Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 28 April 2021

Rindu Berdarah ~ Fitri Umairah

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Waktu itu, tempat peranginan pulau ini baru dibuka dalam tiga tahun. Pelancong pun ramai yang datang. Tidak kira dari mana, semuanya hendak mengalami sendiri keseronokan berada di Pulau Merindu.

“Sebelum ini pengunjung ke Pulau Merindu bukan hanya
mengharapkan Pak Abu seorang. Boleh dikatakan ada beberapa orang yang bertugas membawa pelancong ke sana dengan bot yang disediakan oleh pihak hotel. Selepas kes kehilangan tujuh pelajar perempuan itu, keadaan di sini semakin lama semakin pelik. Ramai yang mendaftar masuk hari ini, tidak sampai setengah hari sudah mendaftar keluar. Pening juga kepala kami disini apabila perniagaan Encik Ecbal jatuh merundum teruk. Kemudian, beberapa tahun selepas itu,ada sebuah tempat peranginan dibuka berdekatan bandar. Tempatnya itu juga menyediakan pengangkutan ke Pulau Merindu.Tapi mereka bukan naik bot macam di sini, bot mereka lebih besar. Di situ pun ramai orang datang untuk bercuti.” Suhana berhenti bercerita.

Mereka berempat mendengar penuh minat. Maya sudah menongkat dagu memandang mereka Dania dan Suhana.

“Ada juga suara-suara sumbang yang cakap, tempat kami bekerja ni keras. Penjaga Pulau Merindu tu tak suka dengan Encik Ecbal yang membuka hotel di sini. Sampailah ramai kawan-kawan kami berhenti dan berpindah tempat kerja. Mereka pergi bekerja di pusat peranginan di bandar tu.
Sekarang tinggallah kami berdua, pekerja lama di sini. Semua yang akak nampak tu, semua pekerja baharu. Itu pun tak tahulah sampai bila mampu bertahan...” Di hujung kata, Dania mengeluh berat.

Celaru ~ Zura Anwar

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

“Siapa kau?”
“Aku roommate kau. Nama aku Laila.”

Bella, seorang gadis yang skema, sering digelar loser dan dipulaukan oleh kebanyakan pelajar di Universiti Clareford East. Namun, segalanya berubah apabila Laila, rakan sebilik baru Bella muncul. Mereka berdua mula menjadi teman rapat.

Seiring itu, berlaku satu demi satu kematian mengejutkan di fakulti mereka.

“Aku rasa fishy tentang kes ni.”

Detektif Linda mengesyaki bahawa kes kematian itu adalah kes pembunuhan dan dalangnya adalah pelajar daripada Universiti Clareford East sendiri.

“Semua pelajar diminta berhati-hati. Tidak dibenarkan berjalan bersendirian dan pastikan berteman jika ingin ke mana-mana.”

Bella merasakan ada yang tidak kena dengan Laila. Dia mula mencurigai teman sebiliknya sendiri apabila Laila mula berbohong kepadanya. Rupanya, Laila bukan teman sebilik yang sepatutnya mendaftar masuk dengan Bella dan Laila juga bukan pelajar di Universiti Clareford East.

Bernyawa ~ Daneen Nizar

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Janna tetap meneruskan untuk menerima tawaran pekerjaan daripada keluarga Puan Ophelia walaupun dia tahu bahawa tugasnya tidak masuk dek akal. Menjaga sebuah patung dummy bernama Ghul demi gaji yang lumayan.

Akhirnya, Janna menyesali keputusannya apabila dirinya diganggu berterusan di rumah keluarga Ophelia setelah mengabaikan pekerjaan dan tanggungjawabnya terhadap Ghul.

“Ghul hidup seperti kami.” - Rizki

Ada misteri di sebalik kejadian aneh yang berlaku. Segalanya berkait rapat dengan keluarga Ophelia dan Ghul. Rakan baiknya, Kaila dan Faris pula cuba mencari Janna yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar.

Akhirnya, dalam bermacam-macam kejadian aneh yang dilalui, Janna perlahan-lahan dapat merungkai satu per satu misteri keluarga Ophelia.

“Dia terlalu kuat untuk dikawal. Ghul bukan patung.” - Danish
“Saya tak faham. Cuba awak tengok dalam gambar ni. Ada tujuh budak lelaki dan satu patung dummy. Kalau patung dummy ni Ghul, siapa budak ni?” - Janna

Akhlak yang baik


Kita mesti suka orang tunjukkan akhlak yang baik pada kita. Makanya, jom kita lakukan perkara yang sama juga. Kerana ia sunnah Nabi s.a.w.

Siapa orang yang bakhil?


JANGANLAH MENJADI ORANG KEDEKUT.BERSELAWATLAH.

Buku: Khadijah Khalilah. 2016. Check In Iman. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Friday 23 April 2021

Aku Perlu Dia ~ Nureen Ahmad

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

“Sorry.” - Haziq Naufal
“Weh, kau ni buta ke apa? Muka aku yang cantik ni ada macam permukaan meja ke, sengal?” - Ziqa Aryssa

Bermula dengan kisah menyakitkan hati, Ziqa Aryssa mengenali dia. Dia, mamat mulut tak ada filter. Sudahlah kurang ajar, mulut puaka, sesuka hati pula dia hendak panggil Ziqa dengan gelaran yang bikin menyirap hati.

“Perempuan macam tu elok jadi andartu je. Sesuai dengan muka.” - Haziq Naufal

Setelah satu per satu kejadian yang mempertemukan Ziqa dengan mamat mulut longkang itu, Ziqa berharap sangat agar tidak akan lagi bertemu muka dengan Naufal. Sumpah, Ziqa benci dengan lelaki bodoh sombong itu. Namun, lain pula yang jadi.

Saat mak mengemukakan cadangan untuk Ziqa bernikah dengan anak sahabatnya, dia sudah mula tidak senang duduk. Pelbagai alasan dia ciptakan. Namun, tak satu pun berjalan. Saat mata bertentang mata

Atas Pelamin Bertemu Jua ~ Citra Naquya

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Ayu Tiara tiada pilihan. Pada hari sepatutnya dia disatukan dengan Encik Baharin, dia tekad melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kereta yang berhenti di depan masjid.

“Encik, tolong bawa saya pergi dari sini. Saya… saya diculik. Tolong, encik. Tolong selamatkan saya.”

Kemunculan gadis misteri itu mencetuskan huru-hara buat Zayn Akhtar dan Arafat. Lebih kecoh apabila Arafat akur dengan permintaan gadis itu untuk ikut mereka. Ini semua kerja gila!

Macam mana kalau ini hanya helah untuk perangkap mereka? Berbaju serba putih dan mendakwa dirinya diculik? Tak masuk akal langsung. Fikiran Zayn Akhtar penuh dengan prasangka.

Tindakan Ayu Tiara membawa perubahan mendadak dalam hidupnya. Perubahan yang tak pernah terlintas dalam fikirannya. Rupanya, hidup di dalam rumah agam itu tak seindah yang Ayu Tiara bayangkan.

“Saya tak biasa dengan semua ni.”
“Kalau awak nak saya dan Raf tolong awak, awak kena biasa dengan semua ni. Saya tahu dekat mana nak hantar awak balik. Itu pun kalau awak ubah fikiranlah.”

Sudah Aku Mengerti ~ Amyra Aimi

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Perkenalan yang sangat sukar. Awkward. Begitulah apa yang Alya rasa saat kali pertama bertemu Michael, lelaki kacukan Melayu-Amerika yang baru nak kenal budaya Melayu dengan aksen Amerika yang pekat, agresif, perasan bagus dan penuh lagak!

Mamat yang buat Alya alergi. Tak tahulah kenapa. Alya rasa macam ini hanya dengan Michael. Dengan lelaki lain tak pun.

Semakin Alya cuba mengelak, semakin panjang pula isu antara mereka. Mereka perlu bekerjasama sebelum sama-sama meneruskan aktiviti pendakian gunung di Terengganu.

Baby? Sweetheart? Partner in crime?

Balik-balik, gelaran itu juga yang sering ditujukan buatnya. Alya tidak suka... rasa menyampah betul. Tapi, kenapa asyik berdebar-debar saja setiap kali dia dipanggil begitu?

“I tahu I handsome. Tak payah nak tengok lama-lama.” - Michael
“Saya tengok sebab awak dah curi masa saya. Jangan curi pandang saya pula.” - Alya
“No worries. You’re not my type.” - Michael

Pertama kali Michael bertemu dengan gadis sepelik Alya. That weird girl. Pelik, tapi cute. Begitu tanggapannya. Michael tahu gadis itu tidak suka dia

Joko Ronggo ~ Intan Aidda

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

“Macam mana ni, imam? Kita nak teruskan ke cari sampai ke hutan belakang sana tu? Hari dah nak senja ni,” tanya tok ketua sambil menebas semak samun di sekitar tempat dia berdiri. 
“Aku rasa, kita patut berhenti dulu. Lagipun, tak elok kalau waktu-waktu senja macam ni kita masuk ke hutan tu. Bahaya,” balas Imam Karim. 
“Tapi imam, kita masih tak jumpa lagi anak saya. Takkan kita nak berhenti pula? Saya yakin si Leman tu memang ada kat sekitar kawasan tu,” sampuk Wahid pula. 

Air mukanya tampak tegang. Dia seperti tidak berpuas hati dengan cadangan Imam Karim tadi. 

“Wahid, aku faham perasaan kau sekarang. Tapi hari dah nak senja ni. Aku rasa, ada baiknya kalau kita balik dulu. Nanti lepas isyak, kita sambung cari Leman lagi,” cadang Imam Karim. 
“Ah! Imam cakap senanglah sebab yang hilang bukannya anak imam. Aku tak nak balik! Aku akan cari juga Leman sampai jumpa. Kalau korang semua nak balik, korang baliklah,” bentak Wahid. 
“Pak Wahid, sabar dulu. Apa yang Imam Karim cakap tu betul. Kami bukan tak nak cari anak Pak

Hilang ~ Khairul Nizam Khairani

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Beberapa tahun lalu, tujuh orang kanak-kanak telah hilang entah ke mana. Usaha mencari mereka, menemui kegagalan. Siasatan yang dijalankan pihak polis hanya menemui jalan buntu. Akhirnya ia terkubur begitu sahaja. Namun, insiden itu berulang kembali apabila beberapa orang kanak-kanak hilang tanpa dapat dikesan lagi. Ternyata rahsia hitam yang menghantui penduduk kawasan perumahan Taman Balqis berulang kembali. 

“Benda tu tak mengacau, cuma dia suka tunjukkan diri. Itu hari kena dah si Munirah. Kata Munirah, ada perempuan dalam rumah kami, menangis.” 
“Ada lembaga perempuan muncul?” 
“Ha’ah!” 
“Biasanya permainan sihir tak macam tu. Ni macam ada benda lain ni.” 
“Benda lain apa pula, imam?” 
“Rumah kau ada hantu tak, Din?” 

Munirah, seorang ibu tunggal, bersama anaknya, Hisham, telah diterima bekerja sebagai pembantu rumah oleh Mak Som dan Pak Din. Namun, sejak berpindah ke rumah Mak Som, pelbagai perkara aneh yang dialami mereka. Seolah-olah kehadiran Munirah dan Hisham telah mencetuskan semula suatu kejahatan yang tersembunyi di Taman Balqis.
 

Al-quran Amazing Perjilid (Cover Baru) ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM210.00 > RM199.00

(DILENGKAPI WAQAF IBTIDA’)
KEISTIMEWAAN:
• Reka bentuk esklusif, lebih ringan dan mudah dibawa.• Kaedah Tajwid berwarna beserta panduan.
• Dilengkapi Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Terjemahan secara perkata pada setiap kalimah.
• Penjelasan Hukum & Kaedah Tajwid.• Mu’jam (kamus Bahasa Al-Quran)
• Perbahasan Tafsir Jalalain• Indeks Tematik (mengikut klasifikasi tema)
• Perbahasan dan huraian daripada tafsir muktabar seperti Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Tabari•

7 Klasifikasi Tema Al-Quran.
Ibadah
Muamalah
Aqidah
Kisah Nabi & Rasul
Sirah Nabawi
Asmaul Husna
Terapi Qurani

Kupasan Menarik :
Riyad al-SalihinDoa dari Al-Quran & Hadis
Hadis al-Arbain Imam Nawawi

Man Jadda Wajada: Satu Permulaan ~ The Hamare

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.70

Buku baru yang bertajuk Man Jadda Wajada : Satu Permulaan ini merupakan buku sulung bergenre Motivasi yang ditulis khas buat hati-hati yang jiwanya sedang remuk diuji, sedang berdarah ditoreh luka dugaan, sedang ‘down’ dek cabaran yang bertimpa-timpa memijak diri.

Buku setebal 350 mukasurat yang sarat dengan penulisan berkonsepkan dakwah, motivasi & inspirasi. Gabungan bersama 32 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk kembali bangkitkan jiwa yang sedang rapuh, sedih dan diselimuti rasa duka serta putus asa!

Terus melangkah kerana-Nya, insya-Allah! Siapa berusaha, dia pasti berjaya! Man Jadda Wajada!
 

Man Jadda Wajada: Dua Pilihan ~ The Hamare

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku bertajuk Man Jadda Wajada : Dua Pilihan ini merupakan Siri Ke-2 Man Jadda Wajada, bergenre motivasi yang ditulis khas buat diri yang terkadang keliru dan buntu dalam membuat pilihan, yang selalu terburu-buru dalam menetapkan sesuatu!

Buku setebal 330 mukasurat ini sarat dengan penulisan berkonsepkan dakwah, motivasi & inspirasi. Gabungan bersama 32 penulis!

Ikuti persembahan isinya. Moga-moga, bermanfaat untuk membantu dan memandu diri dalam membuat pilihan yang tepat! Pilihan yang mampu mendekatkan diri dengan Pencipta. Pilihan yang berpotensi membawa kita ke arah Syurga-Nya.

Teruskan istikharah dan musyawarah (bermesyuarat) dalam memilih sesuatu kerana-Nya, insya-Allah! Siapa berusaha, dia pasti berjaya! Man Jadda Wajada!

Allah timing is Perfect


Kita memang tak pernah tahu perancangan DIA. Tapi kita belajar untuk PERCAYA PADANYA 💞💞

Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

9 Manfaat Senaman Selain 'Kurus'


Alasan lain kenapa kita perlu bersenam sekali sekala (jika boleh, seminggu 2 kali).
Ia untuk kebaikan diri kita sendiri. Enjoy hidup selagimana Allah beri kita kekuatan masih lagi boleh bergerak.

Jom sihat.

Monday 19 April 2021

Al-Quran Multazam Per Juzuk (Waqaf & 'Ibtida) ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM95.00 > RM90.00

Spesifikasi:
• Kotak Kulit Kadbod (Box Cardboard cover)
• 30 Juzuk (Diasingkan setiap naskhah satu juzuk) dengan kotak khas.
• Kertas Simili (berwarna putih)
• Ukuran: 17.6 cm x 25 cm (saiz B5)
• Khat Resam Uthmani dan Terjemahan dalam Bahasa Melayu
• Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
• Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
• Doa Khatam al-Quran

Keistimewaan:
• Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan
• Dilengkapi panduan Waqaf Ibtida dengan kaedah berwarna
• Indeks mengikut tema al-Quran



Ramadan, Maaf, Kami Masih Sibuk ~ Ahmad Rifa'i Rif'an

(SEM & SS) RM24.90 > RM23.90

Ramadan, maaf, kami masih sibuk dengan kegiatan seharian. Kami jadikan kedatanganmu saban tahun hanya sebagai ritual tahunan yang tidak bermakna.

Ramadan, maaf, kami masih sangat sibuk. Kami memang ada menyentuh Al-Quran sesekali, tetapi tetap tidak sebanding dengan hebatnya hubungan kami dengan telefon pintar, gajet, dan televisyen.

Ramadan, maaf, kami masih lagi sibuk dengan urusan dunia kami. Pahala berlipat ganda yang dijanjikan tetap tidak menarik hati kami untuk berebut-rebut dalam beribadah dan berlumba-lumba dalam bersedekah. Kami lebih takut kekurangan wang untuk pulang kampung dan bercuti, berbanding rasa takut pada kemungkinan yang ini adalah Ramadan terakhir kami.

Allah, maaf, kami lebih bimbang memikirkan wang bantuan hari raya dan wang belanja, berbanding keampunanMu. Kami lebih mengutamakan makanan dan pakaian berbanding mendekatkan diri denganMu.

Ya Allah, seandainya ini Ramadan terakhir kami, kami berharap Engkau terima ibadah kami yang tidak seberapa itu. Dan kami berdoa Engkau mengampunkan dosa-dosa kami yang menggunung ini.

Ringkasan Penawar Bagi Hati ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Buku ini membawakan perbincangan berkenaan penyucian hati dan sifat-sifat mahmudah yang dibahaskan dalam kitab Penawar Bagi Hati dengan reka bentuk yang penuh warna, gambar rajah dan grafik bagi membantu pembaca memahami ilmu Tasaswuf.

Antara yang dibincangkan dalam buku ini: 3 peringkat penyucian diri dalam ilmu Tasawuf, menjaga 7 anggota zahir, hati dan sifat-sifat mazmumah serta sifat-sifat mahmudah.
.
Kitab ini berbentuk SLIDE POWERPOINT. Setebal 172 muka surat dan berwarna warni.

Konspirasi Penaklukan Konstantinopel Kali Ke-2 ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM37.90 > RM36.00

Buku "HAGIA SOPHIA & KONSPIRASI PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL KALI KE - 2" ini ditulis sempena peristiwa pembukaan semual Hagia Sophia oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai sebuah masjid pada 10 Julai 2020. Serentak dengan itu, solat Jumaat telah diadakan pada 24 Julai 2020 di Hagia Sophia, yang kini dikenali sebagai Masjid Hagia Sophia. Peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia.

Peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia, sebuah gereja Kristian Ortodoks yang berusia kira-kira 1,500 tahun itu, adalah merupakan satu peristiwa besar bagi umat Islam terhadap penganut Kristian di Eropah yang suatu ketika dahulu amat gah dengan Konstantinopel sebagai pusat kekuasaan Empayar Rom Timur. Walau bagaimanapun, akhirnya Kontantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan sejak itu Kota Konstantinopel telah berubah wajah dan dikenali sebagai Istanbul.

Melalui buku ini penulis memperkatakan tentang bagaimana Erdogan berusaha untuk menjadikan Islam kembali berdaulat di bumi Turki seterusnya berusaha untuk mengembalikan era kegemilangan Daulah Turki Uthmaniyah. Keadaan tersebut menyebabkan musuh-musuh Islam yang sebelum ini telah bersekongkol dengan Mustafa Kamal Atartuk bagi menjatuhkan Kekhilafahan Uthmaniyah, tidak senang duduk dan mula dihantui mimpi silam yang ngeri. Mereka kembali merancang untuk

Sejarah Kerajaan Melayu Purba Yang Hilang 2 ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Kesedaran orang Melayu mengenai sejarah bangsanya semakin meningkat dalam dekad-dekad yang terakhir ini. Kadar celik huruf yang tinggi dan pendidikan yang tinggi telah merangsang orang Melayu untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya. Orang Melayu bukanlah orang buta sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan orang Melayu telah mempunyai tamadun antara yang terawal di dunia.

Penemuan Tamadun Sungai Batu di Merbok Kedah yang berusia sekitar 2600 tahun telah membuka mata masyarakat dunia tentang bangsa Melayu. Sebelum ini di dalam jilid 1, saya telah memuatkan 16 buah kerajaan dan untuk jilid yang kedua, sebanyak 15 buah kerajaan telah dipilih. Oleh itu, buku ini akan membawakan kepada anda mengenai kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Asia Tenggara.

Selain sesuai untuk bacaan umum, buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan oleh guru-guru di sekolah terutamanya guru sejarah kerana beberapa kerajaan Melayu yang hilang ini tutut disebutkan dalam buku teks. Ini secara tidak langsung menambah ilmu pengetahuan guru sekaligus dapat berkongsi dengan pelajar di dalam kelas yang akan membawa kelainan dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Pelajar tentunya akan seronok apabila dapat mendengar benda baharu yang tiada dalam buku teks.

 

Sunday 18 April 2021

Tunjukkan Aku Satu Bintang ~ Nass Alina Noah

(SEM & SS) RM31.00 > RM29.00

Terkadang Tuhan hanya menyatukan cinta, bukan untuk memiliki selamanya.

Kisah mereka bukan biasa, lebih dari luar biasa. Mereka bertemu dalam komplot pembunuhan dan penculikan yang terancang sehingga terkandas lama di pulau terpencil. Dari benci menjadi sayang, akhirnya mereka jatuh cinta dan curang dengan pasangan masing-masing.

Aku milik perempuan lain yang sempurna. Aku tak kenal kau! Kita tak mungkin bersama! Kau Presiden Persatuan Ultraman.
Aku Ketua Persatuan Raksasa. Mustahil! – Xander....

Awak Janji Tau? ~ Weeda Airiza

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Andai cinta ini bersatu, sayangi aku setulus hatimu.
Jasmin menyilang tangan. Naluri seorang penulis mula menghantui diri. Berselang-seli dia mengatur pandangan. Lain macam aura mereka bertiga. Spontan, darahnya berderau.

Eh, kenapa scene ni macam dalam novel baru aku?!
Dia tak pernah tahu, dia ada bakat jadi nujum rupanya. Fuh! Apa yang ditulis di dalam novel terbaharunya, sebijik terjadi depan mata!

"Yang mana kau nampak macam ada gaya jadi hero novel aku akan datang? Imran Hariz? Aku rasa, aku pilih Zariq Ikhwan,
mamat yang baru sampai tu. Sweet!"

Oh, come on! Tu ex-boyfriend aku! Dalam diam hati Naura menjerit.
Naura Qiesya resah. Percutian yang disangka bakal indah di bumi Korea, menjadi tragis gara-gara kehadiran merekaberdua. Lebih menambah keributan bila masing-masing menyuarakan cinta yang tersemat di jiwa.

"Laluan kita lalu tadi tu, namanya ‘the maple lane of true love’." – Imran Hariz.

Langit Masih Ikhlas ~ Pynat Mouri

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Kalau ada jodoh go on, tapi kalau ditakdirkan tak ada jodoh, aku akan move on!

Bagi AZREEN SHARMIN, orang yang paling dia benci semasa balik kampung pastilah terserempak dengan Azamuddin. Budak
lelaki yang suka mengejek-ejek dan jadikan dirinya sebagai bahan lawak bodoh dia. Badak, gemuk, tembun, gajah… Semua lengkap dijadikan bahan sindiran. Dan selayaknya hanya jelingan saja yang dihadiahkan untuk lelaki yang dah serupa setan.

" Amboi, cenge sungguh. Alang-alang tok imam ada, lauk kenduri pun boleh tahan sedap… Saksi pun dah ramai ni… Jom kita dua kahwin. " - AZAMUDDIN
"Kami tak kelapaq… Meluat!" - AZREEN
"Jangan meluat sangat, sakgi Tuhan kalih hati tu. Ni dia orang yang jadi bapak kepada anak-anak hang tau. Ni contoh bakal suami kiriman dari Tuhan tau…" - AZAMUDDIN

Bagi AZAMUDDIN pula, sejak kecil lagi hatinya dah lain macam apabila melihat Azreen. Setiap kali cuti sekolah, memang dia akan ulang-alik lalu di depan rumah Tok Abbas. Mengintai si tembun pujaan hatinya. Tapi itulah, asal berjumpa depan mata pasti mulutnya asyik nak melaser saja. Hatinya geram apabila asyik mendapat jelingan sinis Azreen

"Cheq nak pinang Azreen. Cheq bukan nak kahwin sekarang tapi lagi sepuluh tahun. Cheq nak habaq hat tu ja. Kira macam cheq booking awailah." - AZAMUDDIN
"Hesy, budak ni… Ingat cucu aku tu keta Proton Saga nak chup dulu?" – TOK ABBAS

Young Chef In The House

Buku resipi yang best. Bukan hanya kongsi resipi tapi kita belajar sekali tentang sejarah makanan tersebut.
 

10 Kebaikan tidur sekejap di tengahari


 Tidur sekejap tengahari hingga jam 3 tu sunnah. Ia dipanggil Qailullah.

Tidur yang dalam 10-30 minit itu membantu sistem imun & kepekaan kita sepanjang hari. Ini antara kelebihan tidur sebentar yang dibuat kajian berkaitannya.

Buku: Mejar (B) Muhammad Qayyum Badaruddin. 2020. The Power Of Nap. Casamas. Selangor.

Longing For God's Closeness ~ Ayesha Syakira

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Ayesha Syahira’s upcoming book about solah uncovers her secret gems and reflections on how she prepares herself for solah and how she stays focused and present while doing her five daily prayers.

It is not easy to reach the level of khushoo’ in each of your five daily prayers. Therefore, in this book, Ayesha opens up about her spiritual self-journey to attain her relationship with Allah and her struggles to be fully content and at peace in her solah.

She also shares her reflections and knowledge on finding true beauty in solah through patience, effort and determination.

Light For The Lost Soul (Volume 1) ~ Mizz Nina

(SEM & SS) RM54.00 > RM51.00

After years of chasing after everything that makes her happy, former international singer and songwriter Mizz Nina finally asked herself what was truly important to her.

Light For The Lost Soul is a series that narrates the story of her life when she decided to leave the spotlight and the stage in her quest to seek light and love for her faith.

She opens up some of the personal stories in her life while inviting readers to embark on a reflective journey into the heart.

In this very first volume of the series, Mizz Nina shared guided steps for one’s spiritual development that she learned from her teachers of the deen and international scholars.

In this life, many lights will attract us, yet they blind us, pulling us further into the darkness. But there is one light that will lead us back to peace. There is one light that will guide us to the contentment we seek.

This one light is for the lost soul.

Erti Beragama Yang Hilang ~ Hasrizal Abdul Jamil

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya? Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain. Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.

***

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya. Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami. Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.

Unfollow The Flow ~ Aiman Azlan

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

“I’m tired of being compared. Like I’m supposed to follow what my peers are doing to achieve their kind of success, instead of doing what I really want to do in life.”

**
We often imagine our future to be built upon our goals and dreams, but presently it seems everyone else is ahead of us. One has a dream job as a career, one is about to start a beautiful family, and another is paving a wealthy future for himself.

We start to wonder and find ourselves stuck at an intersection :
Should we follow the path of others to gain success or can we define our own happiness?

Deciding to go against the flow of the norm is scary because we are afraid to choose. What if we choose wrongly? What if we fail and ruin our future?

In this book, Aiman Azlan takes readers on an explorative journey of owning one’s life choices. It might not be a life like the others but in unfollowing the flow, perhaps we will be able to discover a life of meaning – one that is true to us.

Tuesday 13 April 2021

Secret Husband ~ Siti Nur Dhuha

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Atas dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Jack meskipun baru mengenalinya. Namun disebabkan penampilan Jack yang sangat ‘klasik’ dan terlampau ‘zaman batu’ membuatkan Aifa terpaksa menyembunyikan status suami isteri mereka.

Jack diberikan syarat oleh Aifa. Jika Jack mahu diiktiraf di hadapan semua sebagai suaminya, Jack haruslah membuat perubahan ke atas penampilannya yang tidak ubah bagaikan ketua pengemis dunia itu. Namun, tidak semudah itu untuk Jack bergaya mengikut arus kemodenan masa kini. Dia lebih selesa dengan gaya ‘purbakala’ nya itu.

“Abang tahukan, abang tak boleh keluar dari rumah ni selagi abang tak ubah penampilan abang?” – Aifa

Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya, Aifa hampir saban waktu pening kepala melayan sikap aneh dan ‘jakun’ Jack. Selain hanya mahu memakan roti sahaja, Jack juga punyai tabiat mengikat straw pada rambutnya dan sentiasa mahu berpakaian usang. Malah Jack suka tidur di bawah katil sedangkan isterinya tidur di atas katil. Itu belum lagi Jack mematahkan side mirror keretanya semata-mata untuk bercermin. Argh!

Pasrah Cinta Maryam ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM24.00 > RM22.00

Benar, Maryam Azifa cintakan Izz Adam setengah mati. Namun dia terpaksa melukakan hati si jejaka walaupun hatinya sendiri lebih terluka. Semuanya kerana kasih seorang anak kepada ayahnya.

"Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Dalam hati Yam dah ada orang lain." - Maryam

"Abang akan pastikan Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita" - Izz Adam

Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata. Namun kedatangannya bukan untuk Maryam. Dia muncul untuk mencipta bahagianya di depan mata Maryam.

"Kau cemburu bila dapat tahu aku bakal bertunang dengan Mia, kan? - Izz Adam

"Yam akan cemburu kalau abang masih menjadi hak Yam. Sekarang ni, abang bukan hak Yam lagi." - Maryam

Namun kejadian hitam itu telah memaksa Maryam kembali ke lembah derita. Air mata menjadi

Cinta Akhir Zaman ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM26.90 > RM25.00

Kisah Arsad, seorang pemuda berjiwa sentimental. Terpengaruh dengan kisah-kisah cinta yang pernah dibaca. Selami kisahnya berjuang mengejar cita-cita dan mencari makna cinta sejati. 

Berjayakah Arsad dalam mengejar cita-cita? Mencari makna cinta sejati? Dapatkah dia memiliki kedua-duanya?

 

Belajar memaafkan diri sendiri


Belajar memaafkan diri sendiri. Kerana setiap kita pernah melakukan kesilapan.
Setiap apa yang berlaku, ada pengajaran yang tersendiri. 
Ingat! Apa yang Allah beri tidak pernah sia-sia.
Hidup perlu diteruskan.

Love when you are ready not lonely


Bercintalah bila kita sudah bersedia bukan kerana kita rasa keseorangan. Jika masih bujang, lakukanlah aktiviti yang menggembirakan hati, jiwa serta bermanfaat🥳🎈

Dan jika ada sudah dicintai, luahkan & tunjukkanlah kasih sayang anda pada mereka. Express & appreciate 💞💞

Don't Worry: Allah Lebih Tahu Yang Terbaik ~ Miftahul Asror Malik

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? Di dalam buku ini, ada jawapannya.

Antara Kandungan:
Hidup Kita Adalah Nasib Kita
Mengapa Allah s.w.t. memberi aku ujian seberat ini?
Mungkinkah Allah s.w.t. Tidak Adil Dan Pilih Kasih?
Apakah nasib itu?
Terima Nasib Kita
Kita membawa nasib kita sendiri
Nasib (tidak) boleh diubah
Ketetapan Allah s.w.t. dan usaha manusia
Pengaruh usaha kita terhadap nasib kita

Mengubah Takdir Rezeki Kita
Benarkah rezeki sudah ditetapkan?
Rezeki kita bergantung pada usaha kita
Rezeki itu pasti dan bukan misteri
Ingin berjaya? Miliki perkara-perkara ini!
Mencipta magnet rezeki

Bicaralah Yang Baik Ataupun Diam ~ Iqra' Firdaus

(SEM & SS) RM14.00 > RM13.00

“Gunakan mata dan telinga untuk melihat serta mendengar terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Jika tidak perlu bercakap, maka lebih baik diam sahaja.” - Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Kita juga hendaklah berbicara sekadar yang perlu kerana banyak bercakap, khuatir sekiranya diibaratkan seperti tin yang kosong, nyaring bunyinya. Kata-kata ini bermaksud orang yang banyak bicaranya, namun tidak memberi manfaat kepada yang mendengarnya.

Sepasang mata, sepasang telinga, dan satu mulut yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. ini juga supaya kita lebih banyak mendengar dan melihat berbanding bercakap. Gunakan amanah Allah s.w.t. ini dengan sempurna.

 

Ubah Patah Hati Jadi Prestasi ~ Addien Abdul Kadir, Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM40.00 > RM37.00

Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati. Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif pula. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah.

Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik.

Ayuh ‘move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita. Selak dan baca buku ini sehelai demi sehelai. Fikirkan setiap pesanan dan ulasan yang dipersembahkan, dan muhasabah diri di halaman khas pada setiap akhir bab. Semoga senyuman kembali menceriakan wajah kita, seperti cerahnya sinaran matahari yang indah.

Ubah patah hati jadi prestasi!

400 Adab Menjadi Pekerja yang Disayangi Bos (Misi Masuk Syurga) ~ Tengku Nusaibah, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Buku ini menceritakan 400 adab menjadi pekerja yang disayangi bos. Pada setiap bab, dihimpunkan 5 perkara yang patut diamalkan dan 5 perkara yang perlu dihindarkan di dalam adab menjadi pekerja. Pada setiap bab juga didatangkan dalil yang sahih daripada Al-Quran dan hadith bagi menguatkan lagi adab yang dibawa.

Buku ini menjadi panduan berguna kepada setiap pekerja bagi meningkatkan motivasi mereka supaya dapat memaksimumkan prestasi menurut lunas yang telah digariskan oleh Islam. Buku ini bukan hanya untuk pekerja, malah majikan atau dalam bahasa panggilan lainnya bos.

Seni Mengubah Nasib ~ Charles Saputra

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Sesiapa pun boleh berubah dalam hidupnya; daripada bodoh menjadi genius, daripada miskin menjadi kaya, atau daripada hina menjadi terhormat. Syaratnya adalah perlu menjalani proses yang sepatutnya dan berusaha keras untuk mencapai perubahan yang diinginkan. Semua perkara dapat diubah. Namun ada satu perkara yang tidak boleh berubah, iaitu perubahan itu sendiri.

Buku Seni Mengubah Nasib mengumpulkan senarai tokoh genius yang berjaya mengubah nasib yang mereka menjadi masa depan yang lebih baik serta membawa revolusi dan manfaat besar buat manusia seluruh dunia. Hanya satu kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang yang mahu berubah adalah dengan meniru langkah demi langkah seorang individu yang sudah berjaya. Langkah pertama ini yang dianggap sebagai seni mengubah diri.



Terdapat banyak langkah dan rahsia menarik dan mudah dipraktikkan dalam proses pembelajaran untuk berjaya. Jadi, tunggu apa lagi? Segera ambil buku ini, ambil langkah pertama, tiru kebiasaan harian dan cara belajar yang ada. Bersedialah menjadi orang berjaya dan genius berikutnya!

29 Kisah Menyentap Iman ~ Ustaz Nazmi Karim

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.00

Pastinya ramai yang mengenali sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Saidina Salman Al-Farisi. Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui kisah bagaimana beliau berhijrah dan berjuang seorang diri demi mencari iman. Begitu juga dengan nama-nama sahabat lain yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini seperti An-Nu’aiman yang suka menghiburkan para sahabat yang lain.

Kisah para sahabat dan para tabiin ini pastinya bukan sekadar mengundang kekaguman kita kepada mereka, malah mampu meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Tidak hairanlah kisah-kisah sebegini secara tidak langsung sebenarnya mampu juga untuk menyentap iman kita yang semakin menipis. Semoga kisah-kisah yang diceritakan dalam buku ini akanmenambahkan lagi kecintaan kita kepada para sahabat dan ulama yang telah berjuang dalam menyebarkan agama Islam sehingga kita dapat merasai kemanisan iman sehingga kini.

Antara kandungan:
Kisah 01: Kisah Suhail Dan Seluruh Keluarganya Yang Mati Syahid
Kisah 02: Perjalanan Saidina Salman Mencari Tuhan
Kisah 03: Lima Sahabat Mencari Agama Sebenar
Kisah 04: Doa Laknat Said Buat Wanita Yang Memfitnahnya
Kisah 05: Kebijaksanaan Shuraih Al-Qodi
Kisah 06: Hakim Yang Hebat
Kisah 07: Kisah Pernikahan Sirin Dan Saffiyyah
Kisah 08: Kijang yang Bercakap dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Kisah 09: Serigala yang Menyaksikan Kenabian Rasulullah s.a.w.
Kisah 10: Ummu Waraqah yang Mahu Mati Syahid
Kisah 11: Biawak Dhab yang Beriman Dengan Rasulullah s.a.w.

Fitnah Akhir Zaman ~ Imam Muda Asyraf, Ustaz Hamid Addin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Khabar perihal akhir zaman tidak membawa kita lebih mundur ke belakang. Khabar berkenaan tidak juga menjadikan umat hanya menanti kehadiran ‘hero penyelamat’ semata-mata. Menyalahkan ‘zaman’ sebagai cara melepaskan diri daripada mengislah umat. Bukanlah juga mencari-cari kemungkinan untuk dikaitkan dengan fakta yang diceritakan. Sebaliknya, khabar berkenaan akhir zaman adalah pembuktiaan kebenaran Rasulullah s.a.w., juga menjadi peringatan untuk kita menghadapi suasana semasa.

Antara Kandungan:
Bahagian 1
Bab 1: Adakah Kita Sudah Berada pada Akhir Zaman?
Bab 2: Berapakah Umur Dunia?
Bab 3: Adakah Lima Fasa Dunia Akhir Zaman Benar-Benar Wujud?
Bab 4: Memahami Maksud Hadith Akhir Zaman

Bahagian 2
Nabi Muhammad s.a.w. Diutus
Bulan Terbelah
Keluarnya Api dari Wilayah Hijaz yang Menyinari
Leher-Leher Unta di Bushra (Syam)
Ilmu Dicabut

Friday 9 April 2021

Tiga orang yang doanya tidak ditolak oleh Allah

Mintalah pada Dia.
Moga doa-doa & permintaan kita dikabulkan meskipun mengambil sedikit masa 🤲
 

Sayangi sahabat Nabi s.a.w

Hati-hati dalam berkata.


Para sahabat Nabi s.a.w adalah lelaki-lelaki yang dipilih oleh Allah untuk mendampingi Baginda hingga akhir hayatnya. Ada di antara mereka juga sudah dijamin syurga.

Terjemahan Hikam Jawi ~ Imam Tajuddin bin 'Athoillah As-Sakandari

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Al-Hikam merupakan sebuah karya ulama terkenal iaitu Syeikh Ibnu ‘Athoillah rahimahullah. Kitab ini membicarakan berkenaan Ilmu Tasawuf yang menerangkan hikmah-hikmah bagi menyucikan diri dan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menerapkan kebergantungan hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata.

Terjemahan Al-Hikam Jawi merupakan transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan terhadap struktur ayat dan gaya bahasa bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian. Kitab asal ialah dalam tulisan jawi berjudul Hikam Jawi merupakan syarah bagi kitab Al-Hikam Ibnu ‘Athoillah yang disyarahkan oleh ulama tersohor Tanah Melayu iaitu Tokku Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.

Semoga dengan kehadiran buku ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu mencedok dan menggali permata-permata yang bernilai daripada kalam hikmah dua ulama besar ini, sekaligus mendatangkan manfaat yang besar dalam melahirkan masyarakat yang penuh hikmah dan berserah diri semata-mata kepada Allah Rabbul Jalil.

 

Himpunan Doa Seharian Dalam Al-Quran dan Al-Sunnah ~ Said bin Ali bin Wahf Al-Qahthani

(SEM & SS) RM12.00 > RM11.50

Buku ini merupakan ringkasan kepada buku Al-Dzikr wa al-du’a’ wa al-‘Ilaj bi al-Ruqa min al-Kitab wa al-Sunnah. Kami hanya mengutip sebahagian zikir dengan tujuan senang dibawa ketika dalam perjalanan.

Sesungguhnya kami dalam buku ini hanya menulis kalimat zikir sahaja tanpa memuatkan sanad hadis. Sungguhpun begitu, kami menyebutkan satu atau dua takhrij hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini dengan merujuk kepada buku asalnya. Sesiapa yang berhasrat mengetahui sahabat yang meriwayatkan hadis atau takhrij hadis yang lebih lengkap, silakan merujuk buku asalnya.

Kami memohon kepada Allah s.w.t. Yang Maha Mulia lagi Maha Agung dengan Asma’ al-Husna dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, semoga menjadikan usaha penyusunan buku ini ikhlas kerana Allah dan memberi manfaat dengannya dalam hidup saya sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Demikian pula semoga bermanfaat bagi sesiapa yang membaca dan menjadi sebab tersebarnya buku ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. Yang Maha Suci lagi Maha Kuasa untuk melakukan itu.

Tsimir Al-Jannah Fi Tarjamati Risalah Al-Mu'awanah (Buah-buahan syurga terjemahan bagi risalah) ~ Asy-Syeikh Abdullah Bin ‘Alawi Bin Muhammad Al-Haddad

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Tsimar Al-Jannah Fi Tarjamati Risalah Al-Mu’awanah merupakan sebuah kitab terjemahan daripada kitab Arab yang berjudul Risalah Al-Mu’awanah karangan ulama tersohor As-Syeikh Abdullah bin Alawi.

Kitab ini membincangkan berkenaan ilmu Tasawwuf dalam menyucikan diri dan memperbaiki amalan agar bergantung kepada Allah subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Kitab ini telah ditransliterasi daripada tuliasan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan daripada segi bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian.