mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan ada yang menunaikan haji.

Namun, mereka juga membuka aurat, menipu, mengambil rasuah, memaki hamun, minum arak, berzina bahkan menentang beberapa hukum Allah yang mereka tidak suka.

Mereka percaya mereka beriman. Bagi mereka, iman di dalam hati hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Mereka percaya, mereka juga akan menjadi ahli syurga.

Adakah apa yang mereka percaya ini benar mengikut pandangan Islam?

Buku ini adalah kajian ilmiah yang dijalankan oleh penulis dalam mengupas fenomena Irja’ yang berlaku dalam kalangan ummat Islam khususnya di Malaysia.

Penulis mengupas secara terperinci dan padat mengenai fahaman seperti sekularisme, kapitalisme, humanisme, hedonisme dan kesannya kepada iman ummat Islam. Penulis juga mengupas berdasarkan kes-kes sebenar di Malaysia melibatkan ummat Islam yang mengenepikan amalan sebagai sebahagian dari Iman.

Jalan Puaka ~ Rumie, D. Rafael, Azmeer, Zaifu Zaman Ahmad

(SEM & SS) RM27.90 > RM27.00

JALAN LAMA - Rumie
Hayati yang kerasukan dibawa suaminya, Faris dan adiknya Ahmad untuk berubat di rumah Ustaz Omar. Malang apabila laluan biasa kesesakan hingga memaksa mereka menggunakan jalan lama. Detik pertama mereka mengharungi jalan tersebut, satu persatu gangguan yang menyeramkan melanda hingga kereta yang dinaiki terhumban ke dalam curam. Masing-masing terperangkap tiada jalan keluar, Lebih menggerunkan sesuatu bersifat kejam sedang memburu nyawa mereka di situ! Siapa yang terselamat dan siapa pula yang bakal menjadi santapan penunggu jalan lama itu?

JANJI - D. Rafael
Setiap malam terdengar seperti ada seseorang sedang menyapu dedaunan kering di halaman rumah milik Hajah Aksah. Persoalannya siapakah yang melakukan kerja-kerja seperti itu di tengah-tengah malam yang sunyi?

MAMA - Azmeer Shah
Sebuah organisasi rahsia memilih Kyra sebagai ibu 'tabung uji' untuk kandungkan benih ciptaan manusia bai merealisasikan matlamat mereka untuk melahirkan seorang janin yang akan kuasai dunia. Namun, kematian Kyra melahirkan satu makhluk baru bersifat kejam. la' bakal menjadi peneman Lily sampai mati.

RUMAH UNTUK DISEWA - Zaifu Zaman Ahmad
Adam dan Intan akhirnya berjaya mencari sebuah rumah sewa. Namun ada sesuatu yang menanti pasangan itu tapa disedari oleh mereka.
"Yang pak cik dengar dia orang tak tahan duduk di dalam rumah tu," ujar Dollah.

SANGKAR - Muhammad Fatrim
Uqasha terperangkap dalam sebuah sangkar pemerdagangan manusia bersama adiknya Izaq. Hari demi hari Uqasha perlu bertahan hidup atau dia dan adiknya dibawa keluar untuk dijadikan korban penjualan organ. Mampukah Uqasha dan Izaq bertahan dan tidak menjadi korban? Apakah ada harapan untuk mereka keluar dari sangkar durjana tersebut? Dan, benarkah kanak-kanak yang diumpan keluar menjadi korban penjualan organ? Atau...

Misteri Nyi Roro Kidul ~ Ibnu Ibrahim At-Tawari

(SEM & SS) RM29.90 > RM29.00

Nyi Roro Kidul dipercayai ratu ghaib penguasa Laut Selatan. Paras cantiknya digambarkan sebagai makhluk jahat yang sedia meminta korban sesiapa sahaja pelanggar pantang dan larangan di Pantai Selatan, tetapi ada juga anggapan bahawa Ny Roro Kidul merupakan penguasa ghaib yang sedia menjaga tanah Jawa lebih-lebih lagi Yogya dengan bala kekuatannya. Banyak versi yang menerangkan tentang jati diri Ny Roro Kidul. Ada yang mengatakan Ny Roro Kidul merupakan keturunan-keturunan Raja Airlangga dari Kahuripan termasuk Raja Kediri Jayabaya. Ada pula cerita mengatakan bahawa Ny Roro Kidul merupakan puteri mahkota Kerajaan Galuh yang pernah hidup pada abad ke-13.

Namun yang paling terkenal dipercayai Ny Roro Kidul merupakan puteri Kerajaan Pakuan Pajajaran. Raja bernama Raja Prabu Siliwangi memiliki rami anak, salah seorangnya bernama Puteri Kandita yang sangat cantik mewarisi sifat ayahnya yang bijaksana. Raja Prabu Siliwangi sangat menyayangi Puteri Kandita dan sewaktu Puteri Kandita beranjak dewasa, beliau menjadi pewaris tunggal Kerajaan Pakuan Pajajaran. Namun keputusan Raja Prabu Siliwangi itu ditentang oleh anak-anak juga gundiknya. Hingga pada suatu hari para gundi dan anak-anak Raja Prabu Siliwangi berkumpul untuk menyusun rancangan bag menyingkirkan Puteri Kandita. Seorang penyihir sakti ilmu hitam pun dilibatkan untuk mengeluarkan Puteri Kandita dari istana Pakuan Pajajaran. Akibat sihir tersebut, Puteri Kandita menderita penyakit kusta dan tubuhnya dipenuhi kudis dan kurap yang - mengeluarkan bau busuk. Raja Prabu Siliwangi merasa sedih dengan penyakit yang dideritai anak kesayangannya itu. Tabib istana dilibatkan, namun tidak ada scorang pun yang berjaya menghilangkan sihir jahat tersebut.

Dendam Berbunga Cinta ~ Cempaka Meerniz

(SEM & SS) RM28.90 > RM28.00

Kematian kedua orang tua Rina telah menghidupkan semangatnya untuk membalas dendam kematian mereka. Dia menjadi pelakon handalan di pentas dunia demi melaksanakan dendam kesumatnya. Rina telah meletakkan dirinya di dalam kancah hidup yang penuh dengan dendam. Orang Kaya Bakar adalah dalang pembunuhan yang tragis itu namun Rina perlu mendapat bukti yang sahih. Rina telah menghancurkan institusi kekeluargaan di dalam keluarga Orang Kaya Bakar.

Arman dan Rizal telah menjadi ratahan amarahnya. Namun, Rasydan tidak mengugat dendamnya. Akhirnya Orang Kaya Bakar telah diseretkan ke mahkamah dengan tindakan bijak Rina. Rina telah mendapatkan semula empayar kekayaan orang tuanya. Namun, di sebalik dendamnya itu, cinta terhadap Riza] sudah mula berputik. Kehebatan perasaannya telah menyeretkannya ke arah hubungan yang lebih serius dengan Rizal. Dia mencintai anak pembunuh orang tuanya. Apakah hubungan itu mendapat tentangan atau pun akan berakhir dengan kebahagiaan?

Jangan putus asa wahai ibu


 Jangan mengalah wahai ibu-ibu diluar sana. Kita Ada Allah untuk meminta.

Buku: Siti Nadzrah Sheh Omar. 2017. Membina Keluarga Profazz 2. Profazz Media. Selangor.

Hamparan permaidani kenderaan Nabi Sulaiman a.s.


Ifrit, iblis, jin, angin, binatang semua tunduk pada kekuasaan Nabi Sulaiman a.s. Dia Nabi yang dikurniakan Allah mukjizat lain berbanding yang lain.

Nabi Sulaiman memahami & mengerti apa yang dibicarakan oleh setiap makhluk di muka bumi. Baginda mampu menundukkan sesiapa sahaja dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya dalam menyebarkan Islam.

Monday 27 December 2021

Taubatku Untuk Siapa? ~ Ibnu Jauzi

(SEM & SS) RM32.00 > RM31.00

Buku “Taubatku untuk siapa?” ini merupakan huraian daripada kitab Bahr ad-Dumu’ (lautan air mata). Bahr ad-Dumu’ merupakan salah satu karya agung ulama terkemuka suatu ketika dahulu, Ibnu Jauzi. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan.

Di dalam buku ini, Ibnu Jauzi mengetengahkan pelbagai jenis maksiat yang sering dilakukan oleh manusia. Beliau juga menasihati pembaca dengan menggunakan pendekatan yang persuasif dengan menyampaikan banyak kisah-kisah orang berdosa yang bertaubat. Kisah-kisah ini menunjukkan tentang bagaimana mereka tenggelam dalam lautan air mata mereka sebagai bentuk penyesalan atas kehidupan mereka yang sia-sia.

Daripada kisah-kisah ini, cukup untuk menjentik hati pembaca tentang betapa mendalamnya ketakutan orang yang bertaubat itu akan dosanya dan pembalasan di hari akhirat kelak.

Antara Kandungan:
BAB 1 : Waspadalah, Wahai Tawanan Dunia.
BAB 2 : Waspadalah dengan Kematian.
BAB 3 : Berhati-hatilah, Wahai Penikmat Dosa dan Maksiat
BAB 4 : Wahai Orang-Orang yang Lalai, Sedarlah!
BAB 5 : Bacalah Lembaran yang Penuh dengan Nasihat-Nasihat yang Bijak.
BAB 6 : Bersegeralah Mencapai Akhiratmu.
BAB 7 : Akibat Pandangan yang Liar
BAB 8 : Sedikitnya Bekalan yang Kita Bawa Sedangkan Perjalanan ini Masih Jauh.
BAB 9 : Perjalanan Dunia Menuju Akhirat.
BAB 10 : Wahai Manusia yang Berhias dengan Pakaian Ibadah dan Zuhud.
BAB 11 : Berlumba Demi Dunia.

Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi, Hasrizal Abdul Jamil, Zamri Mohamad

(SEM & SS) RM43.00 > RM41.00

Bahagian 1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur
Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup.

Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup
Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama.

Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri
Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.

Thursday 16 December 2021

Dapatkan BUKU PERCUMA & DISKAUN Sempena Promosi Akhir Tahun 2021


PROMOSI JUALAN AKHIR TAHUN KEMBALI LAGI 🎺🎺

DAPATKAN SEMUA BUKU PADA DISKAUN 10% 😍

DAPATKAN JUGA BUKU PERCUMA BERNILAI RM40 BAGI SETIAP PEMBELIAN MELEBIHI RM200 😍😍

PROMOSI BERMULA 19/12/2021 - 26/12/2021

PROMOSI BERLANGSUNG DI SEMUA SOSIAL MEDIA BOOKSVILLE & BLOG 

FREE GIFT TURUT DIBERIKAN UNTUK PEMBELI BERTUAH 💞💞

Ekspresi Cinta Dareem Dzikri ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM34.00 > RM33.00

Tya Zaznira... 
Kesalahan terbesarnya adalah jatuh cinta dengan si duda anak satu yang dingin, muka ketat dan ego. Terutamanya dengan kaum hawa. Apa saja Tya sanggup lakukan demi menarik perhatian Dareem. Tapi sayang, sebelah mata pun Dareem tak sudi nak pandang. 

“Saya nak awak tahu... hati saya dah ada pemiliknya. Dah tak ada ruang untuk orang lain.” - Dareem Dzikri 

Kecewa yang bukan sedikit telah membuatkan Tya nekad berhenti kerja. Membawa diri yang terluka dengan kebodohan sendiri. Orang tak sudi, dia yang terhegeh-hegeh. 

Dareem Dzikri... Walau mulut berkata benci, namun hatinya huru-hara di saat Tya tiada di depan mata. Lantas Tya dijejaki. Sayangnya Tya bakal menjadi milik Ku Ayim. Tapi, takkan Dareem nak lepaskan cinta hatinya ke tangan orang lain? Tya hanya milik dia! 

“Saya tak sanggup kehilangan awak, Tya.” - Dareem Dzikri 
“Saya bakal berkahwin tak lama lagi.” - Tya Zaznira 
“Awak sepatutnya menjadi milik saya.” - Dareem Dzikri 

Apabila Dareem buat perangai, Tya pula yang pening kepala. Hatinya memang milik Dareem. Cintanya hanya untuk Dareem. Tapi bagaimana pula dengan Ku Ayim? “Saya janji akan bahagiakan awak sehingga ke akhir nafas saya. Bahagia awak adalah nadi cinta saya.” - Ku Ayim

Hate Me Not ~ Miss Cactus

(SEM & SS) RM32.00 > RM31.00

“Saya bukan bini awaklah nak serve bagai.” 
“Boleh aje kalau nak jadi bini saya. Saya kosong lagi.” 

Huru hara hidup Kila disebabkan seorang lelaki bernama Haliman. Lebih sadis lagi bila Haliman itu merupakan jiran sebelah rumahnya a.k.a duda hot yang dikatakan Mega teman serumahnya. Wujud pula Adam dan Hawa yang menambahkan perencah dalam sengketa antara mereka. Tapi itulah… Orang kata jangan terlalu membenci takut nanti hati terikat mati. Sekelip mata duda poyo berubah menjadi romeo. 

Kila tak ketemui ruang nak menyorok dari Haliman. Lagi mengelak lagi Haliman mendekat. Bila aura cinta Haliman mula mengelilingi Kila... Muncul Tiara ibu kandung Adam dan Hawa yang mahu bersama dengan Haliman semula. Muncul pula Tengku Mikael dan Tengku Mila yang semakin merumitkan kisah cinta antara Kila dan Haliman. 

Tapi… Tak mudah Haliman mengalah. Sekali dia kata suka memang dia akan pastikan terikat mati dengannya. Kelakar… Romantik… Sedih… Semuanya cukup rencah untuk menjadikan Hate Me Not ini naskah yang patut anda miliki.

The Richest Man in Babylon (Edisi Bahasa Melayu) ~ George S. Clason

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

“Cahaya mentari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan, dan akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia”
- Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.

Ribuan tahun sudah berlalu. Para Babylonian tidak hanya meninggalkan serpihan sejarah kota yang penuh kegemilangan untuk kita kenang, malah ilmu kewangannya yang mantap untuk kita fahami dan amalkan. George S. Clason berjaya memecah rahsia kekayaan para Babylonian lalu memuatkannya ke dalam naskhah ini. Menerusi gaya penceritaan yang mudah, naskhah bestseller sepanjang zaman ini akan mengacu perjalanan kita bagi mencapai segala impian, dan kemahuan dalam hidup.

Diangkat sebagai karya klasik moden, buku ini menawarkan penyelesaian bagi kita yang mahu keluar dari kepompong masalah kewangan, seterusnya menjadi kaya dan berjaya.

Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera.

 

Bintang di Hati ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Dari kerana pandangan mata, tumbuh perasaan cinta di hati Anne buat Ammar. Namun malangnya lelaki yang dipuja, rupa-rupanya milik adik sendiri. Bermula dari situ, Anne mula bersikap dingin kepada Ammar demi kebahagiaan si adik. 

“I tahu you tak sukakan I.” - Ammar 
“Baguslah kalau you tahu.” - Anne 

Namun tiada satu pun manusia yang dapat melawan takdir Allah. Annis menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Demi satu permintaan, majlis perkahwinan tetap diteruskan tanpa Annis. 

“I tak pandai nak jaga you macam mana lepas ni.” - Anne 
“You tak perlu jaga I. Biar I yang jaga you.” - Ammar 

Sikap Ammar selepas berkahwin membuatkan Anne keliru. Ammar berubah menjadi seorang penggoda kelas satu

“Tolong bagi I bernafas sekejap.” - Anne 
“Nak I buat CPR?” - Ammar 

Walaupun ada cinta di hati Anne tetapi dia tidak dapat menzahirkan rasa itu untuk Ammar. Apatah lagi setelah Annis kembali menagih cinta Ammar. 

“Dia cakap apa? Kenapa abang diam?” - Anne 
“Dia nak abang semula.” - Ammar 
“I mengaku I dah buat silap sebab tinggalkan you dulu. I menyesal.” - Annis 

Mampukah perkahwinan mereka yang dibina atas dasar permintaan orang tua, bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang berlandaskan rasa cinta? Adakah Anne akan pertahankan perkahwinannya dari gangguan Annis?

Bukan Begini Sikap Rasulullah! ~ Dr. Ahmad Sanusi Azmi

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Bagaimana kita menyantuni insan di sekeliling kita?
Adakah kita benar-benar menyantuni atau mengabaikan mereka?
Bukan Begini Sikap Rasulullah!
Jadi, bagaimana Rasulullah menyantuni insan di sekelilingnya?

Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis mengenai isu kontemporari berpandukan hadis-hadis terpilih, selain catatan nota bimbingan buat masyarakat Muslim dalam menjalani harian mereka.

Karya ini berusaha mematuhi kriteria pemilihan hadis yang boleh dijadikan sandaran (iaitu hadis sahih dan hasan). Namun sekiranya terdapat hadis yang dhaif, ia adalah rujukan dalam ruang lingkup yang dibenarkan melalui kriteria yang ditetapkan oleh al-Imam Ibnu Hajar.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sun Tzu Art of War (Edisi Bahasa Melayu) ~ Wang Xuanming

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan.

Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan.

Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

Wednesday 15 December 2021

Rahsia Tulisan Al-Quran ~ Dzulkhairi Mohd Noor

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Ejaan dan tulisan al-Quran salah dan bercanggah?

Mengapa ejaan dan tulisan bagi perkataan yang sama dalam al-Quran berbeza-beza?

Mukjizat agung ini dapat dinikmati keistimewaannya melalui pembacaan, tafsir, hikmah, dan termasuklah tulisan. Semuanya penuh hikmah dan rahsia di sebaliknya.

Karya ini membongkarkan rahsia di sebalik keganjilan ejaan dan keunikan tulisan kalimah dalam al-Quran yang memukau.

Sun Tzu: Art of Business (Edisi Bahasa Melayu) ~ Wang Xuanming

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh. Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.

GRIT (Edisi Bahasa Melayu) ~ Angela Duckworth

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Mengapa orang yang mempunyai bakat sering gagal mencapai potensi mereka sementara orang lain yang tidak terlalu berbakat pula dapat meraih begitu banyak pencapaian yang menakjubkan?

Dalam karya yang harus dibaca oleh sesiapa sahaja yang mahukan kejayaan ini, Angela Duckworth yang juga seorang ahli psikologi membuktikan bahawa rahsia sebenar bagi pencapaian yang luar biasa bukanlah bakat, tetapi gabungan istimewa antara minat dan kegigihan yang disebut sebagai ‘ketetapan pendirian’ (grit).

Berdasarkan kajian, temu bual bersama individu-individu berprestasi tinggi, serta pengalaman beliau sendiri, Duckworth menunjukkan bahawa kecenderungan kita untuk bergantung penuh pada bakat semula jadi itu adalah salah; dari segi pencapaian, yang lebih utama adalah usaha yang kita lakukan dan tindak balas kita terhadap tekanan dan cabaran.

Ketetapan pendirian ini dapat dipelajari sekali gus ia memberikan rumusan baru bagi kejayaan berbentuk individu ataupun kolektif.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Apa Itu ‘Grit’ dan mengapa Ia Penting?
Bab 1: Menghadirkan Diri
Bab 2: Terpengaruh dengan Bakat

Ziarah ke tempat kaum yang dilaknat Allah


Kaum 'Aad, Tsamud, Luth, Firaun, Madyan adalah antara kaum yang dilaknat Allah. Mereka banyak melakukan kerosakan pada bumi & manusia.
Sebaik azab Allah ditimpakan pada mereka, kawasan tempat tinggal yang dibanggakan menjadi padang jarak padang tekukur. Mayat mereka bergelimpangan tidak bernyawa & ada yang diterbalikkan ke dalam tanah kerana kekufuran mereka.

Untuk yang berziarah ke sini, ikutlah peringatan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Perit Menjaga Jodoh Orang


Jika sudah berkenan, lekas-lekaslah masuk meminang... 💕💕
Buku: Ya Tuhan, Aku Mahu Move On

Tuesday 14 December 2021

Hati Yang Memanggil Namamu ~ Hanah Rishas

(SEM & SS) RM34.00 > RM33.00

Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita. 

“Perempuan tu… Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!” – Engku Fadzlan 

ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi? 

“Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan ‘Humairah’ kami.” – Haikal 
“Dia… Di mana?” – Humairah 
“Hilang.” – Haikal 

Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya! 

“Aneh, kan? Kami… Sama. Saya dan Ara… Seolah-olah orang yang sama.” – Humairah 

Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya. Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati!

Noda Cinta Semalam ~ Aulia Iman

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Kematian cinta pertamanya membuatkan Amileya menutup pintu hati daripada bercinta lagi. Meniti usia dewasa, keluarga bersetuju menjodohkan Amileya dengan Iskandar agar sebaris nama yang cukup dibenci, luput dari ingatan si anak. 

“Saya akan rawat hati awak Leya. Cuma beri masa dan buka ruang untuk saya masuk dan ubatinya.”- Iskandar 

Ternyata, bukan Iskandar yang berjaya mengikis sebaris nama itu sebaliknya seorang ketua syarikat berstatus suami orang, Adrian.

“Saya yakin! Lambat atau cepat, hati kita akan tetap bersatu. Percayalah.”- Adrian 

Ternyata, dua hati bersatu dalam satu rasa namun cinta sahaja tidak cukup kuat menyatukan dua jiwa. Adrian ialah suami kepada wanita lain dan sudah tentu Amileya tidak tega menjadi perampas kebahagiaan insan lain. Amileya cuba berdamai dengan ketentuan Tuhan kerana perkahwinan dengan Iskandar tetap akan berlangsung.Tanpa disedari, satu kejutan membuatkan hati Amileya mula berbelah-bahagi sebelum remuk berkali-kali. 

“Kita boleh berkahwin dan dapat anak seorang dua sebelum kita berpisah. Saya janji akan beri nafkah dan serahkan hak jagaan anak kepada awak. Boleh, kan?"- Iskandar 

Amileya terpaku, ikut kata hati, dia tidak mahu memperjudikan masa depannya. Di kiri suami orang, di kanan, pula belum disatukan sudah menyebut kata perpisahan. Apakah ternyata dia hanya mampu hidup dalam kenangan cinta semalam?

Bitter Sweet Mr. Batrachius ~ Pynat Mouri

(SEM & SS) RM29.00 > RM28.00

Jahat atau baik… Aku pilih yang tengah-tengah! 

Nama asal diberi, Madihah Sofie. Nak glamor punya pasal, dia tukar jadi Maddy. Daripada ke hulu ke hilir dengan selipar jamban, sekarang dia dah sarung kasut tumit tinggi tau. Dulu, pakai tudung pun senget benget aje, sekarang, huh, dah terbang terus tudungnya! Barulah nampak moden, kan? 

Adi Miyaz pula, lelaki yang budiman. Tapi perangai budimannya sudah kurang sukatnya bila bersama wanita sengal itu. Serik. 

“Eh... Muka awak memang tak ada hidung ke? Dari tadi bertutup rapat. Mana aci awak nampak muka saya tapi saya cuma nampak kepala lutut awak tu saja. Itu dikira aurat lelaki tau! – Maddy 
“Kau pun lain kali jangan pakai skirt. Anjing boleh pengsan tengok betis besar macam tu. Silap-silap biawak pun boleh mati kena hempap.” – Adi 

Sampailah satu hari bila tulisan Maddy yang semberono memfitnah sebuah pusat jagaan orang tua tersebar luas, Adi tak dapat sabar lagi. Keberanian nak menulis itu dah bagus, tapi sayang kisahnya palsu! 

“Tulislah perkara yang betul. Bukan membabi buta tekan enter. Faham! Disebabkan perangai rakus kau mengejar populariti dan pujian, kau nyaris-nyaris tergadai nyawa. Tolong delete cerita kau tulis tu. Jangan cari masalah, Madihah.” – Adi 

Cinta Berganti Nyawa ~ Hannaz

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun lamanya. 

Yasmin jadi paranoid sehinggakan dia lebih gemar berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui punca dia didendami Syed Amran. Betullah kata orang, cinta itu tak semestinya memiliki. Cinta itu perlukan pengorbanan walaupun cinta itu berganti nyawa. 

Benar… Jodoh, pertemuan dan ajal di tangan Tuhan. Antara Yasmin dan Nash, siapa yang perlu berkorban? Dan Syed Amran… Adakah dendamnya terbalas? Ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah sudah aturkan segala yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Sempurnanya Aku Denganmu ~ Azraq

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Terima kekurangan sebagai keistimewaan… 
Permulaan kisah mereka tidak seindah yang disangka. Dek kecuaian ketika memandu, membawa Ulwan Kamal tersadai di Perak sebulan lamanya untuk mengotakan janji yang dibuat tanpa berfikir panjang. Namun terselit hikmah besar membuka ruang buat dirinya untuk kembali kepada fitrah daripada seorang lelaki yang mengambil mudah soal agama kepada pemuda yang sangat menghargai nikmat hidup bertuhan. Beberapa bulan telah berlalu. Kini Kamal kembali ke sana semula dengan satu matlamat. Misi itu mesti dilaksanakan segera. 

“Nabi pesan kalau sayang seseorang kena bagi tahu orang tu. Takkan awak tak pernah dengar hadis ni?” – ULWAN KAMAL 
“Hadis tu bukan pakai kat awak. Awak bukan suami atau saudara saya nak kabo sayang bagai.” - LATEEFA 
“Laaa… Awak tak tahu ke?” – ULWAN KAMAL 
“Tahu apanya?” - LATEEFA 
“Saya ni memang bakal suami awak.” - LATEEFA 

Setelah segala halangan ditempuhi, akhirnya Kamal dan Lateefa berjaya disatukan. Belum sempat puas memeluk bahagia, akhirnya tugu cinta mereka rebah ke bumi. Lateefa pergi tak kembali, meninggalkan Uwais yang lahir atas bukti cinta sejati mereka berdua. Masa berganti masa, tahun demi tahun berlalu menyaksikan keperitan Kamal tanpa cinta pertamanya. Jiwanya kosong tak berisi. Namun munculnya kembali cinta pertama itu merenjatkan segala sarafnya. Terlalu banyak yang hilang pada wanita itu. Tak terjangka. Lebih memilukan apabila rahsia yang lebih besar terbongkar. Tidak! Wanita itu miliknya, dahulu, kini dan selamanya. Dia takkan biarkan! 

“Awak dah curi hati saya dari hari pertama saya terlanggar awak kat tepi jalan dulu. Masa tu la hati saya dah jatuh tergolek pada awak.” 
“Loya pula tekak awok mendengonya.” 

Dan sejak itu, hidup Uwais pula menjadi huru-hara. Bagaimana dengan Uwais? Bagaimana dengan anak kecil yang tidak pernah tahu erti kesempurnaan cinta itu? Terkorbankah perasaannya di sela kebahagiaan Lateefa dan Kamal?

Dalam Rintis Hujan ~ Liza Nur

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Dalam rintis hujan, Mirza setia menanti wanita yang berjanji untuk memayungi dirinya dengan kasih sayang. Namun, hampa belaka. 

“… Mak dah janji nak ambik Mir! Mana mak Mir?” 

Saat dia dipertemukan semula dengan wanita kesayangannya, dia digesa memilih antara ‘emak’ dan ‘mama’. Namun, Mirza nekad tidak mahu melepaskan kedua-duanya. Dalam ribut permasalahan keluarga yang belum tenang, cinta si Hawa yang seorang ini pula datang bertandang. Terketar hatinya. 

“Jiwa klasik? Apa maksudnya tu?” 
“Kalau saya suka seorang perempuan tu, saya tak ajak keluar. Saya beli pisang suruh dia buat cekodok.” 

Mirza terus dibuai rasa tanpa menyedari ada jiwa lain yang sebenarnya terluka. 

“Lepas Mel belajar lepaskan abang, baru Mel tahu hargai diri Mel sendiri, bang.” 

Ah, kacau! Dia dipaksa memilih lagi dan kali ini antara dua wanita dalam persalinan pengantin di depannya. 

“Sekarang saya dah sedia jadi isteri awak. Saya sanggup korbankan semuanya demi awak.”-Ana Sofiya. 
“Abang tahu hadis ‘payung emas’ untuk wanita bermadu tu hadis palsu, kan?” – Melissa. 
Dan tika hatinya memilih, dia nekad untuk mencintai dan setia sehingga ke titik noktah hidupnya.

Taqwa Insan: Martabat Dan Harga Diri ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Buku ini merupakan kesinambungan daripada karya Celupan Jarum Kecil di lautan Ilmu al-Quran melalui siri Nasihat Qurani. Lebih manis lagi, penambahan inti pati karya ini dilakukan semasa penulis sedan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru - baru ini. 

Kesempurnaan dan kemuliaan baai setiap Mukmin ditentukan berdasarkan nilai ketaqwaan. Suatu sifat yang aangaat penning bagi menentukan martabat diri manusia di sisi Allah SWT dan menetapkan harga diri meraka berdasarkan imam, Islam, dan ihsan.

Katakan Cinta ~ Emy Roberto

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

“I don’t care how you’re gonna do it, but convince her to marry me.” - Jeyhan

JEYHAN JAZLEY, ahli perniagaan yang sangat ramai peminat dan juga ramai musuh. Single & available.

MIA LUNA, doktor pakar yang satu-satunya anak papa, ditatang bagai minyak yang penuh. Single but not available.

Mereka diatur untuk dikahwinkan. Bagi Jeyhan, apa pun yang terjadi, dia memang mahukan Luna sebagai isterinya. Bagi Luna pula, dia tak kenal Jeyhan, bagaimana mahu berkahwin dengan lelaki itu. Lagi pun, dia sudah ada Haris.

“Masalahnya, saya tak nak kahwin dengan awak, Jeyhan.” – Luna
“Tak kisah masin macam mana pun awak bancuh teh, saya masih nakkan awak.” - Jeyhan

Pelbagai cara Luna lakukan untuk menolak tapi di akhir cerita, dia terpaksa juga akur. Melepaskan Haris untuk menjadi isteri Jeyha. Dan hidup sebumbung dengan Jeyhan, tidaklah teruk sangat. Layanan baik Jeyhan mengubah rasa benci Luna menjadi sebaliknya. Dia sudah mampu lupakan Haris.

Eksklusif Untukmu ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

“Kahwin dengan stranger. Agak-agak malam pertama I selamat tak?” – Laila Qaisara
“I bukan stranger lagi, Laila.” – Aiman Iskandar

Laila dan Iskanar, kisah mereka bermula di bumi New York. Berkahwin di perantauan atas restu keluarga dan perkahwinan mereka cukup rencah bahagia.

“You jangan manjakan I sampai tangan I lupa nak berfungsi, Is.” Laila Qaisara
“Tangan you berfungsi dengan sempurna ketika ini, baby.” – Aiman Iskandar

Namun, di sebalik bahagia yang membukit, rumah tangga mereka diancam bahaya.

“Dia dah bosan dengan you, Laila. And you are no longer exist.” – Suraya
“Perkahwinan tanpa kejujuran bukan sesuatu yang eksklusif, Aiman Iskandar.” – Laila Qaisara

Kecewa dengan Iskandar, Laila bawa diri pulang ke Malaysia. Lama berpisah, takdir kembali

Dahlia ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Bila si garang Dahlia bertemu si lara Aly...

“Orang potong queue ni memang tak ada manner. Bukan you je lapar. I pun sama. Jangan sampai I makan you.” – Dahlia
“I suka je kalau orang cantik macam you makan I. Kenyang setahun.”- Aly

Pertemuan tak terjangka, terkesan pada hati mereka. Bagi Dahlia, dia tak mahu jumpa Aly lagi. Malu dengan insiden yang berlaku. Tapi, kehadiran seseorang dari kehidupan lampaunya buatkan Dahlia tiada pilihan.

“I cari sebab you lupa jalan nak balik rumah. Lupa tunang sendiri.” - Quehairy.
“I dah kahwin.” - Dahlia.

Jalan terbaik untuk selamatkan diri, dia terpaksa ‘gunakan’ Aly.

“Kita boleh nikah betul-betul kalau you nak mengelak daripada dia.” - Aly.

Tawaran Aly dan terdesak untuk lari dari Quehairy telah mengikat Dahlia sebagai isteri pada Aly Idris.

Apa itu persahabatan?


Persahabatan akan kekal lama jika ada tolak ansur, persefahaman, tidak tikam belakang & sabar.

Buku: Anie-Alja. 2019. Filosofi Bawang. Komrad Buku. Selangor.

Seni berfikir dalam kotak


Grab the opportunity yang ada di sekeliling kita. Kita takkan tahu yang mana satu akan berikan hasil paling lumayan mahupun memberangsangkan.
Do your best. Try.

The Power of No (Edisi Bahasa Melayu) ~ James Altucher, Claudia Azula Althucher

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

‘TIDAK’ seringkali menjadi perkataan yang sangat sukar untuk diungkapkan. Namun, pada hakikatnya, perkataan ini sangat adalah satu perkataan yang sangat penting untuk diungkapkan. Seringkali kita mengatakan “Ya” untuk menjawab pada permintaan yang salah atau pada perbuatan yang sia-sia. Walhal, lumrahnya, jauh di sudut hati kita sentiasa berharap mengatakan perkataan sebaliknya iaitu ‘TIDAK’ pada perkara-perkara tersebut.

Buku praktikal ini membantu kita untuk berkata ‘TIDAK’ pada:
Semua perkara yang dapat menyakiti diri kita,
Pekerjaan atau perbuatan yang menyeksa jiwa kita,
Pada orang-orang yang sentiasa mencaras kreativiti dan emosi kita,
Dan pada semua kepercayaan yang sentiasa mengekang hidup kita.

James Altucher dan Claudia Azula memberikan petunjuk dan idea kepada kita tentang bagaimana mahu mengatakan ‘TIDAK’ pada perkara yang dapat merosakkan diri kita. Perkataan ini tidak hanya dapat melindungi waktu dan tenaga kita, malah mampu menyelamatkan diri kita. Akhirnya setelah kita bebas daripada belenggu diatas, barulah kita dapat berkata ‘YA’ yang hasilnya dapat membuka pintu kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan.

How To Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu) ~ Dale Carnegie

(SEM & SS) RM42.00 > RM40.00

Buku ini menghimpunkan koleksi resipi kejayaan yang sudah terbukti keberkesanannya bagi menghapuskan ketakutan dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, kita tidak akan menemui sesuatu yang baru di dalam buku ini. Sebaliknya, kita hanya menemui banyak perkara yang sudah biasa kita dengar, tetapi jarang diamalkan.

Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:

. Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan
. Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan
. Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita
. Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia
. Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
. Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik
. Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan
. Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

How To Win Friends & Influence People (Edisi Bahasa Melayu) ~ Dale Carnegie

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

Dalami tip berikut:
Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik

 

Biar Susah Asal Lillah ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Sebuah buku yang ditampilkan dengan dua sisi berbeza tetapi bernilai. Sisi utamanya membawa pembaca menyemai ikhlas, Biar Susah Asal Lillah. Manakala sisi keduanya pula adalah bertemakan istiqamah, Biar Susah Asal Berkah.

Keberkatan tidak akan muncul jika tidak disemai dengan ketulusan dan keredhaan dengan semua yang Allah s.w.t. takdirkan buat kita sebagai hamba Allah. Buku ini adalah versi bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada karya terkenal bahasa Indonesia, oleh Ustaz Dwi Suwiknyo.

Antara Kandungan:
Percaya diri dengan penuh keyakinan.
• Setiap peluh yang menitis.
• Tidak semua orang mempunyai gaji.
• Asalkan keluarga bahagia.
• Kesanggupan menahan pedih.
• Tenang, lebih banyak orang yang hidupnya jauh lebih susah.
• Bahagia lahir daripada dalam hati.
• Kita bersyukur bukan kerana bahagia.
• Tiada yang tahu dengan masa depan seseorang.
• Tidak mengapa berhenti sejenak untuk istirahat.
• Tetap bekerja meskipun sendirian.
• Tetap ikhtiar meskipun kita tidak tahu hasilnya.
• Jangan khuatir, kita tidak sendirian.

Hidup tidak semuanya soal wang.
Bismillah, meskipun tidak mewah yang penting halal.
• Kesulitan tunduk pada orang yang berjuang.
• Sekiranya bosan menyiapkan pekerjaan.
• Ada kalanya kita berdegil

Laura Adam ~ Nur Haura

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Adam, lelaki tanpa wajah yang selalu muncul dalam mimpi Laura. Selalu mengucapkan kata-kata indah. Adakah Adam hanya mainan tidurnya atau secebis memori yang sesat?

“Smile, Nur.” - Adam
“Kenapa?” - Laura
“Senyum seperti awak lihat saya depan mata awak.” - Adam

Laura cuba bayangkan wajah Adam yang sebenar, tetapi tidak terlakar dalam fikirannya. Mungkin Adam hanyalah khayalannya semata-mata.
Leo pula jejaka yang sering muncul saat Laura perlukan pertolongan. Laura memilih untuk berpegang pada realiti daripada bergantung pada mimpi. Namun, dia curiga dengan sikap Leo yang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
Mungkinkah ada sejarah antara dia dan Leo?

“Apa yang awak akan beritahu saya bila saat tu tiba?” - Laura
“Semuanya... Tentang abang, tentang Nur dan tentang kita.” - Leo

Satu rahsia yang disimpan oleh papanya terbongkar, membuatkan Laura lelah mencari kebenaran. Leo

Rancanglah kematian demi pahala berpanjangan


Hopefully anda dapat rancang kehidupan hari ini dengan lebih baik di dunia & juga untuk akhirat. Hidup ini sangat singkat gais. Tahu-tahu aje kita akan masuk ke tahun baru.

Rancanglah pahala berpanjangan yang mahu kita bawa ke alam sana bila kita sudah sampai akhir nyawa di bumi ini. Rancanglah pahala seperti Uthman bin Affan dengan telaganya, Umar bin Abdul Aziz dengan memberi makan haiwan ketika musim sejuk & seperti para guru yang mengajar kita mengenal huruf sehingga mampu membaca.
Dan jika tidak mampu menjadi orang hebat seperti mereka, jadilah seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling & siapa sahaja makhluk ciptaan Allah. Be a nice people to everyone & to ourselves.

Wujudnya Zikir atau Tasbih Fatimah Sebelum Tidur


Sebelum tidur nanti, cuba baca zikir ini. Ia antara ajaran Baginda s.a.w kepada anak menantunya yang kepenatan menguruskan hal rumahtangga & kehidupan. Ini kisahnya.

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN ANAK PEREMPUANNYA
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia & mintalah seorang khadam untuk membantumu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya & menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali & bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak & menantunya bagi meringankan keletihan & kesusahan hidup mereka berdua.

Nota My #Qurantime Juzuk 9 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

NOTA MY #QURANTIME Juzuk 9 mengandungi intipati ayat-ayat tentang:
+ Kisah Nabi Syuaib dan Kaumnya
+ Kisah Nabi Musa, Firaun dan Ahli Sihir
+ Keingkaran Bani Israel Terhadap Nikmat Allah SWT
+ Risalah Islam Universal
+ Peristiwa Hari Sabtu
+ Perjanjian Bani Adam Dengan Allah SWT
+ Kebesaran Asmaul Husna
+ Perbuatan Syirik Orang Musyrik
+ Pembahagian Harta Rampasan Perang
+ Tipu Daya Kafir Quraisy Untuk Bunuh Rasulullah SAW

Nota My #Qurantime Juzuk 10 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-10 membawa kita mengetahui tentang:
Pembahagian Harta Rampasan Perang
Mengutamakan Perdamaian Antara Manusia
Pemutusan Hubungan Dengan Kaum Musyrikin
Keutamaan Taubat, Solat Dan Zakat
Golongan Yang Layak Memakmurkan Masjid Allah
Balasan Kepada Orang Yang Enggan Berjihad
Ujian Harta Kekayaan Dan Anak-Anak

Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

Nota My #Qurantime Juzuk 11 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-11 mengupas beberapa isu menarik untuk dihayati:
Renung Kembali Balasan Umat Terdahulu Yang Mendustakan Rasul
Apabila Menganggap Zakat Dan Sedekah Sebagai Beban
Jasad Firaun Sebagai Ibrah Dan Pengajaran Buat Umat
Jual Beli Antara Allah Dengan Orang Beriman
Dunia sekarang yang singkat waktunya
Punca Utama Umat Berpecah
Siapakah Wali Allah?

Kanzus Sa'adah: Perbendaharaan Kebahagiaan Amalan Harian Zikir, Wirid, Ratib, Hizib & Selawat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

KANZUS SA’ADAH menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis.

Antara amalan yang dimuatkan dalam buku ini:
Wirid al-Qusyasyiah
Hizbun Nawawi
Ratib al-Haddad
Ratib al-‘Attas
Doa Fakhrul Wujud
Doa Musafir
dan banyak lagi
 

Friday 3 December 2021

Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran ~ Imran Zaki

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

'Sabarlah, jangan menangis.' Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La Tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negative dan salah.

Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih? Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu. Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu. Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya. Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku in membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita sat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

Monday 29 November 2021

Nabi s.a.w Juga Seorang Manusia ~ Khubaib Akhi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.

Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW sebagai seorang manusia?

Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.

Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian;
Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi, Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika
pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.

Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik- beradiknya.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui
sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran. Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan.

Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

Dia Sebenarnya ~ Zill Ailie

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Terperangkap dan terpaksa, Jad rasa inilah perkara paling bodoh pernah berlaku dalam hidupnya. Tapi peliknya, dia rela jadi pak sanggup. Rela mengahwini perempuan yang tak dikenali tanpa sebarang paksaan.

“Kau yang lafaz akad nikah, Jad. Sepatutnya kau boleh tolak bro.” – Razin.
“Dia half-naked. Kau rasa orang nak percaya?” – Jad.

Namun bagi Ally, memerangkap Jad adalah perkara yang paling pantas untuk selamatkan diri. Dia tiada cara lain, biarlah dia dituduh perempuan kotor daripada terus terpalit dosa.

“Kenapa kau perangkap aku? Dah berapa ramai jantan yang ‘guna’ tubuh kau?” – Jad.

Kemarahan dan kekasaran Jad buatkan Ally menjadi perempuan yang kuat melawan untuk menutup kelemahannya. Dan sikap suka melawan Ally itu buatkan Jad rasa tercabar. Tapi bila Ally berubah menggoda, jiwa lelakinya pula yang bergelora. Pantang mendekat,

Hei, Orang Sebelah! ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Menjadi anak kepada anggota barisan hadapan, Adya tak ada pilihan bila terpaksa ditinggalkan bersama satu arahan oleh si ayah yang sedang bertugas.

“Abah nak Yaya tinggal kat rumah sebelah buat sementara waktu.” – Abah.

Berhadapan dengan Zahri yang merupakan anak jiran sebelah, Adya rasa dunianya bagai dilanda Tsunami. Istilah tenang seolah-olah lenyap bila berhadapan dengan kerenah lelaki yang sering saja mencabar kesabarannya.

Bagi Zahri pula, dia tak percaya pada cinta pandang pertama. Lebih-lebih lagi pada Adya yang tak ada ciri-ciri gadis idamannya. Tapi siapa sangka, lama kelamaan hatinya mula terusik.

“Abang Ri ni romantik tau. Kahwin jom, Kak Yayang?” – Zahri.
“Saya tak nak dan untuk pengetahuan Abang Ri, pejabat kadi tutup.” – Adya.

Penolakan Adya seakan menggugat Zahri. Makin gadis itu menolak, makin kuat dia cuba menarik. Dia percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Memujuk Adya memang tak mudah, tapi lampu hijau