Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 30 October 2020

Terpanah Asmara ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Ainan Sofea.
Gadis polos yang terperangkap dalam permainan ibu dan anak. Hanya kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, dia terpaksa bersetuju untuk bergelar isteri kepada pemuda yang tak pernah dia kenal sebelum ini.
“Kenapa awak nak hancurkan masa depan awak hanya kerana nak ikut rancangan mengarut mak awak?” - Ainan

Ghibran Maleq.
Lelaki yang penuh dengan rahsia dan bakal bertunang dengan kekasih hati. Namun boleh pula dengan begitu mudah dia bersetuju bila dipaksa menikahi wanita yang baru dikenalinya.

“Jangan pernah terniat pun untuk tanggalkan cincin tu dari jari manis awak.” - Ghibran

Ainan reda demi menjaga aib serta maruah keluarga. Tetapi sebaris ayat yang meniti di bibir pemuda itu membuatkan hatinya layu sebelum mekar.
Nikah gantung. Tempoh 6 bulan diminta oleh Ghibran. Namun pada malam pertama bergelar suami

Jasmin Hidayah Dia Isteriku ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

“You dah kahwin ke, Cik Jasmin?”- RAJA UZAIR BENJAMIN
“Datuk cakap tanya apa saja pada I, tidak bermakna hal peribadi I pun you nak tahu, Encik Uzair!”- JASMIN HIDAYAH
“Dia dah kahwin ke, uncle?”- RAJA UZAIR
“Siapa?”- DATUK FAREEZ
“Your secretary!”
“Agaknyalah. Kan dah ada anak tu.”
“Nowadays, perempuan tak kahwin pun boleh ada anak, uncle!”

Kerana salah sangka dengan kehidupan Jasmin, Raja Uzair Benjamin mula memandang serong pada setiausaha pakciknya itu.

“Kalau you tak kahwin lagi, then Edrina tu …” - RAJA UZAIR
“Edrina anak I. Itu saja yang perlu you tahu.”- JASMIN

Sikap Jasmin yang buat tidak peduli dengan apa yang orang kata membuatkan Uzair mahu mengenalinya lebih dekat dan apa yang pernah terjadi pada kehidupan Jasmin dan Edrina membuatkan Uzair semakin mencintai gadis itu.

Kehadiran Jasmin dan Edrina di dalam hidup Uzair telah mewarnai kehidupan lelaki yang pernah kecewa di dalam rumahtangganya.

 

Pernah Dia Bahagia ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Cerita tujuh tahun lepas...
Julia dan Raffi, pasangan merpati dua sejoli yang menunggu detik untuk disatukan. Tiba majlis yang ditunggu, Raffi membuat kejutan supaya majlis dibatalkan. Julia merana, tertipu dengan pilihan hatinya.

Cerita sekarang...
Raffi tiba-tiba muncul menagih kembali cinta dan kemaafan daripada Julia.

“Jue, sepanjang kita bersama kita bahagia. Sekali pun saya tak pernah sakitkan hati awak. Hanya sekali itu je silap saya.” – RAFFI
“Yang sekali itulah yang paling saya tak boleh lupakan.” – JULIA

Permintaan Raffi supaya diberi peluang kedua tidak dihiraukan. Julia lebih rela pegang gelaran Andartu. Tapi mak su pula bising suruh dia kahwin. Elok waktu itu muncul Aidan sebagai pesaing Raffi. Tidak cukup itu Julia menerima gambar lukisan dirinya daripada pelukis misteri. Julia pening!

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Julia setuju berkahwin dengan Raffi. Bagi Raffi itu satu keajaiban.

Miss Mochi ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

“Awak panggil saya nama kuih? Mochi tu kuih, kan? Kenapa awak panggil saya mochi?” - Raisya

“Saya dah panggil nama Raisya tapi awak tak menoleh pun. Bila saya panggil Mochi, terus aje awak pusing.” - Ilham

Panggilan Mochi memang pelik bagi Raisya. Namun kerana panggilan pelik itu dia jatuh hati kepada Ilham. Lelaki itu bukan sahaja kacak tetapi juga romantik serta pandai mengambil hati.

“Saya rindukan awak. Sepanjang hari ni hati saya tak tenang sebab tak nampak muka awak.” - Ilham

“Encik Ilham tahu tak? Ada akta untuk dakwa orang ketiga. Kalau encik sibuk nak kacau kami, bersedialah nak kena saman.” - Raisya

“Macam mana nak wujud orang ketiga kalau orang kedua tu pun macam tak wujud?” - Ilham

Raisya terbuai dengan layanan Ilham sehingga dia hampir lupa statusnya. Dia telah ditunangkan oleh

Tuesday, 27 October 2020

lara Cintamu ~ Anis Ashikali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Janji tetap perlu dikotakan. Biarlah orang kata dia gila. Zerlindah Jawhara tak kira. Sebagai pengapit, dihadiri juga majlis perkahwinan bekas kekasihnya , Zafeeq. Untungnya dia, terjumpa pula dengan Shawn Adam. Rupanya sebiji macam Liam Hermsworth.

“You know what? I’ll have to make you mine! You’re not my type, but I just… have to.”- Adam
“Try me!” – Zerlindah

Dalam pada Adam kata Zerlindah bukanlah jenis perempuan yang dia suka, dia juga yang macam orang sasau memujuk rayu Zerlindah.

“I tak nak jawapan tak, sweetheart!” – Adam

Saat sudah sepakat, Zerlindah buat kerja gila sekali lagi. Lagi beberapa minit hendak ke pejabat kadi, dia ada hati nak larikan diri.

Ensiklopedia Kisah Para Nabi ~ Ibnu Katsir

(SEM & SS) RM100 > RM93

Allah SWT menjadikan Adam, sebagai bapa manusia, dengan tangan-Nya yang mulia. Membentuk tubuhnya dan meniupkan roh padanya. Lalu para malaikat sujud (hormat) padanya. Kemudian Allah menciptakan isterinya, iaitu Hawa, sebagai ibu manusia. Kehadiran Hawa yang ditempatkan di syurga, membuat Adam menjadi tenteram kerana telah memiliki isteri sebagai pendamping hidupnya di syurga. Allah melimpahkan nikmat-Nya kepada kedua-dua pasangan suami isteri.

Kemudian Allah menurunkan kedua-dua manusia ini (Adam dan Hawa), ke bumi, sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan yang penuh dengan hikmah. Dari Adam dan Hawa itu, Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Atas kekuasaan Allah yang agung, Dia menjadikan di antara mereka ada yang menjadi raja (penguasa); ada pula yang menjadi rakyat jelata, ada yang fakir dan ada pula yang kaya; ada yang merdeka ada pula yang hamba sahaya. Allah menempatkan mereka di seluruh penjuru bumi. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di atas bumi. Sebahagian mereka menggantikan pada sebahagian yang lain. Begitulah seterusnya hingga datangnya hari perhitungan amal

 

Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah ~ Syeikh Abu Malik Kamal Bin As-Sayid Salim

(SEM & SS) RM55.00 > RM51.00

Sesiapa yang melihat dunia pada hari ini dengan hati nurani, pasti memandang wanita sebagai sasaran musuh-musuh Islam. Wanita pada hari ini diumbang-ambing dan dibingungkan antara ajaran Islam dan kesesatan media massa. Bahkan seringkali ditemukan remaja puteri membesar tanpa pengetahuan tentang al-Quran dan hukum-hakam Islam. Tidaklan hairan kalau sebahagian dari mereka tidak mengenal hukum bersuci yang berkait rapat dengan sah atau tidaknya sembahyang dan tidak mengenal hukum sembahyang yang merupakan tiang kedua dalam Islam setelah dua kalimat syahadat. Demikian pula dengan ibadah dan muamalah yang lain.

lni lebih ketara lagi dengan hilangnya ikutan di kalangan kaum wanita serta lemahnya kemahuan untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar sesuai dengan nilai-nilai syariat. Hal ini boleh dilihat dengan meningkatnya kerosakan, merebaknya perkara-perkara yang melengahkan dan memancing syahwat.

Bertolak dan sinilah, wanita lebih memerlukan aturan dan pengajaran berbanding lelaki. Keadaan menuntut agar wanita boleh berkarya dan menuntut ilmu yang berguna serta mengamalkan amal soleh. Hal seperti inilah yang mendorong penulis untuk menulis buku tentang hukum-hakam wanita.
 

Doa-doa agar dikurniakan hari yang indah ~ Sa'id Bin Ali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ‘Doa-Doa Agar Dikurniakan Hari Yang Indah’ merangkumi doa-doa harian serta zikir-zikir yang boleh diamalkan setiap saat agar kita dapat menjalani aktiviti harian dengan mudah dan dianugerahkan hari yang membahagiakan setiap hari.

Allah SWT berfirman : “Bila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat, akan Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, maka mereka harus menyambut panggilan-Ku (segala perintah-Ku) dan ia harus beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah : 186)

Buku ini boleh dijadikan peneman setia anda walau ke mana sahaja anda pergi kerana seorang hamba yang sentiasa berdoa kepada Allah SWT tidak akan pernah berasa resah, risau atau sedih apabila seluruh kebergantungannya hanyalah pada Allah SWT.

 

Bintang Tidak Kerdip Tanpa Kegelapan ~ Dr. Abu Bakar Al-Jazairi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Buku ‘BINTANG TIDAK KERDIP TANPA KEGELAPAN’ ini menghimpunkan perjalanan hidup serta keperibadian insan-insan yang dipilih oleh Allah SWT sepanjang sejarah Islam.

Jika hati sering diulit kesedihan dan kebimbangan datang silih berganti, buku ini boleh dijadikan inspirasi dengan pengajaran yang terkandung di dalamnya, seperti sifat tawaduk, murah hati, kasih-sayang, sabar dan pemaaf yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Walaupun kita tidak dapat mempraktikkan keperibadian hebat para tokoh Islam secara keseluruhan, namun jika kita mengamalkan walaupun satu sifat mulia mereka secara istiqamah, maka ia akan mejadi bukti usaha kita untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.

“Wahai anak Adam manusia, kamu perlu mengawal nafsumu, kerana orang yang selalu menginginkan sesuatu yang dimiliki orang lain, nescaya akan selalu gelisah dan merasakan kesedihan yang berpanjangan, serta tidak akan mampu menyembuhkan kebenciannya.”

Menunggu dalam sabar


Bagaimana reaksi kita bila tiba-tiba tersentap?
Bagaimana kita berusaha menahan sabar?

Untuk didik akhlak yang baik ketika marah, ia bukan mudah. Kena belajar.

Buku: Najmi Nawawi. 2015. Head With Serban. Komrad buku. Selangor.

40 Hadis Bala Bencana: Selami Hikmah Di Sebalik Musibah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM11.00

Kelebihan

Mengajak anda agar sentiasa reda dan mensyukuri nikmat Allah
Membantu meneguhkan keimanan terhadap Allah
memahami hikmah musibah yang dihadapi.
Memupuk sifat sabar dalam diri tatkala menghadapi kecelakaan.
Mengelakkan daripada berprasangka buruk terhadap Allah.

Sinopsis
Dalam konsep Islam, semakin besar ujian, semakin besar ganjaran (pahala) yang diperoleh. Ironinya, konsep tersebut seakan-akan diketepikan oleh para penghuni bumi, lebih-lebih lagi umat Islam sendiri disebabkan iman yang senipis kulit bawang. Mereka merasakan bahawa ujian berat yang ditempuhi itu adalah kerana Tuhan telah melupakan mereka dan ingin membebani mereka. Walhal, mungkin musibah yang menimpa mereka itu sesuatu yang baik bagi mereka.

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Kamil ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM75.00 > RM69.00

Kelebihan
  1. Khat Baharu Yang Lebih Jelas Dan Menarik.
  2. Waqaf (Merah) Dan Ibtida’ (Hijau) Yang Diwarnakan Latar Belakang Teks Al-Quran.
  3. Tajwid 5 Warna Yang Diwarnakan Pada Teks Al-Quran.
  4. Terjemahan Bahasa Melayu Terkini Bertema.
  5. Kaedah Al-Mizan Untuk Mengakhiri Bacaan Dengan Lebih Sempurna.
  6. Hadis Sahih Sebagai Info Sampingan.
  7. Asbabun Nuzul Untuk Mengetahui Sebab Penurunan Ayat
  8. Indeks Tematik Untuk Rujukan.
  9. Doa-Doa Pilihan.


7 Surah Agung ~ Fuad Ismail

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

WARNA: HIJAU, UNGU

Kelebihan:
  • Menggunakan KHAT BAHARU RASM UTHMANI
  • PEWARNAAN BACAAN TAJWID pada teks al-Quran.
  • PEWARNAAN WAQAF & IBTIDA’ bagi ayat-ayat panjang dengan diwarnakan latar belakang teks al-Quran.
  • MUKADIMAH SURAH dinyatakan pada permulaan surah agar pembaca dapat mengetahui latar belakang surah.
  • ASBABUN NUZUL dimasukkan juga bagi mengetahui sebab penurunan ayat.
  • KELEBIHAN-KELEBIHAN SURAH berdasarkan hadis Nabi SAW dan athar daripada sahabat dan tabiin.
  • INTISARI SURAH bagi mengetahui sesuatu perbahasan atau topik dalam surah tersebut.
  • Terjemahan dan nota kaki menggunakan TERJEMAHAN PIMPINAN AR-RAHMAN.
  • PERBAHASAN RINGKAS HADIS DHAIF yang menjadi permasalahan dalam kalangan masyarakat.


Panduan Lengkap Ibadah Muslim Sepanjang Zaman: Surah Yasin, Tahlil, Doa, Solat Sunat, Selawat ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Kelebihan

  • Buku ini turut menyelitkan bacaan tahlil sebagai pelengkap bacaan yasin,di samping solat-solat sunat dan doa-doa saranan dalam kehidupan seharian.
  • Buku ini dapat membantu memantapkan dan mencambah benih keimanan dalam diri.
  • Disertakan dengan terjemahan Bahasa Malaysia yang mudah di fahami supaya pembaca mendapat penghayatan dan pemahaman yang lebih jelas.

Sinopsis
Yassin, tahlil dan doa menjadi bacaan lazim masyarakat, lebih-lebih lagi ketika majlis tahlil, majlis kesyukuran dan seumpamanya. Bonus bagi buku Surah Yassin terbitan Telaga Biru ini kerana ia turut dilengkapi tahlil, panduan doa pilihan, solat sunat dan selawat yang menjadi nilai tambah kepada amalan seseorang individu Muslim.

Monday, 26 October 2020

Kinsukuroi Dua Hati ~ Siti Hazneza Abdul Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Saya cuba lintas jalan menuju ke Pusat Islam agar dilanggar kereta dan jika saya mati, orang akan kata saya mati dalam perjalanan ke Pusat Islam. Namun alhamdulillah saya tersedar apabila sudah nyaris dilanggar kereta... Jika semua orang kata saya mati dengan husnul khatimah, kesudahan yang baik... Allah tahu saya bunuh diri.” 

Jika Natasha tanpa sedar telah mengeluarkan dia dari lohong gelap jiwanya, Farihin dengan sedar mahu mengembalikan senyum, tawa dan cahaya dalam hidup Natasha. Farihin tidak akan membiarkan Natasha seperti tembikar pecah yang dibiarkan tersadai di penjuru bilik. Dia akan memalam retak-retak hati Natasha dengan cinta dan kasihnya. Natasha akan menjadi tembikar anggun, tegak bermaruah menghiasi ruang paling utama hidup mereka. 

“Sukidesu, daisukidesu - Natasha

Heroku Selamanya ~ Miesakamisa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Perkenalan dan kerjasama antara mereka bukanlah semudah yang disangka. Mengenali bujang terlajak itu sentiasa menguji maksud sabar. Ia menjadi lebih rumit apabila si sepupu turut campur tangan. Kena perli, selalu. Makan hati, setiap waktu. Kelahi hingga jadi seteru. Tapi, kenapa rasa aneh ini muncul? Mereka punya ‘chemistry’ ke? Benarlah yang disangka panas, hujan di tengah hari. 

Belum sempat menggembur rasa, ia telah terkubur dek prasangka. Chantiq berjauh hati apabila Fateh lebih memilih percaya akan fitnah. Dia marah, dia lelah. Namun sekali lagi hatinya membuat onar. Mengapa mesti terselit rindu? Bila bahagia mendekati, mengapa curiga masih merajai? 

“That is the truth. I never cheat on you. Abang bukan muda lagi sayang nak try and error untuk semua ni. Please... Put your trust on me.” Bolehkah bersama, jika cinta tanpa percaya? Mampukah gapai bahagia, jika tanpa restu orang tua?

The Golden Story of Abu Bakar As-Siddiq: Sahabat Nabi Yang Paling Utama ~ Haji Husseny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM36.00

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar telah dibai'ah menjadi khalifah Islam yang pertama pada tanggal 13 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah. Memegang tampuk kepimpinan yang tertinggi di dalam sebuah negara yang masih baru memerlukan kekuatan dan kemahiran dari pelbagai aspek. Lebih-lebih lagi ketika itu cabarannya amat besar dan mencabar. Banyak unsur negatif timbul seperti Nabi palsu, keengganan untuk patuhi ajaran Islam, tidak mahu membayar zakat dan juga ancaman daripada musuh-musuh yang berazam untuk menghancusrkan Islam seperti Rom dan Parsi. Ini yang perlu dihadapi oleh Saidina Abu Bakar.
 

Mengapa terkadang saya boleh menjadi alim & terkadang boleh menjadi zalim? ~ Muhammad Muhyidin

(SEM & SS) RM13.00 > RM12.00

"Kadangkala, saya amat mudah bangun malam, berzikir penuh khusyuk, bahkan menangis sayu memohon keampunan atas dosa-dosa dan munjat atas harapan. Hati saya mudah tersentuh melihat orang miskin dan fakir dan saya akan terus berikan duit tanpa ragu. Tetapi kadang-kadang saya begitu malas, jangankan tahajjud, solat wajib pun ditinggalkan, berubah menjadi jahat. Malah arak pun pernah saya teguk. Kadang-kadang saya rasa amat dekat dengan Allah. Tetapi kadang-kadang sangat jauh dari-Nya. Apa yang sebenarnya terjadi dengan iman dan keperibadian saya, ustaz ... ?"

Keluhan seperti ini sering didengari, tidak termasuk keluhan yang tidak pernah diluahkan. Kita semua pasti mengalami perkara seperti ini. Merasa iman di hati sangat kuat, soleh dan alim tetapi di waktu lain, iman di hati terasa mati, cenderung kepada mungkar dan zalim. Di manakah silapnya? Mengapa kualiti iman menjadi sangat kritikal dan goyah? Seolah-olah mutu keislaman dan keimanan kita sentiasa bertarung antara kekuatan dan kelemahan. Hinggakan diri kadang-kadang boleh menjadi alim (dikala iman menang) dan kadang-kadang menjadi zalim (dikala nafsu menang). Waktu iman menang, kita menjadi baik, lembut dan alim sebaliknya sewaktu nafsu menguasai diri kita akan menjadi jahat, keji dan zalim.
 

Fiqh Sunnah Jilid 1 ~ As-Sayyid Sabiq

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

Antara keutamaan ajaran Islam yang merupakan pedoman hidup umat manusia di muka bumi ini adalah memberikan pedoman yang syumul dalam membina kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan tamadun umat manusia. Bukan itu sahaja, malah ajaran Islam mampu merubah kejahiliyahan, kebodohan, kesesatan, kemungkaran, kezaliman menjadi keadilan, keberkahan, kebaikan dan kemaslahan bagi umat manusia.
Buku "Fiqh al-Sunnah" ini merupakan salah satu panduan dalam kehidupan seorang muslim dalam menjalankan hukum-hakam Allah (s.w.t). Bahasan dalam buku ini meliputi semua aspek hukum dalam ajaran Islam. la menghuraikan sekali gus memaparkan sunnah-sunnah Rasulullah yang pernah dipraktikkan dalam perkara ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah.

As-Sayyid Sabiq, pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hukum Islam yang sangat terkenal di dunia Islam, telah pun menghuraikan dan memaparkan perbahasan tersebut sedemikian lengkap dan terpadu, sehingga menjadikannya sebagai salah satu rujukan yang bernilai tinggi dan

Al-Jauhar Al- Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub (Permata pemberian yang indah & menjaga segala hati yang lalai) ~ Asy-Syeikh Ali Bin Abdul Rahman Al-Kelantani

(SEM & SS) RM46.00 > RM41.40

Kitab 'AL-JAUHAR AL-MAUHUB' ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilan daripada " Kitab Lubab Al-Hadith", karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan "mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya.

Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguliiiya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Kita semakin tua setiap hari


Kita semakin tua
Apa kita bawa

Kita semakin tua
Bagaimana amalan kita

Kita semakin tua
Adakah hidup ingin selesa sahaja

Kita semakin tua
Moga Allah bimbing kita sentiasa

Quote buku: Hisham AR. 2018. Untuk Hidup 2 Kali. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Friday, 23 October 2020

Mikayla ~ Melur Jelita, Tiffirah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kejarlah aku. Aku menuju ke arah mu.

HARDI-E. AR RAHMAN

"Saya minta maaf."

"Orang yang lemah akan berdendam. Orang yang kuat akan memaafkan."

WAN ADRA MIKAYLA

“Orang yang suci hatinya tidak peduli. Kerana sibuk mencari ikhlas.”

“Awak tau... saya tak peduli... Saya tak pernah pedulikan awak atau sesiapa pun" Goresan di hati Hardie menitiskan darah lukanya. Tap... tap... tap... Selama ini Mikayla tidak pernah pedulikannya. Ada ke tidak ada... sama sahaja. Kemaafan yang dicarinya selama ini... ternyata tidak pernah ada. Dia tidak bererti apa-apa kepada Mikayla. Ternyata... Hakikat ini lebih memedihkan daripada cinta yang tertolak. Hakikat.

 

Wednesday, 21 October 2020

Lenyap ~ Zaifuzaman Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Mayat tu seorang perempuan, tuan.”

Inspektor Murad kemudiannya mendekati jasad yang terkujur kaku di atas tanah yang agak lembik. Berhati-hati dia melangkah. Mayat perempuan yang masih tidak dikenali identitinya itu diperhatikan dengan tekun. Kemudian lelaki itu bertinggung untuk memeriksanya dengan lebih dekat dan teliti.

Wajahnya membiru. Tidak rosak walau sedikit pun. Menandakan mayat itu masih baru lagi. Kesemua anggota tubuhnya juga lengkap. Terdapat kesan belahan pada dada, memanjang hingga ke atas perut. Luka itu ternganga dan dipenuhi dengan air yang agak berlumpur.

Inspektor Murad tidak berniat untuk memeriksa belahan luka itu. Dibiarkan saja doktor daripada Jabatan Patologi untuk membongkarnya. Dia pasti pakar koroner yang bakal melakukan bedah siasat itu nanti mampu memberikan jawapan pada persoalan bagaimana mangsa mati, bilakah kematiannya dan apa yang menjadi punca kematiannya.

Akan terjawab sama ada puncanya berkaitan dengan perbuatan khianat ataupun kecuaian. Rumusan awal yang menjelma dalam benaknya mengatakan kematian ini adalah satu pembunuhan yang

Lily ~ Anis Akhir

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Bukan begini hidup yang dicari... 

"Satu... dua..." Azhan mula mengira. Kakinya juga melangkah sama dengan kiraannya. 
"Kau jangan berani dekat!" Lily mengacu pisau ke arah Azhan. Diusir pergi, menggali hidup sendiri... 
"Kesian pula aku tengok dia. Sampai macam tu sekali dia stres. Aku rasa mesti ada something yang pernah terjadi dekat dia dulu. Kau pun tengok sendiri kan badan dia penuh lebam-lebam. Entah-entah dia mangsa dera tak?" Kerana tidak pasti, hidupnya menjadi mati... 
"Jangan apa-apakan aku! Tolong!" Gadis misteri itu sedang tercegat di depan pintu dan tersenyum. Senyuman yang sama diberikan sewaktu mereka pertama kali berjumpa. 

Lily kenal orang itu. Mungkin dia lali, kisah hidupnya dicuri... "Aku tak percaya. Kau tu hantu! Kau jangan nak rosakkan fikiran aku! Aku dah gila agaknya," Lily meramas rambut menjadi kusut.

Tertulis Kita Sampai Syurga ~ Aalin Amily

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tidak pernah terlintas di fikiran Arya Darlina akan berkahwin pada usia yang sangat muda. Dek kedegilan dan kehidupannya yang terlalu sosial, dia tidak dapat menolak. Terpaksa dalam rela, dia akur menjadi isteri kepada Luthfi Hakimi. Paling mencabar adalah apabila dia harus menerima hakikat yang dia adalah ibu tiri. Gila! Diri sendiri belum lurus, masakan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan anak-anak? 

"Janganlah panggil mami. Macam tua aje panggil macam tu. Panggillah sister." - Arya 
"Kenapa panggil sister pulak, Arya?" - Luthfi 
"Biarlah! Arya tak bersedia lagi tau nak jadi ibu. Apa salahnya panggil sister? Bukan wajib pun panggil mami, mama, semua." - Arya 

 Dek layanan dan sikap baik Luthfi, akhirnya bunga-bunga cinta terbibit dalam hati Arya. Semakin hari hidupnya terasa bahagia dan lengkap dengan suami dan anak-anak. Naufal yang sudah lama memendam perasaan kepada Arya tetap tidak berputus asa meskipun Arya sudah menjadi milik lelaki lain. Tidak cukup dengan itu, Fiona juga datang menagih kasih Luthfi. Kebahagiaan yang diimpikan tergugat dengan pelbagai dugaan. 

 "Dulu Fiona, sekarang Arya pulak. Tak layak ke aku untuk bahagia macam orang lain? Aku tak mintak banyak. Aku cuma nak orang sayangkan aku seperti aku sayangkan mereka. Tapi apa yang aku dapat? Nothing!" - Luthfi


Allah mampu ubah, kita cuba usaha


Allah boleh buat segalanya.Kita cuma perlu berdoa, berusaha & bertawakal.
Don't give up. Kita usaha & jalan terus. Nikmatilah hidup.

Buku: Luqmmann. 2019. Metanoia. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Sunday, 18 October 2020

Hati Memilih Cinta ~ Fatiah Zohar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Ditinggalkan suami dan dibuang keluarga mertua ketika cahaya matanya masih dalam kandungan membuatkan Izzatul Aqma hidup dalam tekanan perasaan. Atas kekhilafan diri yang terlalu dibelenggu kesedihan, hari-hari yang dijalaninya bagaikan satu hukuman. 

 "Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin bertahan. Namun, kesakitan ini benar-benar mengujiku. Tiupkanlah kasih dan sayang-Mu. Bangkitkan aku dengan kekuatan dan cinta daripada-Mu." - Izzatul Aqma 

Bahagia sudah lama menjauh dan sepi menjadi teman paling akrab. Namun, kemunculan Zhaqeef Adha mengubah segala-galanya. 

"Sepi tak bermakna sendiri, Izzatul. Ini bukan tentang Adh. Bukan juga tentang Arzad Elhan. Ini tentang Zhaqeef Adha yang ingin memenangi semula hati Izzatul Aqma." - Zhaqeef Adha 

 Kesungguhan jejaka itu mendekati dan mahu menawannya hatinya, membuatkan prinsip dan pegangan Izzatul Aqma menjadi goyah. 

 "Gunakan saya. Jadikan perkahwinan kita sebagai alasan untuk tinggalkan semua kesedihan dan kesakitan awak. Saya tak kisah." - Zhaqeef Adha 
 Dia membenci Zhaqeef Adha, tapi hati mengatakan sebaliknya. Kesanggupan jejaka itu menunggu balasan cintanya, membuatkan Izzatul Aqma berada di persimpangan dilema.


Lelaki Yang Kupinta ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Hadi Muqri dan Suria Aqilah, berkawan baik sejak kecil lagi. Tapi, takkan kawan saja? Salah sorang langsung tak ada rasa cinta? Mestilah ada. Perasaan cinta itu, Hadi yang rasakan. Bila dia luahkan, Suria letak Hadi dalam friend zone. Bila dah kena friend zone, Hadi ambil keputusan untuk move on. 

Setelah tujuh tahun berlalu, Hadi dan Suria bertemu semula. 
 "Kenapa kau tak kahwin lagi?" 
"Belum sampai jodoh. Aku sibuk dengan kerja kat galeri tu." 
"Ke... kau cari lelaki macam aku? Lelaki macam aku memang tak ada lagi. Ada satu aje dalam dunia ni." 

 Bila Hadi cakap macam itu, Suria terdiam. Hati dia pula yang berdebar-debar. Jadi, betullah kata-kata keramat itu. Lelaki dan perempuan memang tiada istilah kawan baik. 

Mak Hadi dan Datuk Afia ambil keputusan untuk jodohkan mereka. Dua-dua angguk setuju. Suria sangka dia kenal siapa Hadi. Tapi, bila sudah duduk sebumbung, Hadi jadi lelaki paling romantik dalam dunia ini. 

 "Apa fungsi mulut selain makan dengan minum?" 
"Fung... fungsi lain? Bercakap." 
"Ada satu lagi fungsi yang lain. Awak tahu?" 
 Hadi punya sisi lain lagi yang Suria tidak tahu. Selain rasa cinta setiap kali memandang Suria, ada perasaan bersalah turut menghuni hati Hadi. Dia pendam rahsia itu selama 21 tahun.


Membongkar Sejarah Agama & Budaya Melayu ~ Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Sebagai wilayah yang menjadi jalan persimpangan ( crossroad ) agama dan budaya , Alam Melayu mengalami perkembangan sejarah yang unik. Dari segi agama, ia bermula dengan tradisi agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama atau kepercayaan asli, diikuti oleh agama Hindu dan Buddha dari India , dan agama Islam baik melalui India, Cina, ataupun terus dari Arab-Parsi.

Dan dalam perkembangannya di Alam Melayu, walaupun pada prinsipnya ia mempunyai ciri-ciri yang distinktif atau berbeza, tetapi ia mengalami proses asimilasi baik secara sederhana mahupun secara berlebihan dalam bentuk sinkretisme. Bersama dengan kedatangan agama juga ia membawa kebudayaan dan tamadun yang meliputi berbagai aspek kehidupan dan pemikiran ( life and thought ). Berbeza daripda pandangan model sekular yang memisahkan urusan agama dan kehidupan sebaliknya dalam pandangan tradisional persoalan budaya berkait rapat dengan agama sebagai asasnya ( foundation ).

Namun dalam perkembangan budaya , nampaknya pengaruh budaya Hindu bersifat elitis , pengaruh budaya Buddha bersifat rakyat, dan terutamanyabudaya Islam lebih menyeluruh baik di peringkat atasan mahupun rakyat bawahan umumnya. Walaupun pada prinsipnya ajaran Islam berteraskan kesamaan darjat manusia kecuali kerana taqwanya , tetapi dalam praktiknya di Alam Melayu ada kalanya terdapat unsur perbezaan darjat dari segi penggunaan bahasa, adat istiadat, perundangan dan sebagainya.

 

Dome of The Rock: Rahsia Kubah Batu Tergantung di Baitulmaqdis ~ Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap)

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini berkisar tentang kisah benar Masjid Al-Aqsa, masjid yang perlu kita pertahankan demi maruah agama. Bangunannya berciri senibina Islam dihiasi pula dengan bedaya Islam , ia menjelaskan betapa pentingnya masjid ini kepada umat , dilengkapi bahan rujukan termasuk beberapa ayat Quran yang berkaitan . Ia menceritakan tentang Masjid Kubah Batu atau batu Tergantung di Baitul Maqdis. Ia memberi ilmu yang tepat tentang sejarah Kubah Batu, "Dome of the Rock" atau lebih terkenal dengan panggilan Batu Tergantung yang kurang kita fahami. Semoga bermanfaat.

Membongkar Rahsia Iskandar Bukanlah Zulqarnain ~ Prof madya Dr. Afareez Abdul Razak Al-Hafiz, Muhammad Syukri Abd Hamid

(SEM & SS) RM36.90 > RM33.20

Sudah tiba masanya , ilmu dan pengetahuan diperalat untuk memperbetul naratif yang telah dimanipulasi sekian lama. Siapa itu susuk Iskandar yang disebut sebagai Alexander The Great? Siapa itu Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran? Apakah kehebatan Zulqarnain hingga kisahnya direkodkan dalam al-Quran? Siapa pula susuk Cyrus the Great? Apakah kehebatan Cyrus the Great melangkaui kehebatan Alexander The Great? Mungkinkah susuk yang digelar sebagai Zulqarnain dalam al-Quran itu bukan Iskandar? Siapakah raja yang membantu kaum yang diganggu Yakjuj Makjuj?

Sudah berkurun dihegomoni kononnya Iskandar (Alexander the Great) adalah Zulqarnain iaitu watak Qurani. Adakah Alexander The Great hebat dalam sejarah? Ya. Adakah beliau sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain? Tidak. Bahkan terdapat tokoh lain yang lebih sesuai disandarkan dengan gelaran itu. Berbekalkan kajian berdasarkan kepelbagaian sumber , buku ini mempersembahakan perbincangan dengan hujah munasabah menjelaskan tokoh yang yang lebih sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.

 

Membongkar Rahsia Misteri Bangsa Melayu ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini membicarakan mengenai orang Melayu yang meliputi 7 bab iaitu Budaya, Senjata, Mistik, Mitos, Perubatan Melayu, Kerajaan dan juga Pengetahuan Melayu. Sudah tentu risalah yang kecil ini tidak mampu memuatkan semua mengenai Melayu namun saya memilih beberapa perkara yang pada saya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Perubahan zaman turut membawa perubahan kepada orang Melayu dan diharapkan risalah kecil ini mampu membawa kedepan sedikit sebanyak khazanah pengetahuan Melayu yang pernah mewarnai dunia nenek moyang kita pada suatu masa dahulu.

Banyak ilmu-ilmu lama orang Melayu pupus bersama dengan peredaran zaman seperti ilmu menjinakkan gajah dan sebagainya. Itu merupakan perkara yang bagi saya cukup dikesalkan. Nasib baik ada penulis-penulis kita yang mengangkat kembali pengetahuan lama ini agar dapat dibaca semua oleh orang kita sebagai salah satu cara menambah gedung pengetahuan.

 

The Spiritual Strenght in Our Scars ~ Liyana Musfirah

(SEM & SS) RM45.00 > RM41.00

We often pretend to be happy and put on a brave face for the world despite carrying the pain of enduring a personal struggle or adversity.

When we are alone, that is when we fall into despair — for failing to overcome the struggles that we carry silently in our hearts.

Are we considered strong if we do not fall when life pushes us to the ground? Do our faith and belief tell us that we cannot let our misery affect us because as the saying goes, “we must bear patience”?

In this book, author Liyana Musfirah takes readers on a reflective journey of discovering the strength that emerges from each of our painful and scarring episodes.

This is the book that celebrates what God has given women — the resilience to withstand emotional, spiritual, or even physical hardships.

 

Rehatkan Hati Dengan Solat ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.”
Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.
***

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.

Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna.

Hiduplah Untuk Hari Ini ~ Muhammad Al-Ghazali

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Sedih, risau, kecewa, gelisah.

Mungkin ada di antara kita yang dibelenggu kesilapan lalu sehingga menyalahkan diri sendiri, ataupun resah memikirkan hari esok yang belum pasti.

Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak daripada melalui episod kegelisahan dalam hidup kita. Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditempuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.

Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu seruan berasas dan praktikal – menjadikan buku ini relevan untuk semua.

Talk To Allah ~ Ayesha Syakira

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

When was the last time you really poured your feelings out to Allah?

****
We have been taught that the only time we can communicate with Allah is when we are making du’a to Him. Even then, it comes with a set of restrictive rules that puts a ‘barrier’ between Allah and us.

The things we recite are verses that we were told to memorise, but rarely do we truly talk to Allah about the troubles that are weighing down our hearts.

Because it feels awkward.

Thus when we are down and sad, we seek other means for comforting ourselves, but often they offer only temporary respite. We forget that true comfort lies only with Allah.
****
In this book, author Ayesha Syahira takes you on a journey of spiritual discovery; of reconnecting with Allah wholeheartedly. The author focuses on nurturing the lifestyle of talking to Allah; of finding comfort by making du’a to Him at any time of the day.

Tanda Allah Sayang


 How was your day?
Jika ok, Alhamdulillah.
Jika tak ok, takpe. Allah kan ada untuk mengadu.

Buku: Head With Serban

Tuesday, 13 October 2020

Isteri CEO Viral ~ Batiah Hadi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Benjamin Idris atau Ben merupakan CEO terkenal di media sosial. Bella pula seorang gadis biasa yang masih menganggur. Dia terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Pada suatu hari, Ben menyelamatkan Bella daripada samseng di sebuah pusat hiburan. Sejak itu, mereka asyik bertemu.

Apabila gambar Ben dan sepupunya, Erinna tular di media sosial, Ben memaksa Bella mengahwininya. Mereka perlu menularkan imej sweet dan lovely sebagai relationship goal untuk mengaburi pandangan netizen terhadap gosip Ben dan Erinna. Namun, awal-awal lagi Ben sudah memberi amaran kepada Bella supaya jangan jatuh cinta padanya.

“Saya berterus terang supaya awak tak kecewa bila tiba-tiba awak jatuh cinta pada saya. Saya tak nak awak salah faham dengan semua perhatian dan layanan saya bila kita kahwin nanti. Saya buat semua tu mungkin sebab nak selamatkan syarikat saya aje.” - Ben

“Awak tak ada hati perut, Ben. Sanggup awak ugut saya kahwin dengan awak? Awak gunakan kelemahan saya untuk paksa saya kahwin dengan awak. Boleh ke saya jatuh cinta dengan orang macam tu?” - Bella

Mampukah mereka untuk tidak jatuh cinta? Pada masa yang sama, hubungan mereka diuji dengan kisah lampau. Hatta masih berharap pada Bella. Malika pula tidak berhenti mengejar Ben dan juga Erinna yang mula sedar dia harus merebut Ben daripada Bella.
 

Ulu yam di Liverpool 3 ~ Nazali Noor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini merupakan nukilan terakhir Allahyarham Nazali Noor seteleh tiga tahun menyepi, kerana kekangan kesihatan yang tidak menentu membantutkan usaha beliau menghabiskan karya ini.

Manuskrip ini tidak sempat diedit oleh editor kerana karyanya dihantar kepada pihak editor beberapa minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia. Namun kami sebulat suara untuk terus terbitkannya dalam teks asal. Sekurang-kurangnya karysa asal ini menjadi kenangan manis buat tatapan peminat arwah.

Melalui nukilan ini, arwah mengabadikannya khas buat isteri tercinta Ainon Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Ain merupakan wanita dunia dan akhirat arwah.

Menceritakan bibit-bibit perkenalan, dan seterusnya hingga ke jinjang pelamin. Betapa manis dan romantiknya memori mereka berdua. Memori terindah... Sayang, cinta dan kasih bersemi menjadi satu sehingga kukuhnya ikatan perkahwinan mereka. Dikurniakan lima orang anak yang comel dan bijak merupakan pelengkap rumah tangga mereka. Ain berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan mereka dan menjadi isteri tanpa mengenal penat lelah.

Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

Friday, 9 October 2020

Lelaki Penuh Misteri ~ Luna Bulan

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan menjadikan Nurul Fadhia trauma. Tapi bagus juga batal. Kalau tak, Fadhia tak tahu yang Zachary tu gay. Maknanya dia selamat sebelum menjadi mangsa. Cumanya, Fadhia jadi prejudis pada lelaki. Dan mangsa prejudisnya ialah Rezza Akif. Belum apa-apa kasut ballerina Fadhia sudah mendarat di muka lelaki itu. “Woi! Penyangak apa kejadahnya. Nak bunuh orang ke?” - Rezza “Sebelum aku yang kau bunuh, baik aku bunuh kau dulu.” - Fadhia 


Itu kisah pertemuan pertama. Tapi, ia tak berakhir di situ. Pertemuan seterusnya, Megan Fox merah milik Rezza tercium pokok gara-gara Fadhia. “Mata letak kat lutut ke? Meh sini aku siku bagi naik atas semula.” Rezza yang berkaca mata gelap dengan baju Melayu merah siap bersamping itu tak ubah macam red bull di mata Fadhia. “Siapa lelaki tu, Dhia?” “Entah! Lelaki misteri.” Tiada yang manis pun pada pertemuan mereka. Tapi, aturan Tuhan tu sangat indah. 


Walau tanpa yang manis-manis, Rezza tetap juga tertarik dengan Fadhia, Fadhia juga kata Rezza lagi menarik dari Zackhary. “Awak ada tali tak?”- Rezza “Tali apa?”- Fadhia “Tali untuk ikat hati awak kat hati saya ketat-ketat.”- Rezza “Kalau tali tu putus macam mana?”- Fadhia “Awak duduklah diam-diam. Pastikan bergerak seiring detak jantung saya.” - Rezza Apakah pengakhiran pertemuan mereka akan ada yang indah-indah? Atau lelaki misteri yang bernama Rezza Akif itu cuma mangsa dalam misi membalas sakit hati?
 

Mr. Nice Jerk ~ Illa Shanahila

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Nura hampir nak hantuk kepala ke meja bila dia ‘terpaksa rela’ menjadi pembantu kepada Aryan yang digelar si Putera dari Antartika. Dah la sinis semedang dan beku memanjang, super pembuli tak payah cakap.

“I nak you iklankan cari secretary baru untuk gantikan you. Ciri-cirinya, berperwatakan menarik, bujang, umur 27 tahun ke bawah dan sedap mata memandang.” - Aryan.

Bulat mata Nura memandang encik bos di depannya. Hari pertama masuk pejabat, sudah mahu mencari penggantinya a.k.a mahu dia berhenti kerja.

“Dalam kata lain, I ni memang tak ada ciri-ciri yang encik naklah?” – Nura.

Namun bila Nura ambil keputusan untuk berhenti, lain pula jadinya. Tak sampai seminggu, bos kekwat minta lempang itu dah terpacak depan rumah, meminta Nura kembali bekerja.

Thursday, 8 October 2020

Akira Khan ~ Ammara Ayyash

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Pertemuan yang singkat membuatkan Akira jadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung,“Sayang?”

Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira?
Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin,
wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin.

"Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira.

"When you need me?" Akira ketawa pedih.
"If you really need me, you will find me.”
Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula.

Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana?

“Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!”

Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!

Berusahalah & perbaiki diri


Berusahalah.Jangan putus harapan.
Berdoa, berusaha & bertawakal.

Rujukan: Muhammad Lukman Al-Hakim. Solusi Isu 105. Terowong Harapan.

Monday, 5 October 2020

Coffee Sara ~ Ieya Sya

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Dianggap sebagai ‘pesalah’ selama bertahun-tahun menjadikan Sara seorang yang paranoid, menyendiri dan menutup diri sendiri dari dunia luar. Apatah lagi yang menjatuhkan hukuman itu adalah Kifli, darah dagingnya sendiri.


Hadirnya Faz, seorang lelaki halimunan di alam mimpi membuka ruang untuk dia melarikan diri dari realiti. Disangka cuma teman ilusi mimpi, rupa-rupanya Faz wujud di alam realiti. Mereka berjanji untuk bertemu setelah wujud rasa indah antara mereka.

“Cukup tujuh kali kita bertemu dalam mimpi ni, kita jumpa di dunia sebenar.” – FAZ

Tiba-tiba Adam muncul sebagai penyewa rumah. Seorang lelaki yang adakalanya menjengkelkan dan adakalanya menyenangkan. Entah kenapa Sara merasakan Adam sentiasa ada untuknya. Sentiasa menjadi penyelamatnya. Setiap kali dekat dengan lelaki itu, ada getar debaran di dadanya. Ada rasa indah di jiwa. Macam mana dia boleh jatuh hati kepada dua orand lelaki dalam masa yang sama?

“Aku mula cintakan kau, Sara...” – FAZ
“Saya takut kalau awak cuba terima saya selepas tahu saya cintakan awak.” – ADAM
“Ya, saya cintakan dia!” – SARA

Namun satu nota merubah segalanya, termasuk kisah cinta mereka. Rahsia dan kisah sebenar punca kejadian Sara menjadi ‘pesalah’ mula terbongkar. Mereka semua terlibat.

Siapakah sebenarnya yang bersalah dalam kejadian itu? Siapakah lelaki yang menjadi pilihan Sara dan layak menerima cintanya?

Kisah Tanah Kubur ~ Elyas Bahar

(SEM & SS) RM14.50 > RM13.10

Sayugia setiap kehidupan akan merasai kematian namun tiada siapa dapat memberikan jaminan ke mana destinasi pengakhiran kehidupan kita, Syurga atau Neraka? Di dalam buku ini, penulis telah menjelaskan mengenai kisah-kisah yang ada kaitannya dengan kematian, seksaan-seksaan, dan nikmat-nikmat yang akan dilalui setiap daripada kita bergantung kepada amalan-amalan yang dilakukan ketika hidup di dunia.

Semoga dengan paparan kisah-kisah ini akan memberi inspirasi dan pedoman dan pembaca akan adanya nikmat dan seksa kubur selepas kehidupan di dunia ini.
 

Jangan Takut Kita Punya Allah ~ D. A. Akhyar

(SEM & SS) RM19.00 > RM17.10

Semua permasalahan itu akan ada jalan keluarnya, jangan pernah takut dengan apa yang sedang dijalani sekarang ini. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi, tetapi kita juga tidak boleh takut dengan apa yang akan terjadi.

Sejatinya masalah dalam hidup ini akan menjadikan kita lebih kuat. Layaknya pepatah Arab, “Pukulan yang tidak membunuhmu, akan menjadikanmu lebih kuat.” Masalah hidup pun begitu, masalah yang tidak membunuhmu, akan menjadikanmu lebih kuat. Maka, jangan takut, kita punya Allah.

Buku ini menawarkan solusi dari ketakutan-ketakutan yang sering kali dialami manusia. Mulai dari dihantui masa lalu, tatkala diri dikuasai rasa kekhawatiran, kesulitan menghimpit, pesimis dalam menghadapi jalannya kehidupan ini dan merasa diri dipermainkan oleh keadaan dunia. Buku ini memberi motivasi luar biasa bagi menghadapi ujian hidup dengan yakin dan akhirnya menemukan sebuah kebahagiaan dan keindahan dalam kehidupan.

Sorry God We Are Busy! Maaf Tuhan Kami Sedang Sibuk! ~ Ahmad Rifa'i Rif'an

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Tuhan, maafkan kami, urusan kami di dunia ini masalah sangatlah banyak, sehingga kami sangat kesulitan menyelesaikan sebagian harta untuk bekal kami di alam abadi-Mu. Jangankan sedekah, jangankan jariah, bahkan mengeluarkan zakat yang wajib saja seringkali terlupa, Tuhan, urusan-urusan dunia kami masalah amatlah banyak. Jadual kami masih amatlah padat. Kami amat kesulitan menyempatkan waktu untuk mencari bekal menghadap-Mu, kami masih belum dapat meluangkan waktu untuk khusyuk dalam rukuk, menyungkur sujud, menangis, mengiba, berdoa, dan mendekatkan jiwa sedekat mungkin dengan-Mu. Tuhan, tolong jangan dulu Engkau menyuruh lzrail untuk mengambil nyawa kami kerana kami masih terlalu sibuk.


Buku ini disusun dengan klasifikasi berdasarkan wilayah kehidupan yang hendak dieksplorasi oleh penulis. Diawali dengan bahagian Menata Hati Mengindahi Nurani, bercengkerama tentang pemaknaan tauhid, takdir, sufi, serta beberapa tema yang menyentuh jiwa. Dilanjutkan dengan tema Baiti Jannati yang mengeksplorasi untuk menggapai kebahagiaan dalam keluarga. Seterusnya Memancarkan Cahaya Syurga di Tempat Kerja, sebagai media penghambaan dlri kepada Sang Pencipta. Buku ini ditutup dengan bagian Memperkukuh Semangat dan Visi Hidup yang memotivasi Muslim untuk meraih tangga kejayaan.

 

Rangkaian Cerita Al-Quran: Kisah Nyata Peneguh Iman ~ H. Bey Arifin

(SEM & SS) RM45.00 > RM41.00

Al-Quran tetap menjadi inspirasi umat manusia. Dua pertiga kandungannya menyajikan kisah-kisah sejarah. Cerita dalam Al-Quran bukanlah kisah fiksyen, melainkan kisah nyata yang tercatat dalam tinta sejarah. Kaedah berkisah atau bercerita memang memberikan keistimewaan tersendiri. Cerita dapat mempengaruhi akal, jiwa, dan perilaku manusia.


Bey Arifin merupakan salah seorang penulis yang berjaya menyajikan rangkaian cerita nyata dalam Al-Quran. Beliau menuturkan kisah-kisah dalam Al-Quran secara naratif mulai daripada kisah yang terjadi pada zaman Nabi Adam, Nabi Uzair, keluarga Imran, Zulqarnain, Negeri Saba; Ashabul Kahfi hinggalah ke era Rasulullah SAW.